Popia Pisang Nutella dengan 3 bahan sahaja - Kisahsidairy.com

Popia Pisang Nutella dengan 3 bahan sahaja

Popia Pisang Nutella dengan 3 bahan sahaja

Popia Pisang Nutella dengan 3 bahan sahaja | Nak pelbagaikan menu kudapan petang atau malam untuk anak-anak ni memang sangat-sangat sesuai.

Anak-anak umi ni, kalau semuanya ada kat rumah, macam-macam nak makan.Hari tu umi beli Nutella untuk disapu dengan roti je.Tapi takkan hari-hari umi nak bagi diorang makan roti.Confirm keesokkannya mereka tolak mentah-mentah je roti tu.Teringat pulak kat adik umi yang selalu buatkan dan siap jual lagi di area rumah dia.So, umi perlu cari 2 bahan lagi untuk melengkapkan POPIA PISANG NUTELLA NI.

Popia Pisang Nutella dengan 3 bahan sahaja

Umi cuma perlukan 3 bahan ni sahaja untuk buat Popia Pisang Nutella ni.Jom tengok macam mana nak sediakan menu ringkas yang pastinya anak-anak suka.

BAHAN-BAHANNYA

  1. Kulit Popia
  2. Beberapa ulas Pisang di belah dua.(umi tak sure la nama jenis pisang ni,tapi korang boleh tengok gambar di bawah ni.Selalu umi beli kat Tesco takpun kat kampung..)
  3. Nutella

Pisang yang umi gunakan 

 

CARA BUAT POPIA PISANG NUTELLA

 

 

Step pertama :  korang belah pisang tu kepada dua bahagian.

 

Step kedua : letak pisang yang dibelah dua ke atas kulit popia dan gulung seperti biasa macam kita buat popia lain tu lah kan.Telur tu untuk gamkan dia supaya tak terbukak hujungnya semasa menggoreng.Ada orang guna air je.

 

Step ketiga : Buat banyak-banyak lepas tu simpan dalam fridge.Kemudian panaskan kuali, dan goreng sehingga garing.

 

Step keempat : Kemudian masukkan Nutella ke dalam piping bag dan letakkan ke atas popia macam gambar di atas tu.

 

Umi syorkan makan panas-panas ler sedap.Sebab popia ni bila dah sejuk, kulitnya tu dah tak rangup.Confirm habis licin makan dengan anak-anak.Boleh jadi gaduh weh ngan diorang sebab tak cukup..

 

lagi banyak nutella korang letak, lagi shedapppp tau!! hahaha…

 

 

 

** Notakaki buat semua : Actually menu ni tak bolehlah buat selalu.Sesekali tu bolehlah sebab kandungan gula dalam nutella tu dah cukup tinggi.Sebab tu kita buat kat rumah dari kita order luar.So, kita boleh kawal jika ia melebihi kan.Apa pun berpada-pada bila nak letak Nutella tu..Lepas tu jangan cuit masuk mulut pulak..kah²

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

8 thoughts on “Popia Pisang Nutella dengan 3 bahan sahaja

  1. Tang yang Nutella tu haaaa ngeri aku, manis kannn…sebab tak berapa gemor sangat…
    Tapi nampak sedap..nak suruh anak cuba nanti …

    1. dilarang buat hari² sis..sesekali ok lagi.Nak letak Nutella tu pun agak² jugak… sebab pisang tu pun dah manis

  2. nutella ni memang manis. kandungan gula tinggi kan. jadi mana yg tak suka mcm saya ni, tak letak nutella. kalau anak2 memang depa gemar. takleh nak buat camna. hahahhaa

    1. sebab tu bila buat sendiri, kita kena kawal bila anak² makan.so, letaklah berpada²..jangan selalu sangat buat.Sama je kalau diorang makan dengan roti kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *