Perkara Yang Tidak Patut Kita Lakukan Kepada Anak - Kisahsidairy.com

Perkara Yang Tidak Patut Kita Lakukan Kepada Anak

Perkara Yang Tidak Patut Kita Lakukan Kepada Anak

Perkara Yang Tidak Patut Kita Lakukan Kepada Anak | kadang tu umi terfikir, patut atau tidak kita buat perkara-perkara ni pada anak.

Kadang tu timbul penyeselan lepas dah buat pada anak.Mulalah timbul rasa menyesal bila kita marah dan pukul anak kan?

Yelah, kita ni manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan.Sentiasa buat silap.Dan dengan kesilapan tu boleh mengajar kita balik.Kita sebagai ibu bapa kena belajar dari kesilapan.Bukan kata ibu bapa di luar sana je.Malah umi sendiri sentiasa melakukan kesilapan.

Ibu bapa zaman sekarang kena ada ilmu.Nak membesarkan anak zaman sekarang payahnya nauzubillah.Sentiasa ada halangan.Kadang-kadang anak buat perangai, mencabar kesabaran ibu bapa kan? Sudahnya malas nak panjang-panjang cerita, bagi jugaklah gadget.Kadang ada yang tak makan saman kan? uiffftttt!!

Bukan cakap anak orang, anak² umi sendiri pun kadang macam tu.Macam manalah kan kita tak jadi mak ko hijo!! hahaha…

Umi sentiasa doa pada Allah swt supaya umi dapat menjadi ibu yang hebat di mata mereka.Sentiasa nak berikan yang terbaik untuk mereka.Walaupun datang kekhilafan dalam diri ni.Terjadi jugak adegan menjerit dan memukul.Tapi memukul pun, umi tak pernah lagi pukul dengan teruk.Nauzubillah..Mohon dijauhkan.

Jadi, apa perkara yang tidak patut kita lakukan pada anak kita supaya anak kita tak jauh dari kita.Tak hormat pada kita.Nak mereka hormat pada kita, kita pun kena hormat mereka jugakkan.Bukan kata orang muda je kena hormat orang tua, orang tua pun kena hormat pada orang muda.betul kan?

So, kat sini umi share sedikit perkongsian dari Puan Ashikin Hashim.Korang yang nak baca tips² parenting boleh join Chanel Nota Keluarga Ashikin Hashim

 

11 Tidak Patut Kita Lakukan Kepada Anak

1. Tidak patut memaki dan memarahi anak dengan kata-kata yang kesat kerana ianya satu doa. Cakap yang baik-baik, doa yang baik-baik, fikir yang baik-baik.

2. Tidak patut memukul seorang anak itu jika dia berusia 10 tahun ke bawah – saya mengambil intipati hadith solat. Baginda hanya menyatakan boleh dipukul anak itu jika tidak solat pada usia10 tahun. Itu pun kerana solat. Apa yang lebih hebat dari solat?

3. Tidak patut membandingkan anak kita dengan anak yang lain atau dengan anak orang lain. Sudah tentu potensi anak kita berlainan dengan anak orang lain.

4. Tidak patut kita mengabaikan anak kita sewaktu kita berada dekat dengannya seperti hanya menumpukan kepada telefon dan kerja sedangkan anak berada di sebelah kita. Seharusnya kita banyakkan berbual dan bergurau dengan anak pada waktu itu.

5. Tidak patut kita hanya memaksa dan memadatkan jadual anak dengan jadual akademik semata-mata. Mereka juga memerlukan masa lapang dan rehat untuk bermain dan berhibur seperti kita juga.

6. Tidak patut kita kedekut dengan anak-anak apabila mereka meminta sesuatu yang kita rasakan membazir bagi kita seperti mainan tapi kita tidak berkira pula mahu beli rokok dan gajet telefon misalnya.

7. Tidak patut memberi terlalu banyak kebebasan. Nyatakan limit dan peraturannya agar mereka tahu batasan yang mereka tidak boleh langkaui.

8. Tidak patut kita berakhlaq tidak baik di hadapan mereka contohnya bersikap samseng di dalam kereta kerana anak-anak memerhati dan mendengar percakapan kita.

9. Tidak patut merendahkan orang lain di hadapan anak kerana anak akan juga memandang rendah orang lain dan berkurangan sifat hormat mereka.

10. Tidak patut kita bersikap sangsi atau tidak percaya kepada anak terlalu berlebihan. Bersifat lah seperti itu dengan batasan tertentu sahaja kerana ia akan hanya merendahkan anak itu.

11. Tidak patut memarahi guru anak di hadapan anak. Itu akan hanya membuatkan anak benci dan tidak menghormati guru tersebut.

Semoga kita sentiasa mengasihi dan mempunyai sifat ihsan kepada anak-anak kita.

So, kita tau kan apa perkara YANG TIDAK PATUT KITA LAKUKAN KEPADA ANAK.Jadi mulai hari ini, kita cuba perbaiki apa yang tidak patut tu.

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

One thought on “Perkara Yang Tidak Patut Kita Lakukan Kepada Anak

  1. Betul tu..SA tak pernah memukul anak..kalau ada benda yang dia mintak dan SA rasa ianya bukan keperluan, terus SA terangkan kat dia sebab x boleh beli…ada anak remaja yang semakin membesar memang satu cabaran..yang penting ibu perlu memainkan peranan yang sewajarnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *