Nur Awfiyah Warded

Nur Awfiyah Warded |Masuk hari ni dah 4 hari dia di Hospital.Hari isnin hari tu dah pun selamat menjalani operation gigi

Kenapa sampai masuk wad? Actually kakak fiyah dah lama mengadu sakit gigi.Tapi bila pergi ke klinik gigi, tak boleh cabut gigi yang sakit.So, doc just bagi ubat antibiotik untuk hilangkan bengkak pada gusi dia.

Disebabkan gigi sakit tu tak baik jugak, dan bengkak pun semakin besar, plus dia taknak makan dan minum, so sabtu hari tu umi bawa di ke Hospital.Bila dah jumpa doc gigi, doc suggest kat umi supaya Nur awfiyah warded.Doc suspect bahagian gusi dia bernanah dan kebanyakkan gigi yang ditampal memang tak boleh di selamatkan dah.

Hari Isnin iaitu pada 3 Februari 2020, Nur awfiyah menjalani pembedahan.Umi tak sangka sampai 5 batang gigi terpaksa dikorbankan.Tapi kalau itu untuk kebaikkan dia, umi terima jelah kan

Teringat masa dia kena tahan masa umur dia  4 bulan tak silap umi.Masuk ke hospital sebab ada jangkitan kuman pada paru-paru dia.Duduk hospital dalam 4-5 hari jugaklah…Tu pun 2,3 hari lagi sebelum hari raya.And ni kali kedua dia masuk wad.Boleh refer entry SINI

Nur Awfiyah ni memang jarang kena sakit.Tapi bila dah sakit beginilah dia.Moga lepas ni lebih berjaga-jaga tentang pemakanan dia.Takut dia pi hentam makan gula-gula macam makan nasi.Teringat umi masa kecil dulu pun gitu jugak,tapi takdelah macam dia gigi cepat rapuh..haishhh…

Berbalik kepada cerita pasal giginya tu.Jumaat minggu lepas umi bawa dia ke Klinik gigi biasa.Dan doc cuma bagi ubat antibiotik yang perlu dihabiskan.Selepas seminggu, bila gigi dah tak sakit, baru boleh datang semula ke klinik untuk cabut.Tapi keesokkan harinya, umi nampak pipi kakak makin naik, macam kena beguk pulak.Dia pun dah taknak makan dan minum.Demam pun makin tinggi.So, umi decide untuk bawa ke Hospital Sultan Ismail.

Hasil perbincangan yang umi katakan di entry atas tulah, doc bagitahu suruh warded je, lepas tu doc akan bagi antibiotik yang paling kuat.Selepas 2 hari baru cabut di kerusi biasa tanpa perlu operation.

Tapi malangnya,keesokkan pagi, bengkak di pipi dah naik ke bahagian mata, so doc decide untuk lakukan operation secepat mungkin iaitu keesokkan harinya.

Dekat pukul 11 jugak dia masuk bilik OT.Tu pun dah puas meragam sebab lapar..Tapi umi layankan jugaklah dia.

Habis operation pukul 3 petang.Masa umi masuk bila doc panggil tu, dah berdebo nak tengok dia.Rupanya kat dalam tu dah meronta-ronta.Ambil masa nak tenangkan dia dalam tu.Mybe dia Trauma jugak kan?

So, 5 batang gigi telah berjaya di keluarkan.Yang umi diberitahu sebelum operation, hanya gigi graham bahagian bawah je, tapi di sebelah kiri tu, gigi geraham memang tak boleh diselamatkan dan doc kata lebih baik buang.

Sama juga gigi depan kakak, terpaksa jugak di buang sebab doc nampak gigi depan tu memang dah berlubang teruk walau nampak cantik di depan.

Alhamdulillah, sekarang dah boleh keluar.Cuma kena pantau la makan minum dia.Tak boleh lagi makan yang keras-keras.Tapi tu pun sibuk nak makan macam-macam.

So, umi just nasihat kan ibubapa yang ada kat luar sana, PENTING sangat penjagaan gigi anak-anak.Silap umi kerana tidak betul-betul pantau apa yang anak makan dan juga penjagaan.Tapi sebenarnya ada tabiat kakak yang membuatkan gigi dia jadi macam ni.nanti umi cerita di lain entry ye.

 

Thanks for reading…

Loading

3 Comments

  1. adoi..ngeri aunty juju tengok gigi kakak ni…semoga cepat sembuh ye kakak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *