Rangsang Imaginasi anak di Kiddomo Discovery Johor

Rangsang Imaginasi anak di Kiddomo Discovery Johor | Kanak-kanak dengan bermain memang tak boleh dipisahkan.Sentiasa nak bermain.

So, hari tu umi bawa budak 3 orang ni ke Kiddomo Discovery di R&F Mall .Dan pada 25 haribulan Mei hari tu, adalah pembukaan rasmi mereka yang pertama di Johor Bahru.Kiddomo ni terletak di Tingkat 1 R&F Mall.Memang senang sangat nak cari.

Super excited la diorang bila nampak permainan di dalamnya tu.Semua dah tak sabar nak bermain.Serius korang kena bawak anak-anak ke sini.Spend time dengan diorang untuk sehari je untuk lakukan aktiviti bersama-sama dengan mereka.Meh umi bawak korang meneroka apa yang ada di dalam Kiddomo Discovery di R&F Mall ni.

Masuk je pintu Kiddomo Discovery ni, korang boleh lihat kaunter ticket.Kat situ korang boleh dapatkan tiket dan juga SMART BAND.Bila masuk sini, korang kena pakai stokin.Make sure bawak stokin dari rumah.Kat sini ada jugak jual stokin berharga RM5.

Untuk kanak-kanak mereka akan check dahulu suhu kesihatan anak korang.So, make surelah anak korang sihat.Kasut korang boleh simpan di Locker yang disediakan di sebelah Kaunter tiket.

Bila masuk je di bahagian belakang kaunter tiket ada satu kiosk untuk daftar nama dan juga gambar.jadi di setiap Aktiviti yang akan diorang bermain, mereka perlu scan dahulu smart band di machine tu.Nanti terpaparlah muka mereka tu.

 

Lepas tu boleh la lepaskan anak-anak untuk mencuba pelbagai jenis aktiviti yang ada di dalam Kiddomo Discovery ni.

Kalau bab anak-anak lapar jangan risau kerana di sediakan Cafe dan juga

Tempat permainan kanak-kanak yang direka khas bagi membantu kanak-kanak berimaginasi secara kreatif mengikut cara mereka sendiri dan sambil bermain mereka belajar juga

ANTARA AKTIVIT MENARIK DI KIDDOMO DISCOVERY 

  • Artistic Play
  • Art Live
  • Interactive Play
  • Interactive Slide
  • Sing + Dance @ Kara-o-kid
  • Papercraft Experience
  • Play Together
  • Dino Discovery

Nak tahu apa pulak yang umi dengan anak-anak bermain..Hah… jom tengok gambar-gambar di bawah ni.

Mula-mula umi bawak anak-anak masuk ke Happines Station. Kat sini Mereka boleh pilih katun pilihan mereka, riak wajah dan apa aksesori yang mereka suka

Jadilah macam ni hah…Budak-budak lah seronok.Lepas dah turn sorang², umi ajak mereka ke tempat lain pulak iaitu di FITNESS STATION.Masa ni mak pak boleh ikut main sekali.Umi pun apa lagi, join sekaki.Tapi kat area ni umi lupa nak ambil gambar sebab masing² takut sebab gelap.So, umi terpaksa temankan diorang main sama.

Lepas pada tu, bersebelahan dengan Fitness Station, kitorang masuk pulak ke COLOR ALIVE.Hah!! bab ni memang budak² suka la.Mewarna dan menggunting.Dan hasil mewarna mereka akan dipaparkan di screen besar tu.Ikutlah mereka nak warna belon panas ke, kapal ke.boat semua ada.Tengok gambar bawah ni.

Masing-masing tekun mewarna.Bukan main lagi si adik berdua tu.Walaupun tak tau warna apa yang dia buat.

Hasil lukisan kakak.Lepas tu kakak boleh scan gambar yang dah di warnakan tu, kemudian di screen akan paparkan hasil yang dia dah buat.

Lepas tu boleh gunting hasil yang dah mereka warnakan tu dan buat bentuk 3D. memang syok.

Dah buat semua tu, kita ke POWER RIDE STATION.Ibu bapa pun boleh join sekaki main kat Ride Station ni.Naik basikal dan cari point yang tertera di screen.

Kat sini tak berapa lama pun diorang stay.Dah bosan katanya.So, umi bawa mereka ke Playstation yang lain.jangan risau ye mak ayah, banyak lagi permainan yang boleh mereka main.Macam permainan di bawah ni.

Dah boring, terus ajak umi main kat dalam Playground yang banyak bola-bola tu hah..

Paling lama la tu diorang main.Dah boring ,keluar ke tempat lain pulak, masuk pulak ke sini.

Bagi umi tak kisah lah korang nak main kat mana.Semua safety.Jadi umi boleh tinggal je diorang bermain.Umi boleh minum kopi untuk charge tenaga umi nak kejar mereka lagi.Jangan risau kalau bab panas.Memang tak panas pun tempat ni.Fully aircond beb.

Yang bestnya kat sini, ada tempat untuk mereka rest.Especially ibu² yang bawa anak kecil, ada tempat untuk Breastfeed anak korang.Nak tidurkan anak pun ada.Sambil menonton TV. Dah macam kat rumah weh!!

Lepas pada lepak-lepak kat sini, ada satu slot untuk buat SLIME.Masa ni kakak teruja nak buat SLIME.Selalunya  umi tak kasi dia nak buat, tapi hari ni, umi dan parents yang lain dan anak-anak yang lain join AKTIVITI BUAT SLIME di Kiddomo Discovery.

Umi di fahamkan setiap hari, aktiviti seperti ini berlainan, so korang boleh check out apa aktiviti yang akan dijalankan.

Belum sampai waktu nak buat aktiviti dah duduk situ.Last-last keluar balik buat aktiviti lain.Tapi bila masuk semula, orang dah ramai.Nasib baik ada lagi tempat nak menyelit.

Adik dengan acu buat Slime.Umi dengan kakak dan mama dengan adik.Kena ada pemantauan dari Parents ye untuk buat ni.

Kakak happy je buat.Request balik nanti nak buat lagi.Hah..yelah..nanti kita buat ye.

Penampilan istimewa hari tu bersama Dato’Fadzley Yaacob bersama anak-anaknya.

 

Kalau umi nak letak semua gambar dalam blog ni banyak..hahaha…Korang boleh tengok apa lagi aktviti yang ada di Kiddomo Discovery Johor ni di Facebook ye.

HARGA TIKET MASUK KIDDOMO DISCOVERY JOHOR 

Untuk korang yang ingin membawa anak-anak ke sini, umi sertakan alamat untuk senang korang nak cari nanti.

KIDDOMO DISCOVER JOHOR BAHRU

Level 1,R&F Mall, Johor Bahru ( di atas Coffee Bean & Tea Leaf)

Dibuka dari 10 pagi sehingga 10 malam

Untuk pertanyaan lanjut korang boleh whatssap ke +6019-700 0957

Website : https://kiddomo.com/

Fan Page : https://www.facebook.com/mykiddomo/

 

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

6 thoughts on “Rangsang Imaginasi anak di Kiddomo Discovery Johor

  • May 31, 2019 at 12:39 pm
    Permalink

    Tengok dari permainan, kita yang besar pun suka hihi

    Puas hatilah, meransang minda kanak-kanak 🙂

    Reply
    • June 11, 2019 at 10:48 am
      Permalink

      memang puas hati bawak anak² ke sini

      Reply
  • May 31, 2019 at 12:57 pm
    Permalink

    Ada rezeki nak bawa Mia ke sini juga…tiket pun tak mahal sangat kan…

    Reply
    • June 11, 2019 at 10:49 am
      Permalink

      so far ok sangat sis, berbaloi jugak

      Reply
    • June 11, 2019 at 10:49 am
      Permalink

      nampaknya kena repeat lagi ni juju

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *