Persediaan Menyambut Ramadhan Yang Perlu Kita Tahu

Persediaan Menyambut Ramadhan Yang Perlu Kita Tahu | Insyallah, sedikit hari lagi kita akan menyambut Ramadhan yang mulia.

Ramai yang menantikan bulan ini kerana bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan ganjaran pahala.Antara kelebihan yang kita dapat adalah dari solat Terawih.

Bila sebut pasal terawih ni,teringin betul umi nak penuhkan terawih ni di Masjid.Tapi tulah, ikut kemampuan.Kadang-kadang umi usaha jugak buat kat rumah.Insyallah…Tahun ni, akan lebih lagi untuk berbuat amal di dalam bulan Ramadhan.

Bercakap pasal menjelangnya Ramadhan, ada yang perlu kita lakukan sebagai persediaan menghadapi bulan yang Mulia ni tau.Jom kita lihat checklist yang perlu kita lakukan sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.

PERSEDIAAN MENGHADAPI BULAN RAMADHAN YANG AKAN DATANG

-Sebelum kita memasuki bulan ramadhan, haruslah kita menjaga kesihatan kita.Supaya kita dapat melakukan ibadah puasa sebaik mungkin.Bila kita sihat, maka kita dapat semua amal yang dituntut pada bulan Ramadhan tu nanti

– Kita perlu semak kembali hukum hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa agar puasa yang kita buat tidak sia-sia.

-Kita kena ambil tahu amalan-amalan sunat yang digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah.Di samping itu juga kita hendaklah mengetahui fakta-fakta permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.

– Tanamkan azam dengan lebih ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadan.Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharap pengampunan dari Allah Taala.

-Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan

-Mujahadah untuk bangun malam(untuk beberapa kali seminggu) supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan.

-Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencari.Yang mana suka bercakap banyak tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia.

-Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut ramadhan.

-Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.

 

Itu sahaja checklist persediaan menyambut ramadhan yang umi kongsikan dari pembacaan umi disini. Semoga ianya bermanfaat dan kita istiqomah dalam melakukan perkara yang baik-baik

 

Last but not least, umi mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2019. Ampunkan salah dan silap umi sepanjang kalian mengenali umi ye…

Maka

Loading

3 Comments

  1. selamat menyambut bulan ramadhan kak ida… semoga bulan ramadhan ini kita dilimpahkan dengan penuh rasa bersyukur..

  2. Selamat berpuasa buat Eda sekeluarga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *