Posisi Terbaik Tidur Untuk Bayi - Kisahsidairy.com

Posisi Terbaik Tidur Untuk Bayi

Posisi Terbaik Tidur Untuk Bayi

Assalamualaikum
Adeh….mengantuk sesangat aku dua hari nie..mood nak buat kerja pun dah terasa malas..ada pulak yang kat dalam opis nie suka nak mengarah macam big boss..malas lah nak cerita..buat sakit hati je…
Baik aku cerita pasal anak aku si bambam tu..sejak dah pandai meniarap nie,sampai nak tidur pun meniarap..Kalau meniarap tak sah kalau tak mengamuk..Mengamuk sebab dia masih tak pandai nak mengimbangkan  badan semasa meniarap..kepala pun tak kuat lagi nak mendongak..Bila tangan dia tak berjaya dilepaskan tersangkut di bahagian dada,mulalah tu…
Dah dua malam ummi dia tak lena tidur..Si awfiyah nak cari keselesaan untuk tidur meniarap.,Tapi tak pernahnya nampak keselesaan itu..Mesti dengar dia menangis,sedar-sedar dah meniarap dengan tangan yang masih tak lepas…anak syurga ummi nie,memang nak suruh ummi dia berjaga malam gaknya..
Malam tadi pun sama…still jugak macam tu,merengek..Dia merengek sebab nak tidur dengan kaedah meniarap..Aku pulak risau sebab takut dia lemas bila tidur sambil meniarap..adeh…macam mana nak buat..elok di telentangkan,dia terus pusing badan..Macam tu jugak bila masukkan dalam buaian..sampai dalam buai pun still nak meniarap lagi..
Aku just nak survey kat google ni,bahaya atau tak bila bayi tidur meniarap nie…cara macam mana nak settlekan hal nie..Tapi masa aku terjaga pukul 3 pagi tadi,dia dah elok tidur meniarap sampai ke pagi,,sampai tak sedar aku angkat masuk kereta..isk..iskk…seronok benau dia tidur..mungkin dah dapat keselesaan tidur meniarap gamaknya.ORang kata kalau baby tidur meniarap ni lebih mempercepatkan kekuatan pada leher,bahu dan dada bayi…itu yang aku baca lah…
Sebab tu bila dia tidur,aku jauhkan dari kain busuk dia,bantal busuk dan jugak puting dia..aku pakai tilam/toto yang tak terlalu lembik untuk dia..selimut pun aku tak pakaikan..memang tak pernah pakai selimut pun si bambam tu..apa taknya,asyik kepanasan je..of courselah berpeluh-peluh dibuatnya.
Tak sempat nak snap picture untuk tatapan korang ..maklumlah dah pukul 3 pagi….
klah..ada pulak arahan seterusnya..

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

23 thoughts on “Posisi Terbaik Tidur Untuk Bayi

  1. Yup..alhamdulillah…anak2 saya semuanya memang tidor meniarap. X taulah kenapa tapi saya memang biasakan dia orang tidor meniarap since dari lahir lagi,.. ada gak terbaca yang tidor meniarap ni xbagus untuk baby islam…for me as ikut niat hati kot…
    Yang saya perasan, baby saya kurang terkejut2 kalau ada barang jatuh berhampiran dengan dia…
    Then lebih lena tidurnya.
    Bantal selimut memang saya x pakai…bantal pakai bila dia tidur telentang or mengereng…tapi anak saya selesa meniarap maybe faktor perut kembung so meniarap buat dia orang rasa lebih selesa =)
    Sekadar berkongsi pengalaman sendiri =)
    Bila ada baby…kene banyak try and error..kadang2 anak kite selesanya x sama macam orang lain cuma saya nasihatkan…tolonglah dalam pantang tu asyik berdokong or ajar tidor dibuai or riba, sebab nanti kesian pada pengasuh anak…kadang2 baby ni kalau kita dah ajar macam tu dia memang selesa macam tu je tapi pengasuh x boleh nak buat macam kite buat…so kenelah lasak2kan sikit anak2 =) #ni melihat dari pengalaman adik ipar yang biasakan baby berdokong so bila send pada pengasuh asyik nak berdokong gak so dekat 6x tukar pengasuh…pengasuh serendder sebab baby nangis bila letak so pengasuh x boleh nak buat kerja lain…

  2. Bayi mmg suka tidur meniarap, sebab dia rasa lebih selesa & selamat. Kalau nak tidur terlentang elok letak kain ke atas dada dia bg tak terkejut. Wpun belum pengalaman ade anak, tp ni pengalaman jage adik mase tu 3 4 bulan. Pasal adik ana sorg lagi mase tuu masuk hospital, mak jage. Jadi adik yg baby ana yg jage.

  3. Anak sulung suka tidur berbedong masa kecik… Dh besar sikit tidur meniarap..tapi tido lasak jadi…xdw lah smpai ke pagi tido tertiarap… Anak kedua bebas sikit…tpi dia suka tidur mengiring… Boleh tidur niarap tapi kita jgn nyenyak sgt.. Takut dia telengkup muka..

  4. hehe..anak kita lak malam awal tdo..tapi bangun tengah2 malam nak ajak borak..mamanya kena melayan..masa dia tdo semula jam 3 pagi pai lah ke pagi..masa mula2 bby pandai meniarap mmg dia akan tdo meniarap tp skrg tdo mengiring jer..kalau dia tdo meniarap mmg x lena r tdo sebab tkt dia lemas ke apa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *