Puasa Pertama Berkumpul di Kampung

Puasa Pertama Berkumpul di Kampung | So far setakat ni, umi dapat puasa pertama bersama-sama dengan family kat Kampung

Ikutkan tahun ni umi tak cuti, disebabkan Taska Naura Auni tutup, jadi terpaksalah umi bercuti.Dan sebab tulah umi dapat bersahur dan berbuka dengan family kat kampung.

Walaupun adik beradik umi ada 10 orang, tapi tak semua dapat balik dan berbuka puasa bersama.Hanya 5 orang adik beradik je yang dapat turut serta berbuka puasa bersama.Yang dua orang tu confirm la sebab memang duduk dengan mak. Kiranya yang berkeluarga cuma 3 orang jelah.

Yang lain tak dapat nak balik.Dan kebiasaannya setiap tahun mak akan berniaga di Bazaar di kampung kami. Selalunya mak mula berniaga pada puasa ke dua.Yelah, dia tau anak² dia akan balik pada puasa pertama kan.

Apa menu buka puasa kami pada Ramadhan pertama?

Harap maaf bila tiada gambar untuk di paparkan.Dari start hari Ahad lagi umi sibuk tolong mak. Kemas apa yang patut.Lepas tu Petang Ahad tu dah bawa mak ke pasar untuk beli barang-barang keperluan meniaga dan juga berpuasa.

Anak-anak memang umi tak bawak.Itu pun berdua je dengan mak.Sempatlah lagi kami dating dengan tak bawak telephone memasing! serius weh seronok..Tapi dalam pada seronok, takut ler kalau terjadi apa-apa di jalan raya.Mana pulak tempat kami nak hubungi sesiapa kan.

Itu pun makan masa berjam-jam nak cari barang.Troli pun kena dua tiga kali round masuk barang ke bonet kereta.

Sampai rumah pun rasa dah lewat malam.Tu belum hadap jammed dan sebagainya.Balik terus buat persediaan untuk sahur…

Menu berbuka puasa memang tak sempat la nak update dek kerana tengah azan pun still memasak.Nasib baik ABC. Kalau tak memang lagi kalut ler umi ko. Paling best, bila 1st puasa, menu memang banyak sebab mak akan tapau untuk anak dia bawak balik.

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *