Perbanyakkan Latihan Mewarna Untuk Naura

Perbanyakkan Latihan Mewarna Untuk Naura | Lama dah tak cerita pasal Homeschooling untuk Naura ni kan.Umi je tak banyak masa nak cerita kat blog ni..Apa yang busy sangat pun tak taulah kan.

Actually ada je umi wujudkan aktiviti Homeschooling ni kat rumah.Cuma jarang nak cerita kat blog ni.Kadang tu umi sendiri malas nak ambil gambar.Setiap hari umi akan sediakan satu pembelajaran untuk dia.Samada melukis, menulis atau apa sahaja yang boleh memberikan manfaat untuk dia.

Aktiviti melukis ni pun bagus juga untuk menajamkan skill menulis.Menguatkan otot-otot tangan anak-anak supaya nanti bila pegang pensel  takdelah rasa letih la..bosan la.. risau umi dia jadi hijo je..hahahah

Hari tu umi ada singgah ke Mr.DIY dengan dia.Sekarang dah pandai, bila ke Mr.Diy mesti nak beli toys.Tapi umi cakap kat dia NO TOYS!! siap pesan dalam kereta lagi.Tapi kadang-kadang datang dia punya degil tu, nak jugak toys.Dia ingat dia bijak, umi lagi bijak tau..Sampai kat Kaunter, terus umi tolak tepi toy dia tu..hahaha..

Satu lagi, bila kat sini, umi suka bawak kat tempat buku-buku tu dan juga Accessories DIY tu hah..Kat situ kan banyak jual benda yang boleh berikan dia aktiviti yang bagus macam Colouring Puppet yang umi beli ni hah.

aktiviti homeschooling

Puppet Coloring ni murah je..Baru RM3 je kalau tak silap umi..Beli ikut mana yang kita mampu.Kalau rasa kita boleh buat sendiri why not kan.

Masa ni masih gigih lagi nak mewarna.Mood tengah rajin.Jadi umi pun ikut sama buat.

aktiviti homeschooling

Walau tak terurus mana pun mewarna tu, dia tetap semangat nak buat.Jadi umi tolong dia sikit-sikit.Touch up mana yang tak di warnakan tu.Hah..maka jadilah warna-warna seperti ini.

Banyak lagi aktviti mewarna yang umi buat untuk dia.Yelah..dia sorang kat rumah.Jadi umi kena fikir banyak lagi nak bagi dia ada aktiviti selain tengok tv dan kacau umi..kah². Mungkin lepas ni umi kena lebihkan aktviti mewarna untuk dia.Senang nanti nak school, dia dah tak payah nak susahkan cikgu lagi.

Hari tu umi ada ambil batang pisang untuk aktiviti dia.Nanti umi cerita lagi eh.

Loading

2 Comments

  1. Kalau yang batang pisang tu, namanya acapan kan..
    Kegemaran Sis ko kalau time seni hehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *