Punca dan cara atasi mata ikan

Punca dan cara atasi mata ikan | Siapa yang pernah alami mata ikan yang teruk, pasti tahu macam mana rasanya.Macam tulah umi rasa seminggu yang lalu.Sakit!!! 😳 

Seriously, rasa nak makan pun rasa tak selera.Apatah lagi ‘Mata Ikan’ tu kena di bahagian tekak.Nak kata tak banyak minum air, rasanya sentiasa minum.Tapi tulah, kadang kala, kurang minum air pun bukan  juga berpunca timbulnya mata ikan ni.

Mata ikan atau dipanggil Ulser Mulut memang seringkali terjadi pada setiap manusia kan.Tapi tak taulah kalau ada yang tak pernah kena.Umi pun dah banyak kali terkena Mata Ikan ni.Minggu lepas je dekat seminggu jugak umi kena Mata Ikan ni.Tapi hari ni, bila umi makan tenghari, macam terasa sesuatu pulak kat tekak.Umi masukkan jari kat bahagian tekak, dah dapat rasa biji-biji di tekak tu.Haishhh…Kalau makan pedas, confirm sakit tu.Nak tak nak terpaksalah umi minum air berlebihan sedikit dari biasa.

PUNCA MATA IKAN INI TERJADI

Punca mata ikan ni adakalanya berpunca dari kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panasa dan sebagainya.Daya menahan sakit yang lemah.Kekurangan zat dalam makanan yang diambil terutamanya asid folik, Vitamin B6,Vitamin B12 dan zat besi.Stress yang terlalu banyak juga boleh mengakibatkan Mata ikan ni terjadi.

Ia juga boleh terjadi disebabkan alahan kepada makanan seperti nanas dan sebagainya.Pengambilan uatdan kesan daripada radioterapi dan kimoterapi.

 

TANDA-TANDA ULSER MULUT ATAU MATA IKAN

Dari pembacaan umi, terdapat tanda-tanda bulat berwarna putih atau kuning dan dikelilingi oleh persektiaran yang agak emrah.Ulser ini selalunya tidak melebihi daripada dua atau tiga mm besarnya.

Sakit pada bahagian yang dijangkiti terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.

 

 

 

Langkah-langkah Yang Boleh Kita lakukan apabila terjadinya Ulser pada mulut:

  • Jauhi makanan yang terlalu banyak rempah.
  • Kurangkan air berasid.
  • Gunakan antiseptik untuk berkumur.
  • Letak gel untuk ulser di tempat yang dijangkiti.
  • Letak sedikit ais di tempat yang dijangkiti untuk melegakan sakit.
  • Minum air masak dengan kuantiti yang  banyak.
  • Elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil Vitamin B Kompleks dan atau Arcalion.
  • Mengambil mineral zink,zat besi,Asid Folik,Vitamin B 12.
  • Vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
  • Untuk meningkatkan sistem imun (daya tahan sakit), anda digalakkan untuk mengambil lebih Vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
  • Pengambilan
TIPS UNTUK PULIHKAN ULSER DENGAN CEPAT

1.Air garam – Air garam dapat mengurangkan sakit dan mematikan kuman yang mengakibatkan ulser tersebut, kita hanya perlu berkumur air garam dua atau tiga kali sehari sahaja.

2.Air kelapa – Kenaikan suhu badan juga boleh jadi penyebab berlakunya ulser. Jadi, kita digalakkan minum air yang mencukupi atau mengamalkan air kelapa untuk mengimbangi suhu badan kita.

3.Marjerin – Marjerin juga berupaya menyembuhkan ulser di mulut. Cuma letakkan marjerin pada sekitar kawasan yang terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh.

4.Madu – Bahan pembunuh yang terkandung dalam madu boleh menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Ia mampu merawat ulser dengan berkesan.

5.Soda penaik – Perlu campurkan soda penaik ini dengan air suam sikit, dan letakkan di bahagian yang dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas.

 

Hari tu pun dak Naura ada cakap kat umi yang tekak dia sakit..Umi paksa dia minum air masak bebanyak.Risau kot melarat , mau nya demam  lama.Ni pun asal malam je mesti demam.Umi syak tonsil dia tu bengkak lagi.. emmm…mudahan dia cepat sembuh la…

credit info :http://semuanyajdt.com/masalah-ulser-di-mulut/

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *