Assalamualaikum
Hari ni masih bermalam di hotel ni ke.? Hotel budget milik kerajaan ni, sungguh tak selesa bila kaum penjaga menjaga anak mereka yang sakit kan…hehehe.hotel budget yang aku maksudkan tu adalah Hospital…sungguh tak  lena nak tidur malam tadi..Nak je aku tidur kat sofa ni, tapi disebabkan nanti Nur Awfiyah berjaga, satu hal pulak nak kena bangun.Last2 terpaksalah tidur sekatil yang comel dengan dia.
Nur Awfiyah admitted petang semalam, sebab paru paru dijangkiti kuman..Patutlah sehari yang lepas, dengar pernafasan awfiyah.semalam pun aku halfday, bila akak ipar aku call semalam, katanya nafas nur awfiyah dah makin kuat dengarnya.
Cepat cepat call en.husband siap2 untuk ke hospital..taknak dah ke klinik swasta lagi sebab rabu lepas baru pergi.Biarlah doktor kerajaan check awfiyah secara details kan.
Masuk je bilik pendaftaran, awfiyah dah kena check, pembantu makmal tu kata suspek paru paru berair..Dalam hati Allah je tau, macam mana perasaan bila dengar nur awfiyah kena macam tu.Terus masuk dekat emergency room, lepas doktor periksa, nur awfiyah kena ambil darah.meraung sekuat hati la dia, lepas ambil darah, terus bawak pi xray dan masuk semula kat emergency room, doktor masuk gas..ala…macam orang kena semput tu..Doktor sahkan ada jangkita kuman pada paru paru awfiyah, walau pun tak banyak, tapi doktor bimbang sebab awfiyah kecil algi..terus admitted..
Harap awfiyah cepat sembuh sebelum syawal datang…amin..
Mata dah sembab sebab banyak sangat menangis…doakan saya sembuh ye aunty n uncle ..
(Visited 2 times, 1 visits today)

26 thoughts on “Nur Awfiyah terpaksa ditahan!!

  1. Allahurobbi… auntie sedih kalau tengok macam ini sayang..
    Pneumonia ke Ida? Sedihnya kalau tengok baby kena cucuk-cucuk macam ni.
    Doa dari auntie moga cepat sembuh.

  2. tengahari semalam saya ke HSI wad bayi juga..melawat anak rakan sekerja yang disyaki denggi..masuk hari ni dah 3 ari ditahan wad..sebelah katilnya pula ada seorang bayi perempuan,paru2 berair..
    kalau x..sempat juga melawat awfiyah kan..
    semoga awfiyah cepat sembuh ye..

  3. anak sy pn kne gak.setiap kli nk pakai oksigen tu meraung2..mmg sdih tgk anak asyik kne cucuk kat tgn smpi 5,6x sb doc slh cucuk..sy phm perasaan awk cmne..pastikan ank pki oksigen tu sll ye..klo nk cpt elok.moga cpt sembuh syg awfiyah

  4. alahai sedih aunty tengok baby comel berwayar wayar ni. huhuh..
    be strong ye baby. in sha allah jap lg sihat.. 🙂

  5. Ya Allah siannye anak kecil ni. Semoge cepat sembuh. Tak selesa tu kene duduk wad cucuk sane lilit sini. Allahurobbi..sabar ye. Insya-Allah sihat cepat nanti.

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.