Pesawat BOEING 737 terhempas

Pesawat BOEING 737 terhempas | Sedih bila mendapat perkhabaran tadi tentang Pesawat BOEING 737 terhempas.Pesawat Komersial Indonesia itu terhempas dalam perjalanan dari Jakarta menuju Pangkal Pinang,Sumatra awal pagi tadi.

Pesawat BOEING 737 terhempas
PRAY FOR Pesawat BOEING 737

Menurut berita harian Metro, Pesawat ini dikatakan terputus hubungang kira-kira 13 minit selepas berlepas meninggalkan lapangan terbang.Jurucakap Lion Air memberitahu bahawa pesawat itu adalah jenis Boeing 737 dan sehingga kini masih belum ada jumlah rasmi penumpang di dalam pesawat terbabit.Pesawat Boeing 737 telah terputus hubungan kira-kira 13 minit selepas  meninggalkan lapangan terbang.

Jurucakap Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) Yusuf Latif berkata, pihak berkuasa masih berusaha mengesan bangkai pesawat yang terputus hubungan pada 6.33 pagi (waktu tempatan) ketika sedang dalam perjalanan ke Pangkal Pinang di kepulauan Bangka.

“Pesawat itu memohon kebenaran untuk pulang ke pangkalan sebelum hilang dari radar,” katanya dalam satu kenyataan.

Aplikasi Flightradar ketika mengesan perjalanan pesawat dipercayai dari jenis Boeing 737 itu memberitahu ia membuat pusingan ke selatan untuk berlepas dan menuju ke bahagian utara sebelum berakhir mendadak di Laut Jawa.

Indonesia banyak bergantung kepada pengangkutan udara bagi menghubungkan ribuan pulau di negara itu, namun rekod sistem keselamatan yang buruk menyebabkan ia sering kali berdepan dengan tragedi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. – AFP

 

Apa pun , kita sama-sama doakan agar semua yang terlibat dan usaha mencari mereka yang terkorban dipermudahkan segalanya.Dengar-dengar pun seorang mayat telah pun dijumpai.Jika korang nak tahu lebih lanjut pasal Pesawat BOEING 737  yang  terhempas boleh lihat di website harian Metro di sini – https://www.hmetro.com.my/nahaslionair

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *