Pernah Tak Korang Menggunakan Ini Suatu Masa Dulu

Assalamualaikum
Wah!!.Dahsyat betul tajuk entry aku nie.Panjang mengalahkan isi karangan  perenggan pertama pulak.
Aku buat entry nie sebab tetiba terlintas dalam benak fikiran aku ni secara tiba-tiba.Dan ketibaan itulah yang membuatkan aku menulis Entry.
Sebenarnya semalam,aku round2 di sekitar perumahan dekat dengan tempat aku tinggal.Tetiba aku terfikir..mana benda nie..Dah tak wujud ke? Korang tau apa!!!
Public Phone
Aku teringat masa ketika dulu,mybe 3-4 tahun lepas.Benda nie lah yang paling aku cari-cari sewaktu zaman bercinta nie.Al-maklum dulu bercinta jarak jauh..Duit syiling tu aku akan kumpul dalam satu bekas kecil..Bila dah penuh bekas kecil tu.Tempat pertama yang aku tuju adalah Public Phone..
Tapi sekarang Public phone nie seakan-akan tidak wujud ditinggalkan arus zaman mungkin.
Dan hanya tinggal ini sahaja.
Sedikit masa dulu juga ada perbuatan vandalisma.Merosakkan segala public phone yang ada disekitarnya.
itu semua kerja -kerja orang yang takde otak kot!! Bila Emergency..sape nak jawab
Tapi lama-kelamaan Public Phone nie dah ditelan zaman..Di tempat aku sekarang nie dah tak wujud dah perkhidmatan awam nie.mybe sekarang nie penjualan telephone murah dan mampu milik,menyebabkan penggunaan public phone ini diketepikan.
Mungkin ada lagi la di bandar-bandar besar contohnya Kuala lumpur,Bandaraya Johor Bahru dan kawasan-kawasn bandar.Tapi dah kat kampung nie x wujud dah..entah la..
Zaman-zaman aku dulu,mana mampu nak pakai telephone..public phone tu jugaklah banyak berjasa pada aku.
korang rindu tak nak bergayut kat public phone lama-lama..Then tunggu giliran..Ade jugak istilah curi lain..Korang ingat tak…

Loading

13 Comments

  1. salam.. tq singgah blog Alycia…

    haah, tu alat perhubungan paling popular zaman blajar dulu…

  2. Tinggal kenangan…dah lama tak guna public phone ni…
    Dulu2 itulah tabung…hehe, berjam2…sanggup bergayut

  3. kat sekolah masih wujud lagi phone ni…hihi…dulu pakai benda je nak call pakwe..hahaha

  4. nie adalah salah satu tabung en.suami dulu… rasanya ada juga sampai beratus dia menabung….hihihihi..
    kenangan2..

  5. time bercinte dulu..siap kumpul syiling tu.. pastu cover2 line takut abah npk.. huhu.. rs seram jer bercinte time tu..

  6. sekarang pun ada lagi tepon mcm tu, tapi tinggal pondok je la hehehe. Teringat kenangan bercinta zaman sekolah bawak duit syiling dalam poket menggeleber semata2 nak tepon boipren muahaha….kenangan (^_^)

  7. Haah..dh x banyak dh public phone kan…makin lama makin hilang ditelan zaman….

  8. teringat kembali zaman masa bercinta tahun 2001 dulu.. sanggup beratur sebab nak tunggu giiran di hostel.. masa tu kadar panggilan melalui telefon bimbit mahal..

  9. Teruk bebenor PCL bergayut sampai 4 jam…tak nyetok kaki ke? Hahaha

  10. Sama je abangku ini..BM dgn PCL..bergayut dgn makwe ye..

  11. Tak merasa pun bergayut dgn pakwe kt public phone.. sekadar call kakak bila mak suruh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *