pencipta pegang waktu

Pencipta Pegang Waktu lakonan Que Haidar tidak mengecewakan

Lakonan menjadi sungguh dalam membawakan watak lelaki lembut betul-betul buat umi tertunggu-tunggu cerita ni ni.Seorang pelakon yang berbakat yang umi suka sangat setiap kali dia berlakon.Pencipta Pegang Waktu yang dilakonkan Que Haidar tidak mengecewakan

Telefilem khas ini dah ditayangkan ditv3 pada Hari Raya Aidiladha yang lepas.Sebelum tu pun umi tak sabar nak tengok full telefilem ni.Kalau korang tengok teasernya pun korang boleh jatuh air mata inikan pula keseluruhan cerita ni.Sebab tu umi kata lakonan Que Haidar tidak mengecewakan.Semua cerita  dia umi memang suka.Jaranglah dia ni ambil skrip sesuka hati.Berlakon dalam drama-drama pun jarang.Ikut kata dia, dia memang memilih sikit skrip ni

SINOPSIS PENCIPTA PEGANG WAKTU

Hubungan Zakree (Zee) dan abangnya Zaman dingin kerana Zaman malu apabila satu kampung memanggil Zee ‘lintah lembik’. Ayah mereka ialah bilal di kampung dan tegas dengan Zee dan Zaman tapi tak pernah marah dan tidak pula pernah suka Zee dipanggil begitu. Hanya ibu yang memahami. Selepas ibu meninggal dunia, Zee rasa kehilangan yang menyeksanya. Dia hilang tempat berlindung. Zee mewarisi bakat seni sulam dan menjahit baju kurung dari arwah ibu.

 

Zee ingin bekerja di bandar dan mahu berjaya dengan bakatnya. Zaman kecewa melihat keadaan adiknya yang tidak pernah berubah dan semakin lembut. Zee cuba fahamkan abangnya tapi Zaman tak terima. Ibu sudah tiada dan ayahnya banyak memendam perasaan. Zee membawa diri ke bandar. Walaupun Zee tahu rutin harian abangnya di bandar, tetapi dia hanya memerhati dari jauh. Zee tidak pernah berhenti mendoakan ayah dan abangnya.

JUDUL : PENCIPTA PEGANG WAKTU 

WAKTU SIARAN : Jumaat, 31 Julai 2020, 10:00 malam
SIARAN TV : TV3 (Istimewa Aidiladha)
IDEA ASAL  : Que Haidar
PENULIS SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Zainorhisyam Samudin
PRODUKSI : Primeworks Studios, Gambo.TV
PELAKON : Que Haidar, Fauziah Ahmad Daud, Puteri Balqis, Khir Rahman, Jalil Hamid, Azman Hassan, Haidin Nasir
pencipta pegang waktu
Antara kata-kata yang umi suka dengar dalam cerita ni adalah yang disuarakan oleh adik Balqis adalah :-
Kita bukan kawan, kalau bukan makan bersama, kita bukan kawan, kalau bukan ketawa bersama, kita memang lebih daripada kawan, kalau kita menangis bersama.
Dan lagi
Kita tidak tahu apa-apa, kita tidak punya apa-apa, tapi dalam tidak tahu apa-apa itu, tidak punya apa-apa itu, KITA BAHAGIA.
Dan
Kata ibu abang zee
Kita tak mampu pegang waktu, berharganya ia jangan dibuang saja,tapi dijaga seperti ikatan keluarga.Begitu juga dengan doa kita, selagi doa ada waktu yang baik akan tiba.Sesungguhnya Allah itulah yang mencipta, memegang waktu.
dan
Setiap manusia mempunyai kekuatan yang berbeza.Sebenarnya tidak ada manusia yang lemah.Yang ada cuma mereka yang memilih  pasrah.Tuhan memberi kita nyawa agar menyala sebelum redup.Tanggungjawab, impian, rasa takut dengan kegagalan.Kita semua mempunyai beban yang berbeza.Dengan berat yang sama.Kata sang pencipta, kemarilah mengeluh ketika penat.Kemarilah keluarkan esakmu tatkala berduka, tapi berjanjilah untuk tidak menyerah.
Dan
Sifat Azali gunting memotong untuk memutuskan sesuatu.Dihadapanku gunting menjadi penyambung kasih insan yang tiada pertalian.Potongannya menenangkan resah hati yang baru dirobek saudara sendiri.Benarlah bahagia itu tiada siapa yang layak memutuskan dan menciptanya selain DIA.
Itulah kata-kata yang umi rasa mempunyai maksud yang mendalam.Sebab tu korang kena tengok cerita yang banyak beri kita pengajaran dalam kehidupan ni.
Nak tengok full video korang boleh tengok disini.

Semoga banyak lagi telefilem-telefilem yang macam ni dipertontonkan.All the best kepada semua pelakon dan juga pengarah serta penerbit Pencipta Pegang waktu

 

baca juga : Imbz Infinite Hyaluronic Acid Silk Mask

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *