AKTIVITI,  PARENTING

Projek Homemade Aiskrim bersama Naura

Projek Homemade Aiskrim bersama Naura | Actually, umi tak pernah terlintas pun nak buat stock aiskrim ni kat rumah.

Tapi lately ni, si Naura sibuk dengan aiskrim.Pantang sangat kalau ke kedai, mesti dia akan terjah tempat aiskrim.Sebab tu umi jarang bawa dia ke kedai .Sebab umi tau dia akan pau umi dengan aiskrim dan sebagainya.

Ikutkan hati umi, jarang nak bagi dia junk food ni.Umi memang jarang membeli sebab tak maulah dia makan terlalu banyak junk food.As a parents kan, mestilah nak terbaik untuk anak dia.Kalau boleh dapat di sekat, umi akan sekat.Kadang tu keluar tantrum dia sekali nakkan benda-benda tu.

Masa umi ke Ikea hari tu, sempatlah umi sambar sekali acuan aiskrim tu.Hujung minggu hari tu, umi sambar je apa yang ada dalam peti ais sebab umi tak plan pun nak buat. Ada pati sunquick dan jugak sumijelly yang pak uda dia bagi hari tu.

Terus umi ajak dia ke dapur dan buat sekali aiskrim dengan dia.Tak perlulah bahan-bahan kan sebab umi buat apa yang ada je.Next time ada masa,kita plan buat Aiskrim perasa lain pulak.Kalau buat aiskrim sendiri ni, bolehlah umi kawal penggunaan gula.Jadi takdelah manis sangat macam beli aiskrim kat luar tu kan.

Umi buat air sunquick dan masukkan sumi yang umi belah kecik-kecik tu dalam acuan.Itu kena part dia jelah letak sumi tu dalam acuan.Umi letak air sunquick je dalam tu.Mula-mula je dia excited nak tolong, lama-lama dia suruh umi buat.Kemahin lagi anak dara sorang ni.Dia cakap kat umi “ Umi buatlah,ogha nak tengok tuwi” hamboii..kemahin kan.

Umi bagitahu kat dia, kalau dia tak tolong umi buat dan kemas semua tu, dia takkan dapat makan aiskrim ni.

Happy dia bila nampak aiskrim tu dah siap.Lepas umi masuk dalam fridge, setiap masa pulak asyik nak tengok aiskrim tu dah keras ke tidak.Nasib baik fridge bahagian atas tu tinggi, kalau tak maunya setiap masa dia bukak tengok dah keras ke belum aiskrim tu.Sampai ke petang, membawa ke malam, sampai dia lupa pasal aiskrim.

Pagi ni, bila dia bangun, terus tanya pasal aiskrim dia.Umi janji dengan dia, lepas school baru umi boleh bagi.Pagi-pagi tak boleh makan aiskrim.

Balik ni mesti dia tanya lagi pasal aiskrim dia tu.Itu jelah aktiviti spontan yang umi buat untuk dak Naura.Selalunya setiap minggu umi bawa dia ke Perpustakaan.Ni dah 2 minggu tak bawak sebab kami baru je balik kampung.So umi decide malas nak kemana-mana hujung minggu tu.Just spend masa mengemas dan membasuh..tu jelah.Nanti umi cerita pasal library dan Naura pulak ye.

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *