Nagging

Parking Kereta Tidak Selamat

Assalamualaikum
Bila hari nie masuk kerja,macam macam cerita yang aku dengar..Tu baru sehari..Tapi kes nie kes yang aku rasa paling besar.Bila kena dekat korang pun,mesti korang menggelabah gila..
Apa korang akan buat bila Kereta korang yang elok parking tiba-tiba hilang,..mau terkejut beruk korang kan..
Itulah yang berlaku pada Staff di Company aku ni,semalam satu lagi kes yang berlaku kat company aku ni,kereta hilang lagi..Masuk nie rasa dah 3 atau 4 biji kereta yang dah hilang sejak company nie ditubuhkan..Ada juga motor yang hilang..
Yang peliknya company nie takde buat action ape2 pun pasal kes kehilangan tu.By the way,company aku nie hired foreigner untuk jadi pak guard..Pak guard pun asyik duduk je dalam reban dia tu..Apa pun tak boleh
sumber : google
Bila dah jadi kes seperti ini,of courselah nak kerja pun tak senang hati.Risau kan kereta punya pasal kan..
Terpaksalah ambil inisiatif sendiri untuk check sendiri keadaan kereta yang di parking kat luar tu..
Sakit hati bila guard tu dah nampak ada orang yang datang berhampiran kereta tu,tapi sibuk nak cari owner kereta punya pasal,last last buat buat lupa nak inform dengan management.Tak boleh pakai betul guard tu..
Dah buat report polis semalam,tapi macam xde benda yang diorang buat..Siasat atau ronda-ronda di sekitar nie pun takde..bab tu aku no komen la.Kang nanti dikatakan kerja diorang ,taulah diorang buat,walaupun rasa tak puas hati je..Dahlah ..tutup cerita pasal polis tu..
Company  aku ni lagi la sengal ubi,buat dono je bila kes macam nie terjadi,Tak pulak kena pada kereta management,nak tengok sejauh mana diorang akan buat pemantaun kes ini.
Lebih berhati hati sekarang nie,kereta tu dicuri di tempat parking kereta yang selalu aku Park..Staff yang kehilangan kereta tu,selalunya bawak motor je,entah kenapa tiba-tiba semalam bawak kereta pulak..Parking tempat aku selalu parking,sebab semalam aku tak datang kerja..kalau semalam aku datang kerja,..Tak dapat bayangkan macam mana kereta aku..huhu..

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(22) Comments

  1. Kesuma Angsana says:

    kalau dah byk kes kecurian macam ni kena ambik tindakan lah, tgk apa yg perlu, x kan nk biarkan terus !

  2. Zee Suhaini says:

    memang tak selamat la kak macam tu..
    ape ke pelik benar management tak amik kisah??
    rasanya kena kat dorang baru ada respon kot..
    len kali kena beringat la kak..

  3. Mesti la hati-hati. Ramai orang tak baik 🙁

  4. ayooo bahaya tuuuuu… pak guard pun kena kerja kuat sikit menjaga dan men"guard" kawasan.. ni duduk je dlm reban mmg seronok la para perompak tu..

    pls be extra carefull ya sis

  5. giler tak susah hati.. kes berat ni KSD.. harta benda kita mesti lah kita ralat kalau hilang.. company pun kena buat something sbnrnya.. bukan sekali dua baru hilang.. *emopulak* ;P

  6. kena letak guard utk jaga parking nihh..klu dibiarkan takde tindakan parah jugak..

  7. tak boleh jadi ni kak, kena buat aduan pada yang berkenaan. Company tu pun sepatutnya mengambil langkah2 berjaga2, tapi betul la kak aida cakap tu, sengal ubi!

  8. ..mungkin pencuri tu pilih kereta yg mahal ajer, nasiblah kepada pemilik yg nampak mewah tu..btw , sy tetap simpati dgn korang semua dapat pengurusan keselamatan yg tak pentingkan kebajikan pekerja mereka.

  9. takde org complain dkat org atasan ke? mitak diorang tambahkan bilangan pak guard ke.. bahaya kalau dibiarkan gejala begini berleluasa.

  10. takde org complain dkat org atasan ke? mitak diorang tambahkan bilangan pak guard ke.. bahaya kalau dibiarkan gejala begini berleluasa.

  11. Memang tak senang duduk kalau jadi lagu ni…

  12. Scarynya. Pak guard pon tak boleh pakai. Cer keta orang penting yg hilang, mesti on the spot dorang take action kan.

  13. bahaya betul sekarang nie

  14. sepatutnya company tu pun kena ambil tindakan kan sis…kalau tidak makin berleluasa la kes jenayah camni

  15. kesiannya kereta ke curi.. sedang kan kereta kena pecah pun dah tak tentu arah..apa lagi kalau lenyap dengan kereta2 terus.. management la ni kena ambil tindakan…

  16. Mana2 parking kereta memang bahaya..x kisah la kat mana pun….

  17. Memang xsenang hati nak kerja kalau macam ni. Asyik teringat kerete ajer la…Suruh mgmt pasang CCTV pulak lah

  18. Mesti risau, naik public la, smtra keadaan okay..huhu

  19. Saya pernah tau satu kes seorang kawan yg keretanya kena pecah sewaktu parking di satu kawasan di kl. Habis radio & speaker berserta lcd habis lesap. Bila disiasat, lama kelamaan pecah cerita yg guard di situ bersubahat dgn penyamun.. bnyk yg terjadi. Tp apakan daya, dah siasat pun barang2 tu bukan boleh dpt balik. Mahal2 pulak, tp syukur kereta tak hilang… mmg merisaukan..

  20. alamak..nasib akk xdtg keja.kalau x, akak lah yg meraung2 ti.kesian kat staff tu eh.

    company xpsg cctv ke?

  21. Eeee.. bahaya ny !!! Xpatot laa cmpny lepas tgn cmtuu.. kena consider laa.. kn tu staff. Nnti kalo staff xda kenderaan p keja, kan tu mggu prestasi staff dan juga cmpny. Patot ny management kena cr inisiatif jg pasal kes mcm ni.. huhu.

  22. risau betul kalau kes macam ni berlaku..dahlah bukan senang nak beli kereta or motor kan..orang sng² je curi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *