Rawatan Rambut di MBH Flagship Boutique Johor Bahru

Rawatan Rambut di MBH Flagship Boutique Johor Bahru | Baru-baru ni umi ada buat rawatan rambut di MBH Flagship Boutique di Bandar Baru Uda.Saja nak memanjakan diri dengan buat rawatan rambut di sana.

Actually umi pernah ke sini untuk perasmian MBH Flagship Boutique ni.Korang boleh baca entry MBH Flagship Boutique di buka di BBU Johor. So, tentulah umi akan repeat lagi untuk datang ke sini kan.Apa yang umi suka dengan MBH Spa ni, suasana yang tenang dan bersih bila setiap kali masuk ke dalam butik ni tau.Lagi satu yang umi suka adalah tempat parking yang senang sangat korang dapat.Jadi takdelah kena tawaf BBU tu beberapa kali kan.Confirm senang nak parking.Kalau korang nak buat rawatan rambut di Johor, maka inilah tempatnya

Alang-alang umi nak ber “ME TIME” umi pilihla lokasi di Bandar Baru Uda.Dan hari tu umi bercadang nak buat rawatan rambut.Since melahirkan dak Naura, memang rambut gugur dengan teruk, lepas tu dengan rambut berkelumumur dan kadang kering, kadang berminyak..Haishhh..semua ada.

So, untuk pertama kalinya umi hanya buat Hair Growth Vitamin Wash.Yelah, memandangkan kita baru nak mencuba kan, jadi kita cubalah yang asasnya dulu.Lepas tu ada budget boleh buat dengan Full Rawatan Rambut kan.

First of all, umi di bawa masuk ke dalam bilik konsultasi.Dalam bilik ni, therapist  akan buat hair anaylisis bagi mengetahui apakah masalah rambut yang umi alami dan rawatan yang sesuai untuk masalah rambut umi ni.

MBH Flagship Boutique Johor Bahru

 MBH Flagship Boutique Johor Bahru

 

Tak berapa nak nampak kan..Tapi umi just nak tunjukkan machine yang digunakan untuk analisa masalah rambut korang tu.Therapist umi bagi tau, banyak kelumumur yang melekat di rambut umi.Dan disebabkan kelumumur tu lah akar rambut tidak dapat berfungsi dengan baik dan menyebabkan rambut umi gugur kerana tak cukup segala apa yang diperlukan rambut dari akarnya.Lepas tu masalah kulit terlalu kering juga adalah salah satu penyebabnya.Therapist tu kata masalah rambut umi ni tidaklah teruk sangat.Umi cuma perlu cari shampoo dan conditioner yang berasaskan organic.Atau menggunakan produk yang sedia ada di jual di butik ni.

Untuk rawatan pertama kali ni, Therapist syorkan umi untuk membuat Rawatan Gugur dan Kelumumur iaitu Hair Growth Vitamin Wash.Jom kita cuci rambut.

RAWATAN GROWTH VITAMIN WASH

So, umi di bawa ke tingkat atas di bahagian rawatan rambut untuk wanita.Untuk lelaki ada jugak tau, tapi di bilik yang lain.

MBH Flagship Boutique Johor Bahru

Selesa sangat ler tempatnya.Sebelum masuk ke bilik ni, korang akan jumpa ruangan menunggu tau.Itu lagilah selesa.Kotlah korang bawak husband atau anak-anak, ruang ni sangat sesuai dan complete dengan TV.Jadi takdelah bosan mereka menunggu kan.

MBH Flagship Boutique Johor Bahru

Nampak tak MBH sangat mengutamakan keselesaan kepada Pelanggannya..barulah rasa tenang je nak buat rawatan kat sini.Naik ke tingkat atas ni, umi dah melilau tengok pemandangan yang selesa ni.

Yang mana nak buat manicure dan pedicure pun ada juga tau disediakan disini.Eh..tetiba macam nak buat sekaligus semua pulak..hehehe

Rawatan Rambut di MBH Flagship Boutique Johor Bahru

Umi terangkan ye step untuk Rawatan Hair Growth Vitamin Wash

Terus umi dibawa masuk ke dalam bilik rawatan rambut.And yes, tentunya rambut umi di cuci terlebih dahulu menggunakan MBH Hair Essence Stimulating Therapy Shampoo yang bebas dari bahan Kimia  dan merupakan  produk mereka sendiri.Fungsi Theraphy shampoo ni untuk membersih dan mematikan kuman kulit kepala serta merawat kelumumur dan kulit berminyak.

Selepas tu, rambut umi diberikan MBH Hair Growth Stimulating Conditioner di mana Conditioner ni sangat membantu untuk melembut dan menguatkan helaian serta memberi vitamin E.Di dalam conditioner ni terdapat ekstrak bunga raya, minyak kelapa Dara dan juga minyak zaitun.Serius  rambut rasa ringan dan segar tau.

MBH Flagship Boutique Johor Bahru

Selepas rambut umi di cuci di bilik ni, umi di bawa ke bilik yang pertama tadi.

Jangan pandang-pandang okeh!!! selepas dua step di atas, di urut-urut kepala umi ni.Rasa nak tertidur weh!! uih..Memang sedap la therapist umi tu buat.Rasa nak pejam mata sekejap.Lepas tu suruh dia kejut lepas dah siap semua..hahahaha…. Lepas rambut umi dah betul-betul kering, barulah therapist letak MBH Revitalizing Hair & Scalp  Tonic.Fungsi Tonic ni adalah untuk menggalakkan pertumbuhan rambut baru dan mencegah kegatalan kulit kepala.

Dan yang paling last sekali adalah MBH Hair Repair Silkening Serum.Fungsinya untuk merawat rambut rosak, bercabang & berbau serta melindungi dari bahan kimia dan Sinaran UV.

MBH Flagship Boutique Johor Bahru

Ni antara set penjagaan rambut yang korang boleh beli dan buat kat rumah.

Ni umi nak cerita sikitlah kan selain dari rawatan rambut yang umi buat, ada jugak rawatan lain sebab MBH Flagship Boutique ni bukan sahaja rambut, malah ada juga untuk skin,SPA dan juga body slimming.Di area BBu ni ada dua MBH dan salah satunya di MBH Body Theory.Berdekatan je dengan MBH Flagship Boutique ni. Korang boleh baca entry tentang MBH BODY THEORY ni.Klik je link tu.Nampaknya MBH dah semakin berkembang tau.Dah banyak cawangan mereka di seluruh Negeri..Kipidap MBH.

MBH Flagship Boutique Johor Bahru

Muka Happy umi lepas buat rawatan rambut.Beli sekali set penjagaan rambut.So boleh teruskan penjagaan rambut di rumah.Harap masalah rambut umi selesai la lepas ni kan.hehehe..

Korang, Orang Johor yang nak mendapatkan rawatan rambut, boleh je datang ke sini tau.Tapi make sure korang buat appointment dulu la kan,..Sebab masa umi datang tu pun pack dengan appointment customer mereka.

facebook

Instagram

Website

 

(Visited 3 times, 1 visits today)

1 thought on “Rawatan Rambut di MBH Flagship Boutique Johor Bahru

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.