Pendaftaran online murid tahun 1 sesi 2021/22

Pendaftaran online murid tahun 1 sesi 2021/22 | Borang Pendaftaran untuk murid tahun 1 sesi 2021/22 di buka secara online pada 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020

Umi kongsikan info tentang pendaftaran online murid tahun 1 untuk sesi persekolahan 2021 dan 2022.

 

SYARAT MURID YANG LAYAK MENDAFTAR UNTUK KEMASUKKAN TAHUN 1 2021/2022

Kanak-kanak yang layak untuk pendaftaran Warganegara Malaysia adalah :-

  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 sehingga 1 Januari 2015(Untuk kemasukkan ke sesi persekolahan tahun 2021)
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 sehingga 1 januari 2016(untuk sesi persekolahan tahun 2022)

 

 

CARA DAFTAR PERMOHONAN MURID TAHUN 1 SESI 2021/22

Pendaftaran boleh di buat dengan dua cara samada cara manual atau online.Untuk Manual ibubapa kena pergi ke Sekolah manakala melalui online boleh dibuat di https://public.moe.gov.my

Cara Daftar Online

 ➡ Layari website  https://public.moe.gov.my/

 ➡ Pastikan isi borang dengan lengkap. Log in menggunakan kad pengenalan dan kata laluan.

 ➡ Isi segala maklumat tentang prasekolah,profil kesihatan dan rekod imuniasi kanak-kanak

 ➡ Cetak borang yang lengkap dan dan sediakan dokumen yang diperlukan seperti :-

  • Cetakan borang permohonan online
  • Sijil lahir kanak-kanak
  • Kad pengenalan ibubapa/penjaga
  • Surat nikah/surat cerai
  • Salinan bil elektrik
  • Sampul surat bersaiz standard dan setem
  • Laporan kesihatan doktor dan kad OKU( jika berkaitan)
  • Borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi

Setelah siap lengkap borang di atas berserta dokumen, ibubapa hendaklah menghantar borang tersebut ke Sekolah yang didaftarkan di online.

 

Untuk maklumat lanjut boleh emailkan kepada : admin_spatkpm@moe.gov.my

 

semoga bermanfaat 😀 

 

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.