jelajah persona Selangor 2019

PROGRAM JELAJAH PERSONA SELANGOR 2019

PROGRAM JELAJAH PERSONA SELANGOR 2019 | Program Promosi Pelancongan Negeri Selangor ke Pasaran Domestik Malaysia sebagai penutup tirai Tahun 2019

Dalam menyemarakkan inisiatif dan usaha proaktif ke arah pelaksanaan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor menganjurkan Program Jelajah Persona Selangor 2019 ke 3 buah Negeri di utara dan selatan tanah air sebagai penutup tirai kepada inisiatif strategik berbentuk Program Promosi Pelancongan bagi tahun 2019

Program Jelajah ini telah memulakan misi di Bandar Alor Setar, Kedah sebagai destinasi pertama, Negeri Johor sebagai destinasi kedua dan Negeri Perak sebagai destinasi ketiga. Program ini disertai oleh delegasi dari Negeri Selangor yang terdiri daripada wakil dari Pejabat EXCO Pelancongan Negeri Selangor, Tourism Selangor, MATTA, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lebih dari 10 operator produk pelacongan Negeri Selangor. 

Program Jelajah di Negeri di seluruh Malaysia ini telah dimulakan dengan sesi Government-to-Government atau G2G yang memfokuskan perbincangan yang dijalankan antara lain melibatkan usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri yang akan diambil bagi memperkasa industri pelancongan Negeri, seiring dengan misi pelaksanaan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020. 

Manakala, Program seterusnya pula menyaksikan sejumlah sesi pertemuan Business-to-Business atau B2B melibatkan para operator pelancongan yang dibawa khas dari Negeri Selangor dengan Badan Pelancongan Negeri dan Agensi Pelancongan tempatan. Penglibatan yang diterima baik membolehkan sesi promosi dan pengenalan produk dilakukan secara terus kepada penggiat industri pelancongan. Hasil perkongsian dijangka dapat disampaikan kepada golongan sasar yang terdiri daripada pelancong tempatan yang bermastautin luar dari Negeri Selangor penyumbang kepada peningkatan Ekonomi Negeri menerusi dapatan industri pelancongan

Program Jelajah Persona Selangor 2019 akan diteruskan ke Johor Bahru pada 15 hingga 17 Disember, dan akan melabuhkan tirai di Ipoh, Perak pada 18-20 Disember ini. Program Jelajah yang sarat dengan initipati pelancongan ini dilihat mampu memberi manfaat dua hala kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri tuan rumah bagi memacu industri pelancongan Negeri dan meningkatkan bilangan pelancong domestik dan antarabangsa khususnya sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020. 

Y.B Datuk Abdul Rashid bin Asari dalam satu kenyataan berkata, Program Jelajah Persona Selangor 2019 menjadi landasan kepada penggiat industri pelancongan untuk menjalinkan kerjasama dengan Badan Pelancongan Negeri serta Kerajaan Negeri, secara amnya. Hal ini secara tidak langsung akan membuka peluang yang lebih luas dalam usaha mempergiat pelan promosi pelancongan bagi menggalakkan lebih ramai kemasukan pelancong domestik

Tarikan produk pelancongan Negeri Selangor telah berjaya menyumbang kepada jumlah kedatangan pelancong seramai 3.48 juta orang dari bulan Januari hingga Jun 2019. 53% atau 1.86 juta terdiri daripada pelancong domestik manakala 47% atau 1.62 juta adalah pelancong antarabangsa. Angka tersebut menyumbang kepada peningkatan sebanyak 3% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2018

Seiring dengan Kempen #Discover Selangor dan #Take Me Anywhere yang giat dipromosi di laman media sosial utama seperti Facebook, Instagram dan Twitter, Program Jelajah Persona Selangor 2019 merupakan sebuah penambahan yang signifan kerana potensi besar yang dimilikinya dalam memperkenalkan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan pilihan di Malaysia yang kaya dengan seleksi produk pelancongan menarik dan kehijauan yang terpelihara walau dalam kepesatan kemajuan bandar. 

Untuk informasi lanjut tentang inisiatif Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor dan juga produk-produk pelancongan Negeri, layari laman sesawang baharu Tourism Selangor, Selangor.travel yang ditambah-baik dengan fungsi terkini untuk sebuah pengalaman digital yang komprehensif. 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *