Prestasi blog yang semakin meningkat

Assalamualaikum
Lama dah tak mengomel pasal blog ni kan.Yelah takat blog picisan ni,kekadang takde siapa nak pandang..Begitu juga kalau ada job untuk review produk atau perniagaan.Takat pageview baru 1k ke bawah..macam mana orang nak pandang kan..Apatah lagi fanpage baru beratus orang like.
Yang buat aku tak faham,Fanpage aku tu,dari jejak 500 orang yang like tinggallah sekarang ni 390 je like tu..Habis mana yang selebihnya..Mungkin diorang Unlike balik kot.Sebab tu lah makin merosot jumlah like..Tapi takpelah..kita tak boleh nak paksa untuk orang like page kita..Kang bosan pulak diorang ni.Tapi bagi aku tak sopan sungguh kan bila kita dah like,lepas tu bila takmo nak terima notification banyak-banyak,terus unlike page orang..Tak jujur sungguh!!Tapi takpe,aku maafkan korang.
pageviews kisahsidairy.com
Alhamdulillah..sejak dua menjak ni,prestasi blog semakin baik.Kalau dulu memang payah nak dapat pageviews atas dari 2k..Sekarang ni,nampaknya semakin baik.Pageviews setiap hari melebihi angka 2k.Itupun kira bersyukur..syukur sangat-sangat.
Ada beberapa perkara yang aku buat untuk menaikkan lagi taraf blog ni.Taraf pageviews antaranya
1-Merajinkan diri update blog
-Ingat senang ke nak draft entry.Lagi lah kalau takde idea untuk menulis.Tapi berusaha untuk memberikan 2-3 entry setiap hari
2-Rajin blogwalking
-Kalau ada masa terluang tu,memang aku rajin blogwalking.Biasalah,bila namanya part time blogger,keutamaan bukan pada blog,tetapi pada kerjaya yang hakiki.Kerjaya yang memberikan pendapatan tetap untuk menampung kehidupan seharian.So,bilamana terluang,insya allah aku blogwalking
3-Rajin Ping Entry
-Kalau dulu aku tak rajin sangat nak ping entry di group-group.but sekarang ni memang dah jadi kewajipan setiap kali entry siap di publish,aku akan ping di group-group blogger.Mungkin itu salah satu juga cara agar orang rajin menjengah blog
4-Join Giveaway/segmen
-Dah rajin dah join GA atau segmen anjuran dari blogger.Di samping mendapatkan traffic yang lumayan,kita boleh kenal antara blogger kan.ada blogger yang sudah lama menjadi follower aku,dan ada juga blogger yang baru aku follow.So dari situ adil untuk give and take traffic blog masing-masing
5-Belajar tentang SEO
Bab ni memang aku tak pandai langsung.Tapi banyak juga aku meng GOOGLE tentang ilmu SEO.Tapi tak semestinya dengan SEO juga kita dapat traffic yang mengancam kan.
6- Re-publish entry lama.
Hah!! yang ni aku baru buat..mana-mana entry yang aku ras sesuai dalam pada waktu tu,aku akan publish balik.So itu tak menjadi masalah.
Hah!! itu sahaja yang dapat aku kongsikan dengan korang apa yang aku buat.Harap lepas ni blog aku lebih baik.So,banyak lagi aku nak belajar tentang blog ni..Bukan apa,mana tau satu hari nanti aku jadikan blog sebagai punca pendapatan aku kan…Semuanya tak mustahil.Walaupun usia blog aku ni dah melebihi 5 tahun,peningkatan tetap biasa-biasa je.Aku serius berblog pun dalam 2-3 tahun ni je..So alhamdulillah..pencapaian ini yang terbaik bagi aku..Mana tau lepas ni lebih baik lagi.

Loading

8 Comments

  1. Sama dear..saya berblog sejak 2012..tpi baru thn lepas aktif..ping entry ke group2 blogger…dear, ada pasang GA tak?kat situ statistic blog lagi tepat…

  2. Alhamdulillah tahniah… semoga terus sukses Aida… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *