Percutian ke Lotus Desaru Bandar Penawar

Assalamualaikum

Percutian ke Lotus Desaru Bandar Penawar |Sehari selepas Hari Raya Aidiladha yang lepas,disebabkan aku tuan rumah untuk tahun ni,makanya,pengisian cuti oleh adik beradik tu seharusnya digunakan untuk aktiviti beriadah.

 

Hari khamis yang lalu,kami 3 keluarga bawa anak -anak untuk bermandi-manda di Lotus Desaru Beach Resort.Disebabkan aku dapat tiket dengan harga penginapan,so dapatlah bawa budak-budak ni mandi di sana.Aku tak pasti samada orang luar boleh mandi di sini atau tak.Tapi korang yang menginap di sini,bolehlah dapatkan harga murah disini.Tapi aku tak sure sangat sebab tu…hehehe…

 

Selepas menziarahi kubur arwah di Pandan,kami bergerak ke sini.Alhamdulillah,cuaca hari tu elok berbanding dengan hari semalamnya.So ,tak dapat nak bergerak ke mana pun.Kami sampai pun di sana dalam lebih kurang pukul 2 macam tu lah.Bagi aku kalau nak bawak anak-anak beriadah di sini,memang sangat recommended.

Kalau korang nak mencari waterpark di dalam Lotus Desaru Beach & Spa Resort ni,ia terletak di tengah-tengah hotel Lotus ni.So persekitarannya memang cantik.Ada diantara bilik hotel ni menghadap laut dan menghadap waterpark ni.Itu,korang boleh pilih la kan nak view macam mana.

Di sini,korang akan nampak tempat pembelian tiket dan juga kedai yang menjual barangan makanan dan juga peralatan mandian.Kalau tak bawak baju berenang ,pelampung,semuanya ada disini.Cuma agak pricy sikitlah berbanding di luar tu.

Kolam renang bersama dengan tempat permaianan kanak-kanak

Senang sungguh bila dah ada kolam renang dan permainan ni.Kiranya dua dalam satu budak-budak boleh bermain.Mereka pun happy je dapat bermain.

Tempat ni paling best sebenarnya,bila air dah penuh di dalam tangki tempurung kelapa tu,maka air itu akan melimpah keluar.Tapi di sebabkan aku bawa Naura dan Fiyah,so layankan mereka jelah nampaknya.Takde chance lah umi nak berenang-renang ketepian..hahaha..Dah namanya bawak budak-budak kan,jadi takdelah nak syok sendiri.

 

Yang atas ni pulak kolam renang untuk dewasa.Sangat luas dan best.Tapi aku tak dapat lah nak join masuk kolam ni.Kita masuk kolam budak-budak je lah kan.

Ada jugak tempat yang korang boleh slide dari atas ke bawah.Tapi takdelah tinggi mana.Jadi takdelah takut sangat oit.Kira oklah kan.

Tempat yang sesuai untuk korang bawak ahli keluarga untuk bercuti kat sini.Bukan sahaja ada waterpark,ada lagi kemudahan lain yang disediakan di Lotus Desaru ni seperti Indoor aktiviti,Outdoor Aktiviti dan juga Group aktiviti.

 

Sempatlah berendam dalam 2-3 jam gitu.Masing-masing pun dah kepenatan dan lapar.Destinasi seterusnya,aku bawak diorang untuk makan di Aroi Thai Boat Noodles di Tunamaya Beach & SPA Resort.Tunggu next entry ye.

 

untuk maklumat lanjut korang boleh layari website di bawah ni.

http://lotusdesaru.com/

Follow my blog with Bloglovin

Loading

6 Comments

  1. Abang aku lah yang plaing suka ke sini dulu masa kerja tak bizi lagi..
    Skrg dh lama x kesini..Yang bestnya mandi kat bawah air kelapa jatuh tu hahahaha..
    Malamnya jalan tepi pantai makan malam kat situ, angin tiup sepoi-sepoi..

    Dannn yang bestnya aku jumpa ‘kawan’ terbang masa tido sana hahahaha..
    ‘Kawan’ pun dh kaya, pecah panggung katanya hahahahahaha :p

  2. suzie dh pernah g sini..tempat nya memang menarik..anak2 seronok bermndi-manda..klo waktu mlm view nya cntik..boleh main bubble mlm2.. kena tiup angin best betul.. makanan utk mlm je kurang menarik sikit.. klo brkfast dia best..mcm2 mknn boleh mkn..paling favret roti crossant..??

  3. anak-anak memang seronok la dapat main air ni. kawasana pon agak privacy kan, seronok macam ni.

  4. Author

    nak kena menginap kat sini baru best.Lagi pulak sekarang ni kat Bandar Penawar,tempat makan kat luar dah banyak..boleh pilih je nak makan ape

  5. Author

    hahaha….ok…aku baru faham maksud kawan tu.sesekali kan dok beriadah macam ni best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *