PERMAINAN BALING SELIPAR RELEVANT LAGI KE?

PERMAINAN BALING SELIPAR RELEVANT LAGI KE?

PERMAINAN BALING SELIPAR RELEVANT LAGI KE? | Permainan yang mengimbau masa kecil umi dulu.Kalau budak sekarang pandai ke main Baling selipar ni.

Hari tu bila dah ramai-ramai anak buah balik kampung, ajak diorang main baling selipar ni,Umi taklah main sekali, tapi dok jadi tukang sorang dan ajar yang kecik-kecik tu bermain.Itu je permainan yang boleh main beramai-ramai.Kakak² yang besar nak main badminton, yang kecik² pun nak main jugak.Dah bergaduh dengan raket.

Petang Isnin tu, dari takde benda nak buat, umi ajaklah diorang main permainan ni.Riuh sekali depan rumah nenek tu.Dah main tu pun ada jugak yang bergaduh.Tak acilah, dia dulu lah..haish…macam² kan.

Macam kitalah masa kecil² dulu..Main kalau tak gaduh memang tak sah.Ada je yang tak puas hati.Paling umi suka dulu main belom acah…hahaha.

Kan bagus kalau permainan tradisional ni dikekalkan.Tapi tulah, kalau kat bandar ni, jarang la nampak anak-anak bermain permainanan lama-lama ni.Semua dah up to date.Kebanyakkannya suka bermain game di handphone jelah.

permainan baling selipar

Kotlah korang yang baru tau pasal ni, meh sini umi nak cerita sikit pasal permainan baling selipar atau di panggil Tuju Selipar

 

PERMAINAN BALING SELIPAR

Cara bermain baling selipar

Nak bermain baling selipar ni perlu ada dua kumpulan.Satu kumpulan yang menyerang dan satu lagi yang bertahan.Cara nak mainnya :-

  • 3 selipar perlu di susun dengan keadaan berbaris.Boleh refer kat gambar atas tu.
  • Kumpulan menyerang perlu menjatuhkan  susunan selipar  dengan selipar yang dipegang tu.
  • Jika orang pertama gagal, orang kedua pula yang akan membaling dan begitulah seterusnya yang berjaya menjatuhkan selipar tu.
  • Seorang pembaling hanya diberi peluang baling selipar sebanyak 3 kali sahaja dan jika tidak berjaya, orang tu dikira mati.
  • Jika semua selipar itu berjaya dijatuhkan, kumpulan bertahan dikehendaki membuat balingan ke anggota badan kumpulan menyerang dengan menggunakan selipar yang disediakan.
  • Misi kumpulan yang menyerang pula perlu menyusun semula susunan selipar kembali kepada kedudukan berdiri semula.
  • Kumpulan bertahan perlu mengawal dan menghalang kumpulan menyerang dari menyusun selipar tu.
  • Ahli kumpulan bertahan yang memegang selipar untuk dibaling kepada kumpulan menyerang, tidak dibenarkan bergerak dan perlu mebalingnya terlebih dahulu sebelum bergerak,
  • Jika kesemua ahli kumpulan menyerang telah dimatikan sebelum selipar disusun, giliran kumpulan bertahan pula untuk menyerang.Tiada mata akan diberikan kepada mana-mana pasukan dalam keadaan ni.
  • Mata akan diberikan jika kumpulan menyerang berjaya menysusn selipar sebelum kesemua ahli dimatikan.

Hah..macam tulah permainan baling selipar ni.Seronok tau.Lagi satu ianya adalah aktiviti yang sihat.

Dak Naura pun ambil bahagian jugak walaupun dia tak faham apa yang dimainkannya.Gelak je lebih.Balingnya tak mengena pun.

At least sedikit sebanyak dia tau aktiviti ni menyeronokkan.Umi paling suka bila anak-anak buah balik ramai-ramai.Itu pun tak semuanya ada.Kalau semua ada , memang riuh la rumah nenek tu.

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *