kisahsidairy.com motherhood PARENTING

Nur Awfiyah Ke Fasa Seterusnya

Assalamualaikum
Alhamdulillah…Baru je kot cerita pasal Nur awfiyah nie…Cerita Pasal apa?? Cer korang Buka Link ni.Aku ada cerita pasal  apa kesinambungan dari Entry ni..Ker korang malas nak baca…
Occay lah..aku baik hati nak terangkan kat korang pasal tu..Sebenarnya di Entry ini ada sedikit kegusaran bila Nur awfiyah dah 4 bulan still tak boleh menyiarap lagi..hati seorang ibu kan..Suka tengok perkembangan anak-anak yang membesar depan mata..
Rasanya entry ni hari selasa tuari aku up..Balik dari tempat kerja as usual,aku amik Nur awfiyah kat rumah abang aku,Borak-borak sikit dengan Kakak ipar aku,Dia kata Nur awfiyah dok sibuk nak meniarap…Mengaruk sebab tangan tak lepas bila nak meniarap tu…Amboii kemain lagi ye anak aku nie…Sikit-sikit nak karok!!…asyik lagu metalica jelah…
Ok fine..Balik kerja macam biasa bagi kat nenek dia..Lepas penat main ngan cucu,nenek letak kat tilam..Aku as usual,makan,minum and terus naik mandi..Masa dalam bilik dah dengar riuh rendah kat bawah,Babah dia dok tepuk-tepuk tangan,bising mulut babah dia,dok memberi sokongan kat anak..ececeh…
Masa aku turun bawah,tengok Nur awfiyah dah meniarap..Dok teleng kepala tengok ummi dia turun..muahaha…Kepala taklah boleh nak angkat sangat…Macam terpaksa je..haha…Lepas tu..pantang dibaringkan,confirm nak meniarap..Bila dah penat mula karok lagi…Pukul 3 pagi nak susu pun sempat lagi meniarap sementara ummi dia buat susu…Syukran…Dah boleh meniarap anak ummi nie..Alhamdulillah..syabas bete…Dah ke Fasa Seterusnya…anak ummi dah makin membesar…
babah kat belakang tu bagi sokongan kat anak..hehehe
Alhamdulillah..tak sabar nak tunggu Nur awfiyah ke Fasa Seterusnya..

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(17) Comments

  1. Norhasniza Khalid says:

    muahaha… umminya join meniarap sekali tak tu.. cute je dia.. semoga membesar dengan sihat tau bucuk!! boleh kawan dengan kakak sufi

  2. alaaa cpt nyer da bsr… 😉
    mudah2an awfiyah membesar dgn sihat insya allah

  3. Assalamualaikum kak ida, comelnya abah dia meniarap sekali ye. hehehee

  4. TAHNIAH Baby Nur Awfiyah ..go go go ..haaa aaa dia dah meniarap la siap sokongan padu kat belakang tuu .. Go go go Aida kena siap sedia la lepas ni kalau dia dah start leh meniarap dan mengengsot habis tempat la dia merayap pastu bila dah merangkak nanti lagi la laju dia pergi ..dan berjalan , eaaa tak sabar nak tgk tak sabar nak tgk ..Hehehe Lya pon exciteddd hahaha………..

  5. yeyyyy !! alhamdulillah… cik piya dah boleh meniarap… lepas ni makin aktif la dia… cium sikit !

  6. Smoga awfiyah membesar dgn sihat… amin

  7. hehe..lepas nie dah pandai merangkak..tp seronok tengok anak membesar depan mata kan..

  8. bila si comel makin aktif. tunggu reaksi ibunya pula haha 😛

  9. Alhamdulilllah.. Awfiyah semakin comel.. 🙂 🙂

  10. Yumida Huda says:

    gebu pipi dia sis..geram nak picit
    x lama lg pandai meniarap n merangkak dgn jayanya

  11. Alhamdulillah…semoga membesar bagai johan…hihi…

  12. Sally Yatiey says:

    Comel je dia ;D hee

  13. syabas fiyah..pinjam pipi jap 🙂

  14. Haaaa….pandai pun…..biasalah budak….tak sama ….ada yg cepat ada lambat

  15. comelnya..jap lagi merangkak..hehee

  16. Ayu Zan says:

    comel comel comel.. good girl awfiyah..

  17. Alhamdulillah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *