INFO

RAHSIA KHASIAT BUAH TEMBIKAI

Assalamualaikum
Ibnu Abbas berkata:”Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menmabhkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit.”
Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW .Nabi menciumnya dan bersabda:”Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi.Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga.”
Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda:”Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini”. Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.Baginda bersabda “Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan.”Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai.Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagaijenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(15) Comments

  1. Bin Muhammad says:

    Benar, byk khasiatnya.
    Tapi tembikai semakin mahal di bulan puasa ni…hu3

  2. mama3heroo says:

    salam jumaat&salam ramadhan # 17
    suka air tembikai

  3. Norhasniza Khalid says:

    oh. mama suka sangat air tembikai..

  4. boni kacak says:

    lepas ni kena rajin makan buah tembikai lah.. hehehe

  5. Mira Adzlia says:

    aish..pasnih mmg kerap la mkn tembikai..huhu

  6. Banyak khasiat tembikai nikan..kita suka makan tembikai dengan susu..jadi color air bandung..best sangat..

  7. banyaknya khasiat buah tembikai..:D

  8. Assalamualaikum. kita suka makan tembikai campur dengan kurma . segar je . kita suka sangat :'D

  9. banyak gak rupa khasiat tembikai ni…jarang2 makan thank you for the info

  10. Kakak makan bukan kerana tahu khasiatnya Ida tapi sebab suka. Bila baca ni barulah terbuka minda..

    Sejak puasa ni kakak belum makan semangka lagi tau.

  11. acik suka buah tembikai ..lagi lagi yang manis 🙂

  12. nasib baik suka makang tembikeiiii yayyyy hee

  13. Assalamualaikum. suami sheila suka sangat makan tembikai. wahhh balik ni nak beli 🙂

  14. ooo banyaknya khasiatnya…

  15. kulit tembikai pon kak intan makan tapi buat sayur dengan lada hitam ..dulu mak selalu buat..sedap tau…tumbuk lada hitam.bawang putih, bawang merah.udang kering..tumis..masuk air..masuk kulit tembikai..sedappp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *