belanjawan johor 2021

Pemberian wang tunai ‘one-off’ sehingga RM500 Kepada B40

Pemberian wang tunai ‘one-off’ sehingga RM500 Kepada B40| Telah pun berlangsung tadi belanjawan yang dibentangkan oleh Datuk Hasni Mohamad dalam belanjawan 2021 untuk rakyat Negeri Johor

Agenda Johor berkebajikan diumumkan menerusi Belanjawan 2021 akan terus membela rakyat di negeri itu yang terjejas akibat COVID-19 terutama golongan B40, bakal menerima bantuan ‘one off’ sehingga RM500.

belanjawan negeri johor 2021

Antara penerima manfaat bantuan one-off itu termasuk penerima bantuan e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), peniaga pasar awam, pasar malam, pemandu teksi termasuk limosin dan teksi lapangan terbang, pengusaha bas sekolah, pemandu dan penghantar makanan e-hailing.

Turut disenaraikan ialah mahasiswa anak Johor, selain murid sekolah rendah dan menengah daripada keluarga berpendapatan RM3,000 hingga RM7,000 sebulan.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata ia adalah satu intervensi dan bantuan segera kepada golongan B40 yang begitu terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.

Katanya, antara golongan B40 yang disenaraikan termasuk pemberian wang tunai ‘one-off’ sebanyak RM300 ringgit selama dua bulan kepada 26,626 penerima dari senarai e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Antara agenda lain yang akan dilaksanakan adalah pemberian wang tunai one-off sebanyak RM500 kepada 47,159 penyewa premis, pasar awam, peniaga pasar malam dan pasar tani yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.

“Selain itu, pemberian wang tunai one-off sebanyak RM500 kepada 5,205 pemilik teksi, teksi limosin dan teksi lapangan terbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2021 pada Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-14, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kerajaan Johor turut memberikan wang tunai ‘one-off’ RM150 kepada 35,000 mahasiswa anak Johor daripada keluarga B40.

Pemberian wang tunai ‘one-off’ sebanyak RM500 juga disediakan kepada 2,071 pengusaha bas sekolah berdaftar selain pemberian insentif bantuan ‘one-off’ RM100 kepada 20,000 pemandu dan penghantar makanan syarikat e-hailing yang berdaftar di Johor.

“Wang tunai ‘one-off’ RM100 juga turut diberikan kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah yang berasal dari keluarga berpendapatan RM3,000 hingga RM7,000 sebulan.

“Jika sebuah keluarga mempunyai anak seramai lima orang, dan bersekolah di peringkat rendah mahupun menengah, mereka akan menerima RM500,” katanya.

sumber : berita harian

belanjawan negeri johor 2021 belanjawan negeri johor 2021 belanjawan negeri johor 2021

semoga bermafaat

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *