Plan Aktiviti Umi di Hari Minggu #3

Plan Aktiviti Umi di Hari Minggu #3  | Rajin betul umi ko ni dok menghapdet plan aktiviti umi setiap minggu.

Actually, minggu ni umi tak kemana pun.Kesihatan pun masih tak mengizinkan untuk umi ke mana-mana.Dah beberapa minggu ni asyik keluar je kan.So, ingat minggu ni nak merehatkan diri di rumah.

Cuma umi nak buat timetable sikit la untuk dak Naura bila cuti ni.Selalunya setiap pagi umi akan ajak dia mengemas rumah.Itu wajib.. Anak perempuan ni, kena ajar mereka dari kecil, dulu umi pun nenek dok kerah sapu keliling rumah lepas sarapan ok.Dia tak tau nenek dia garang yakmat dulu.

Umi nak sambung latihan dia dengan Grolier pulak.Lama rasanya tak buat aktiviti tu..Nanti umi update pasal Grolier tu ye.Umi ni cakap je nak update, sampai sekarang pun tak lagi keluar entry pasal Grolier ni tau.Haishh..Moga-moga umi ni rajin lah nak update pasal tu nanti kan.

Weekend pulak, umi macam biasa, akan ajak dia pergi ke Library.Belek-belek buku.Biar dia jadi ulat buku sikit.Jangan jadi macam umi ni hah.Lepas tu lepaskan dia kat Taman sekejap.

Kalau tak, dok ulang ayat nak pi taman tu berkali-kali kat telinga umi ni.

Loading

2 Comments

  1. MOga cepat sihat EDa…
    Jom Ahad ke 4 fingers hahaha…

  2. hari ni pun plan nak rehat aje kat rumah, tapi terkeluar lak kejap tadi pergi paradigm..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *