Pakej Percutian murah di TUNAMAYA TIOMAN ISLAND IN 2019 hanya untuk RM1538 seorang dari awal bulan Februari tahun 2019 sehingga 31 Oktober 2019.Menarik ke? kalau menarik sila baca perenggan seterusnya.

Pakej Percutian di TUNAMAYA TIOMAN ISLAND IN 2019

Dah plan untuk cuti pada tahun hadapan.Mulai awal tahun pertama Februari hingga 31 Oktober 2019, Tunamaya Beach & SPA Resort Pulau Tioman telah membuat Pakej All Inclusive 3 hari 2 malam hanya untuk RM1538 seorang .

Tetamu boleh menikmati lebih banyak pengalaman percutian “Value For Money” apabila memilih pakej ini.Memang sangat berbaloi kerana terdapat banyak aktiviti yang boleh korang lakukan apabila bercuti di Tunamaya Beach & SPA Resort Pulau Tioman.Pakej percutian 3 hari 2 malam di VIlla Rainforest yang subur dan merangkul angin segar di sepanjang percutian korang dari bandar yang sibuk.Bestnya kan.Siapalah tak sukakan laut.Bagi umi bila bercuti di tepi pantai ni kan, memberikan satu aura yang sangat kuat dalam memberikan inspirasi dan juga kedamaian tau.Memang menjadi salah satu impian umi untuk bercuti di Resort dengan view yang cantik seperti ini.

HOLIDAY PACKAGE IN TUNAMAYA TIOMAN ISLAND IN 2019

Bukan hanya setakat bercuti di tepi pantai, malah Umi pasti percutian kali ini pasti akan menggamit kenangan yang tak mungkin akan dilupakan.Hidangan yang bakal disajikan dari pagi sehingga ke malam oleh Chef yang berpengalaman, pasti akan membuatkan korang berpuas hati.Terus teringat hidangan yang disajikan oleh Nelayan Seafood by The Coast di entry umi INI dan INI.Dan umi pasti kat sini pun makanan yang dhidangkan sangat berbaloi dengan pakej yang murah ni tau.

Bagi mereka yang penat bekerja di luar bandar, dan memerlukan rehat yang cukup, bukan sahaja datang sini untuk ketenangan, malah korang juga berpeluang untuk melakukan sesi SPA yang terletak tidak jauh dari Vila selama 30 minit percuma sahaja. Orang perempuan mestilah suka kalau dengar pasal SPA ni kan.

Pakej Percutian di TUNAMAYA TIOMAN ISLAND IN 2019

Bukan itu sahaja, korang yang suka dengan pendakian, boleh la mencuba aktiviti hiking yang terletak di belakang Resort ini.Dan bila dah ada resort tepi pantai, aktiviti Snorkling dah menjadi aktiviti wajib untuk korang yang gemarkan aktviti Snorkling ni kan.

Pakej Percutian di TUNAMAYA TIOMAN ISLAND IN 2019

Apa lagi keseronokkan yang akan umi bagitahu korang,hah..ini mungkin aktiviti yang jarang korang lakukan apabila berada di sesetengah resort.Tunamaya Beach & SPA Resort Tioman Island memberikan keseronokkan tanpa henti apabila korang memilih pakej 3D2N ni tau.Korang berpeluang menunjukkan kreativiti korang dengan aktiviti seni lukis Batik atau permainan papan dari jam 4.00 petang sehingga 6.00 petang secara percuma.

Pakej Percutian di TUNAMAYA TIOMAN ISLAND IN 2019

Pakej ini terdiri daripada pengangkutan feri samada naik dari Jeti Tanjung Gemuk atau Jeti di Mersing dengan kapal peribadi milik resort ini.

Jom rancang percutian korang dengan memilih Pakej All-Inclusive dari 1 Februari hingga 31 Oktober
2019!

Tempah percutian impian pulau korang sekarang dengan menghubungi

07-766 8888

atau

e-mel kepada
info.tbsr@careluxuryhotels.com.


Untuk maklumat lanjut, lawati www.careluxuryhotels.com/tunamaya-tioman.http://www.careluxuryhotels.com/tunamaya-tioman

By siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

4 thoughts on “Pakej Percutian murah di TUNAMAYA TIOMAN ISLAND IN 2019”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *