Pertama kali menggunakan Pressure Cooker

Pertama kali menggunakan Pressure Cooker |Orang dah lama guna pressure cooker, umi baru ni nak mencuba 😀 

Begitulah kehidupan umi yang biasa-biasa ni.Nak dapat selepuk apa yang dihajati memang takkan tercapai. Biarpun umi mengharapkan satu jenama yang disebut-sebut, tetapi umi tetap bersyukur atas pemberiannya. Umi ada ceritakan birthday present yang umi dapat oleh my husband.Ada umi ceritakan di entry  INI

Alhamdulillah, babah merealisasikan impian umi untuk dapatkan pressure cooker ni.Patut ler beria dok usha cerita pasal Pressure cooker ni.hahaha.. Dan dia pilih warna yang umi suka pulak tu.Allahu…syukur sangat.

Disebabkan umi tak sabar nak mencuba memasak menggunakan pressure cooker ni, maka keesokkan malamnya umi dok try memasak pulut kuning menggunakan pressure cooker ni.Wallah..senang ya amat.Cuma masa permulaan tu, memang kelam kabut sedikit la sebab umi tak pandai nak setting masa menggunakan pressure cooker ni.Maklum ler.. baru pertama kali kan.

PRESSURE COOKER JENAMA EWANT

Pressure cooker Ewant ni bersaiz 6L. Cukuplah untuk keluarga kecil umi.Tu pun umi rasa besar dah.Pressure cooker ni terdapat 3 warna iaitu, biru, merah dan solid.Nasiblah babah sehati sejiwa untuk pilih warna.So dia pilih la warna merah.Baru meriah sikit dapur umi ni.Bila umi tengok harga kat Lazada murah jugak la.Tak sampai pun rm200.

 

So kot korang nak usha-usha perssure cooker kat lazada ni, boleh klik link sini >>> Pressure cooker Ewant

 

 

Tapi serius memang kalut nak guna pressure cooker ni.Mungkin umi tak habis baca manual book ni.So, memang ler kalut kelaut.Nasib baik menjadi jugak walau pulut kuning tu sedikit kerak di bawah

 

Kenapa masak pulut kuning?

Dah kebetulan ada pulut kat rumah.Dan itu sahaja menu yang simple untuk umi buat malam tu.Babah request nasi beriyani ayam timbus..Huiii..Tak agak² nak memasak malam tu jugakkan.So, request dari babah terpaksa on hold la dulu.Tunggu masa betul² free barulah boleh buat.

Hah..oklah kan..Senang sangat nak masak pulut kuning guna pressure cooker ni rupanya kan..Tak payah nak kukus bagai.Tapi tulah, kena lebih banyak belajar tentang setting pressure cooker ni.

 

 

 

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

4 thoughts on “Pertama kali menggunakan Pressure Cooker

  • April 8, 2019 at 1:04 pm
    Permalink

    Haaa sonang je kannn, tak kisah lee brand apa pun, kalau dah namanya pressure cooker, takde pressure bloody up nak memasaknya hahahahahah sekali tekan siap!

    Reply
  • April 8, 2019 at 3:03 pm
    Permalink

    Thanks for sharing such a good blog. I appreciate your thought and views.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *