Nyonya Tukang Gunting Rambut

Assalamualaikum

Hai korang☺ Hari ni nak lari topik dari cerita pasal produk,kita post entry santai je.Sebenarnya masa cuti hari tu,memang tak plan ke mana pun.31 Ogos aku balik kampung and pada hari raya pulak,kami memang tak kemana.Just makan-makan je di rumah.

Pada hari sabtu pulak,kami ke pantai untuk berkelah.Hah..cerita tu nanti aku up di entry lain.Banyak nak sorting gambar.Tu yang delay post pasal berkelah tu.

Hari Ahad,actually dah plan nak ke Telok sengat untuk gunting rambut di kedai Nyonya.Ini adalah port kedai gunting dari zaman mak aku pindah di Air tawar.Ok,ni aku nak cerita.Masa mula-mula mak aku pindah di Air Tawar,Masa tu takdelah banyak lagi pembangunan kat sini tau,Masih lagi tahap Felda yang lama.Rumah pun masih papan lagi.Setiap kali mak nak gunting rambut,memang akan ke Teluk sengat di kedai Nyonya tu.Masa tu naik basikal je tau.Takde motor dan kenderaaan yang lain pun.Tapi masih boleh ke Teluk sengat tu.Jarak antara rumah ke Telok Sengat,ambil masa 20 minit je.Adalah jarak dalam 3kilometer gitu.eh..kot..hahaha..entahlah ek.

So,setiap kali gunting rambut,mak akan bawak aku dan adik-adik aku ke situ.Lepas dah senang sikit,adalah motor,hah!! dengan motor tu lah mak bawak kitorang pergi ke sana.Ni cerita masa mak aku dah jadi Janda tau.(Actually balu sebab ayah aku meninggal)..Sampailah kami besar,Kami akan kerap ke situ untuk gunting rambut dan cuci.Walaupun kedainya taklah berapa nak cantik,tetapi disebabkan keramahan nyonya tu,membuatkan kami suka sangat ke sana.Yelah.Sampai adik beradik aku pun dia kenal,Yang mana yang sakit jantung,yang mana menantu mak,dia kenal tau.

So,masa pergi ke kedai Nyonya Ahad tu,bila mak aku kenalkan aku,dia masih ingat yang ada sakit jantung tu..hahaha…Aku rasa dah dekat 30 tahun jugaklah aku kenal nyonya tu.Sekarang ni aku bawa pulak anak-anak untuk gunting rambut dengan dia.

Masih lagi kedai yang sama walaupun dah dekat 30 tahun jugak aku kenal nyonya ni.Orang nya kecik molek je.Baya mak aku jugaklah nyonya ni.
Walaupun di mata korang nampak buruk,tapi ramai yang suka pergi sini tau.Kalau hari minggu,memang kena tunggu turn lah jawabnya.
Kalau orang Kota tinggi,terutamanya orang Felda yang berdekatan Teluk sengat,mesti kenal Nyonya ni.Memang peramah tau.Dia gunting pun ok.Selalu kena dengan citarasa kitorang ni.

ï¿«Thanks for Reading kisahsidairy.comï¿©

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Loading

8 Comments

  1. Ini mmg dak kategori expert sebenarnya nyonya ni.. 30 tahun bukan sekejap. Dah faham kerenah rambut mcm2.

  2. Kedai legend ni. Bagus Nyonya ni masih mampu mengusahakan kedai gunting rambut dia kan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *