July 15, 2020

Rewards Mereka dengan Kitchen Sink dan microwave toys

Rewards Mereka dengan Kitchen Sink dan microwave toys |Lama dah umi tak rewards diorang dengan mainan.Selalunya umi belikan buku-buku cerita dan juga buku sticker je untuk diorang ni.

Tapi disebabkan hari tu Mommyhappy ada menjual microwave dan Kitchen sink ni.Kemain berebut agent-agent Mommyhappy kan? Apa taknya kebanyakkan agent-agent yang menjual produk Mommyhappy semuanya ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil.

Hah..Nanti umi cerita pasal Mommyhappy di entry akan datang.Tak taulah akan datang tu bila kan?Tapi kalau korang tengok dekat sidebar blog ni ada tulisan Mylittoshop tu, hah.itulah antara produk-produk yang umi jual dikedai online umi.

So, bila nampak je kecomelan dua produk ni, terus umi grab sorang satu mainan ni.Pepandailah diorang nak main yang mana.

Umi bagi teaser gambar dulu.Lepas tu barulah kat bawah ni umi bagi the real picture untuk korang


So, sempat jugaklah umi grab untuk customer umi.Sampai ada yang sanggup untuk tunggu Pre Order.Cuma pre order ni makan masa jugaklah kan nak dapatnya.

Tapi umi dah grab untuk budak berdua tu siap-siap.Alhamdulillah sempat.Rezeki bebudak tulah dapat hadiah dari umi.

So, bila dah sampai tu umi suruh diorang unboxing sendiri kotak tu.Video umi terpaksa delete sebab kenampakkan makhluk ciptaan Allah tak cukup sifat dalam video tu untuk umi tunjuk.Ada pulak kelibat nenek tak bertudung kat situ.Jadi umi terpaksalah delete kan..hahaha..

Hah..masa unboxing tu kemahin riuh rendah budak berdua ni.Main lagilah riuh rendah.Entah apa yang selalu nak direbutkan dua beradik ni.

Actually umi nak letak kat bilik diorang mainan ni,memandangkan kitchen sink tu boleh diisi dengan air, maka umi tak berani nak letak.Sebab umi tau akan berkecah bilik tu dikerjakan budak berdua tu kang.Jadi umi letak mainan tu disudut rumah.Umi letak meja belajar lama diorang, letak tempat pinggan buat ada-ada.Hah main ler diorang.

At least nenek atau umi boleh pantau diorang bermain sambil tengok tv.

Masanilah masing-masing tak menyabo dah nak main.Umi selamatkan dulu pokok  bunga dan barang hiasan umi atas meja tu dulu.

Hah..Inilah dia set microwavenya.Comel kan?

Boleh berfungsi macam microwave betul tau.Cuma tulah, takdelah boleh panas betul-betul.Sama macam sinki tu jugak.Boleh keluarkan air.Tu yang umi balik dari kerja tengok rumah melekit-lekit dengan air..Haduii..umi is pening tau.

Hah..Pakai ape yang ada je kat rumah tu.Tak Kose umi nak membeli lagi dah.Dulu umi bercita-cita nak beli tempat masak ikea tu.Tapi tulah..Ongkosnya besar sangat nak membeli.Jadi tinggallah angan-angan.Yang ni pun boleh la kan?

Sebenarnya nak bagi rewards ni bukan sahaja dari segi bagi diorang mainan.Banyak rewards lain yang kita boleh berikan tau.Ikut pada kemampuan kita.Yang penting kita ikhlas nak rewards anak.Diorang pun akan sambut dengan kasih sayang 🙂

Hasil pembacaan umi ibubapa yang bijak akan beli 7 Barang ini untuk gembirakan anak-anak.Nak tau apa dia? Jom baca

  1. ALATAN TULIS/KELENGKAPAN SEKOLAH

Ini antara pilihan yang paling selamat untuk dijadikan hadiah.Sangat berguna dan praktikal kepada anak-anak.Daripada beg sekolah, pensel hinggalah set bekalan air dan makanan tentunya anak akan suka.Nak-nak pulak adanya kartun animasi yang mereka suka pada alat tulis dan kelengkapan sekolah mereka kan?Anak pun lebih bersemangat

2.SET KRAFT

Secara semulajadinya, anak kecil ni sangat kreatif.Jika kita ber mereka kelengkapan kraf seperti cat air, kertas lukisan, kertas warna, glitter, gunting, gam, termasuk beberapa aksesori tambahan seperti google eyes, pom pom, batang aiskrim berwarna warni dan sebagainya.

Semuanya bukan sahaja memberi peluang melatih anak kita menghasilkan sebuah artwork atau masterpiece, tetapi juga dapat bantu meningkatkan lagi daya kreativiti mereka.

3. BUKU

Buku bagi umi antara hadiah yang tak pernah merugikan.Jika anak kita kurang minat membaca buku cerita, cari bahan bacaan yang berbentuk aktiviti, mewarna dan lengkap dengan kesa khas seperti audi.

Bahan bacaan ilmiah yang direka khas untuk menarik minat anak tentunya dapat membeikan ilmu yang bermanfaat, masa untuk bonding, dan kisah-kisha teladan dalam meluaskan imaginasi mereka.

 

4.PERCUTIAN

Anak kecil manalah kan tak sukakan percutian.Mereka ni kalau sebut pantai atau pergi hotel pun dah suka.Takpun tempat-tepat seperti Taman tema air, taman rama-rama, zoo dan sebagainya.

Pengalaman percutian ni pastinya akan menjadi sesuatu yang terpahat dalam ingatan anak-anak.Malah penelitian saintifik juga ada menyatakan bahawa percutian keluarga adalah satu pelaburan yang baik untuk perkembangan sosial serta emsoi anak-anak.Sebagai bonus, bukan hanya anak je yang gembira, malah seisi keluarga pun boleh bergembira kan?

5.PERKAKAS/PERALATAN SESUAI HOBI

Setiap anak ni ada kecenderungan tersendiri.Ada yang suka bermain anak patung, ada yang suka bercucuk tanam, ada juga yang sukakan muzik.

Jadi sesekali tak salahkan kalau kita hadiakan mereka peralatan khas untuk mereka mengikut minat mereka tu.

6. TABUNG

Dari anak kita kecillah kita kena start ajar mereka nilai wang sejak kecil lagi.Cara yang paling mudah adalah dengan ajar mereka menabung.

Beli tabung mengikut kesukaan mereka.Dan ajar mereka simpan separuh dari duit poket sekolah mereka.Bila dah penuh, ajak mereka ke institusi perbankan dan buka akaun untuk mereka.Tunjuk mereka nilai wang yang mereka dah simpan ke dalam tu.Jadi mereka akan terus semangat untuk terus menyimpan.

 7.HAIWAN PELIHARAAN DAN KELENGKAPANNYA

Kebanyakkan anak kecil ni suka haiwan peliharaan.Selain dari sifat comel haiwan tersebut, kajian turut mendapati bahawa haiwan peliharaan dapat bantu anak-anak kecil memupuk sifat kasih sayang, bijak menguruskan emosi serta menghilangkan stress.Anak-anak juga dapat belajar tentang tanggungjawab apabila mereka terbiasa menjaga haiwan peliharaan mereka.

Hah..Itu dia antara 7 barang yang korang patut belikan untuk anak-anak korang ye.Berbalik pulak pada cerita mainan dak Naura dan Dak Fiyah ni pulak.

Lepas ni No more Mainan dah.Umi akan beli buku-buku cerita pulak.Tambah koleksi bed time story bebudak ni.Haduii..Tulah, umi jugak mulakan dulu bed time story ni, jadi terpaksalah jugak teruskan sebab bebudak ni dah terbiasa.Umi bukanlah buat hari-hari.Kalau umi ada kerja atau umi letih, memang umi suruh diorang tidur jelah.sebenarnya ada beberapa kelebihan bercerita kepada anak sebelum tidur ni.Sebab tu umi cuba biasakan benda ni.Umi banyak beli buku-buku cerita pendek untuk diorang ni hah.Nak tau tak apa kelebihan bed time story ni pada anak-anak kita?

 

APA ITU BEDTIME STORY

Bedtime story merupakan sesi ibu bapa membaca buku cerita atau berkongsi kisah-kisah menarik dan teladan kepada anak-anak sebelum mereka tidur.Sesi ini penting dan menjadi lebih bermakna kerana ia melibatkan hubungan emosi diantara anak-anak dan ibubapa.Jalinan erat dan kualiti masa bersama anak-anak pasti dapat dimanfaatkan ketika sesi bedtime stories ni.

Tapi kalau kita tidak pernah buat Bedtime Story ni,kena mulakan dari sekarang.Ini kerana waktu masuk ke bilik tidur adalah waktu minda kita relaks berbanding waktu lain.Begitu juga dengan anak-anak.Suasana bilik yang samar-samar serta pengudaraan yang selesa akan membuatkan emosi anak-anak lebih tenang.Gelombang otak pula berada pada gelombang Alpha yang lebih baik untuk saranan positif dalam menasihati anak-anak.

 

5 KELEBIHAN BEDTIME STORY(Bercerita dengan anak sebelum tidur)

  1. Mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.
  2. Menambah bilangan kosa kata yang boleh anak kuasai.
  3. Meningkatkan kemahiran anak untuk berfikir
  4. Mengurangkan stress ibu/anak
  5. Memupuk minat membaca

Selalunya bila bedtime story ni, umi takdelah ikut sangat susun ayat dalam buku tu.Umi baca ikut gaya umi je.Lepas diorang dah biasa dengan buku tu, diorang sendiri akan bercerita kat kita apa yang dia tau pasal buku tu.Hah!! Lagi satu dak Naura ni pelat sikit, sebab tu umi rajin suruh dia bercerita ikut buku yang dia tengok tu.

Antara buku Favourite diorang yang selalu sangat diorang baca adalah :-

Dan ada beberapa lagi set yang umi ada belikan untuk diorang.Itu antara yang umi buatlah.Ada perkongsian yang mi baca melalui perkongsian encik Asrulnizam Bas ni, ada beberapa perkara yang boleh ibubapa lakukan ketika sesi bedtime stories ni tau.

Apa dia?

Hah..Korang baca lagi ye.Nak ilmu kena rajin membaca kan?

1.BERCERITA

Kita ceritakan kisah pendek yang kurang dari 10 minit. Ada je kat pasaran yang menjual buku-buku pendek dengan tulisan yang besar dan bewarna warni yang buat anak suka.Kalau nak tau umi pun ada jual buku-buku tu..Roger ek nanti…hehehe.

Kenapa kita kena bacakan kita pendek kurang dari 10 minit?

Ini kerana kebiasaannya sebelum tidur, kita akan ambil masa 10-15 untuk lena kan? So , ambil peluang 10-15 minit tu untuk bacakan buku untu mereka.Guna ayat yang mudah anak faham pun ok je.Lepas ending cerita tu, terus baca doa tidur dengan mereka.Peluk dan cium mereka dengan ikhlas.

2. AJARKAN DOA

Alhamdulillah, doa tidur dan 3 kul memang umi ajar mereka sebelum tidur.Dak fiyah dah hafal dah 3 kul walaupun pelat-pelat dia.Adik nampaknya belum bersedia lagi.Tapi umi tetap suruh dia dengar jugak.Siaplah kalau umi tak aminkan doa diorang dalam nada yang kuat.Lepas ni umi nak ajar doa-doa lain supaya diorang akan ingat sampai ke besar.

3.QUESTIONARE

Ni kekadang umi buat.Ceritalah apa-apa pun berkenaan dengan alam sekeliling.Create soalan untuk mereka dan dengar pula jawapan mereka.Kalau salah kita betulkan.Jadi kat situ anak ada ilmu baru kan?

Next umi nak bagi soalan pulak kat diorang.Kalau tanya diorang memang panjang lebarlah jawabnya kan?

4.RASIONALKAN SITUASI

Biasanya satu hari kita kan ada marah-marah pada anak kita.Percayalah ini memang selalu kita buat kan? betul tak? Dan selalunya waktu marah kita sendiri tak rasional dan tak boleh jelaskan kepada mereka dengan baik.Jadi waktu ini adalah waktu yang paling sesuai untuk rasionalkan situasi negatif yang perlau pada hari tersebut.

Yang penitn 10 mini tetapkan value dan buat ulangkaji.

 

Hah…Rasa korang akan terfikir tak pada apa yang penulis tu kongsikan.Ye…begitulah umi.Umi bukan ibu yang perfect, tapi umi cuba untuk jadi ibu yang baik, yang tak terlalu pemarah dan cuba nak jadi  ummi yang selalu cool down untuk hadapi situasi apa pun..

 

 

 

 

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

View all posts by siti Rohaida →

One thought on “Rewards Mereka dengan Kitchen Sink dan microwave toys

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *