bagasi.my

Rancang Percutian dengan Bagasi.My

Rancang Percutian dengan Bagasi.My | Nak bercuti of course kena rancang dengan terperinci bagi memastikan percutian kita rasa tenang dan betul-betul dalam mood percutian.

Umi rancang nak ke KOTA BHARU KELANTAN sebab banyak sebenarnya tempat menarik di KOTA BHARU yang belum pernah umi terjah tetapi hanya mampu melihat raka-rakan ke sana.

Teringin jugakkan? . Terlalu banyak tempat-tempat menarik di Malaysia ni yang belum kita sempat terjah.So, kalau tak sekarang bila lagi kan.

Apa yang membuatkan umi betul-betul teringin nak bercuti ke Kota Bharu? Itu pun selepas melihat senarai hotel di Bagasi.My. Korang boleh lihat SENARAI HOTEL DI BAGASI.MY sekitar KOTA BHARU.

Bila dah lihat senarai hotel tu, umi terus cari tempat menarik yang akan umi lawati di sekitar Kota Bharu yang berhampiran dengan Hotel-hotel yang disenaraikan di BAGASI.MY tu.

 

ANTARA HOTEL YANG DISENARAIKAN OLEH BAGASI.MY SEKITAR KOTA BHARU 

1.The Grand Renai

hotel grand Renai Kota Bharu

 

The Grand Renai Antara Hotel di Kota Bharu yang menjadi pilihan ramai.Hotel ini dahulunya dikenali dengan Hotel Reinasssance.Hotel bertaraf 5 Bintang ini terletak di tengah-tengah Bandar.

2.Hotel Perdana Kota Bharu

hotel perdana kota bharu

Hotel Perdana Kota Bharu merupakan hotel yang sesuai untuk percutian korang.Hotel 4 bintang yang elegen dan ekslusif menjanjikan keselesaan semasa menginap di sini.Yang suka untuk menikmati pemandangan cantik di Kota Bharu, Hotel ini adalah tempat yang sesuai.Selain itu Hotel Perdana menawarkan sajian tempatan, Western, Cina dan Thai.

3.Hotel Grand Reverview

grand-riverview-hotel

Hotel Grand Riverview memberikan percutian yang rileks dan menenangkan kerana ianya terletak di tepi sungai Kelantan.Hotel ini merupakan Hotel mewah yang menawarkan harga berpatutan.

4.Holiday Villa Hotel & Suites

holiday villa kota bharu

Holiday Villa Hotel & suites ni sesuailah pada korang yang ingin merasai kemeriahan Pasar Malam Wakaf Che Yeh kerana ianya hanya 100 meter sahaja dari pasar tersebut.Hotel yang ekslusif menawarkan kelengkapan yang serba lengkap.

Actually, banyak lagi tau hotel-hotel di Kota Bharu yang memberikan kepuasan pada korang apabila bercuti.Korang boleh check senarai hotel tu semua di SINI. Umi dah rambang mata pulak tengok semua Hotel-hotel di Kelantan yang super cantik ni.

 

Tu baru umi check pasal Hotel, belum lagi umi senaraikan TEMPAT -TEMPAT MENARIK DI KOTA BHARU.Confirm tak cukup percutian yang singkat ni.Nampaknya kenalah panjangkan lagi tempoh percutian sebab umi rasa ada beberapa TEMPAT WAJIB KENA TERJAH DI KOTA BHARU yang umi dah senaraikan di bawah.Jom Tengok!!

TEMPAT WAJIB TERJAH DI KOTA BHARU

1.KELANTAN RIVER CRUISE

kelantan river cruise

Bila bercuti of course nakkan pengalaman yang berbeza kan.So umi plan nak ke Kelantan River Cruise.Disebabkan ianya tidak mahal so, umi plan nak ke sini.Boleh menikmati air kelapa, mencuba pelbagai jenis kuih muih tradisional dan macam-macam aktiviti lagi.

 

2.MUZIUM DI RAJA ISTANA BATU

MUZIUM DI RAJA ISTANA BATU

Di Kelantan banyak Muzium-muzium yang kita boleh lawati antaranya adalah Muzium Di Raja Istana Batu.Ia terletak di dalam sebuah Istana Lama(Istana Batu) yang telah dibina pada tahun 1939 ketika zaman pemerintahan Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad ke -IV

Bangunan ini telah dijadikan  Muziam Di Raja yang memaparkan pelbagai jenis barangan milik Sultan Kelantan sejak dahulu kala yang terdiri dari pakaian, artifak, perabot, foto dan sebagainya.

3.BANK PITIS

bank pitis

Menarikkan dengar pasal Bank Pitis ni.Ianya terletak Bandar Kota Bharu dan selain Bank Pitis ada juga Bank Kerapu cuma ianya berlainan sejarah la.

Bangunan kecil empat segi sam dengan saiz 12 kaki lebar dan 12 kaki tinggi ini terletak bersebelahan dengan laluan masuk untuk ke Istana Balai Besar.

 

4.PASAR SITI KHADIJAH

pasar siti khadijah

Tempat yang paling kena terjah bila ke sini iaitu Pasar Siti Khadijah.Kompleks perniagaan 4 tingkat ini diberikan nama sempena isteri Rasulullah S.A.W yang juga merupakan seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya sesuai dengan peniaga-peniaga di sini yang terdiri daripada kaum wanita.

Antara barangan yang diniagakan di sini adalah tudung, batik, pakaian, kain dan banyak lagi dalam harga yang tak membuatkan anda berfikir 2-3 kali untuk beli.

Hasil-hasil segar seperti sayur, buah dan daging-daging juga sangat banyak di dalam pasar ni. Kalau anda nak bershopping dengan lebih tenang, datanglah seawal yang mungkin, seelok-eloknya sebelum waktu tengahari.

 

5.KEDAI NASI KAK WOK

nasi kak wok kelantan

Dah puas berjalan, moh ler kita isi perut di Kedai Nasi Kak Wok.Kedai ni sangat terkenal bukan sahaja di Kelantan, malah kat Johor ni pun orang dok sebut-sebut.

Tapi, of courselah kena rasa di tempat yang betul-betul tempatnya di Kelantan kan.

6.RESTORAN NASI ULAM CIKGU

Antara tempat yang wajib di terjah juga adalah di Restoran Nasi Ulam Cikgu yang membuatkan ramai yang datang apabila ke sini.Makanan yang wajib di cuba adalah Ayam percik, ikan keli dan lain-lain lagi.

 

Hah…itu jelah senarai yang umi dapat senaraikan disini.Sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik di Kota Bharu ni. Korang boleh baca juga di Bagasi.My . Banyak artikel tentang Kelantan di situ.

 

Oklah, umi nak survey dua tiga hotel di Bagasi.My untuk umi rancang percutian umi. 

 

Korang pun kalau ada plan nak bercuti, jangan lupa tau singgah di Bagasi.My untuk lihat senarai Hotel di tempat percutian korang tu.

 

Sumber gambar dan artikel tentang kota bharu dari maisinggah dan google

 

Loading

2 Comments

  1. Suka pergi pasar siti khadijah suka jalan2 nak makan kuih apa2 semua ada atas pasar, makanan pun sedap, memang tak akan kebulur la dekat sana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *