Nur awfiyah Dah Potong Rambut

Assalamualaikum
Hailah tajuk entry ni..hahaha…memang tak de langsung tarikan SEO kan..ah…tak kisahlah..Nama pun parenting,ada jugak tajuk yang suka hati nak letak kan..
Lepas dia sakit tuari,aku pernah cerita kat sini , timbul ruam-ruam pada badan dia pulak terutamanya di bahagian leher..Lepas tu sibuk menggaru-garu rambut dia..Aku ingat ada kutu ke ape,belek-belek memang takde..Bila malam pulak dia memang berpeluh walaupun dah buka kipas tu kuat untuk dia..Takut jugak kalau dah buka kuat sangat kipas tu,dia tak sihat pulak..
Last-last,lepas cakap ngan en.husband,aku bawak Nur awfiyah jumpa auntie sally merangkap tukang gunting di taman aku duduk ni.
                    Selepas                                                                                     Sebelum
Memang nampak macam lelaki pulak kan bila dah gunting rambut dia.Tapi nak buat macam mana,dah panjang sangat,sampai tutup mata,timbul ruam tu,baiklah gunting rambut dia.

Nilah orang yang kuat makan!!..Bagi je apa kat dia,tak pernahnya di tolak.Sampai ummi naik risau jugak.
Rimas dan kesian pulak bila tengok rambut tu terlalu panjang..Takpelah..nanti dah besar sikit baru simpan rambut tu.
Perkembangan Nur awfiyah di usia 11 bulan amat memberangsangkan..Sekarang ni dah pandai berdiri di tepi sofa.Walaupun kekadang rasa takut dia nak duduk balik setelah berdiri tu ada,tetap gagah nak berdiri lagi..Rasanya nur awfiyah ni terus berjalan gaknya..,Merangkak pun dia tak..Cuma pandai angkat bontot dan duduk dengan sendiri sekarang ni..
Alhamdulillah..perkembangan yang baik untuk anak ummi..Moga sentiasa sihat dan ceria ye..

Loading

15 Comments

  1. Alhamdulillah…
    Semoga membesar dgn sihat…
    Amin..
    Singgah pagi..:)

  2. Assalamualaikum kak ida. comelnya awfiyah potong rambut. lagi nampak gebu lemak2 comel tau.. hehehe adam tiba2 je merangkak kak. padahal takda sign2 nak merangkak pun sebelum ni. baguslah awfiyah jalan dulu… pasni boleh main kejar2 ~~~

  3. Alhamdulillah, comelnya baby awak bila dah besar ni..time umur ginilah kita boleh gomol dia puas-puas kann..:)

  4. RAmbut pendek nmpk cam llki sikit, tapi badan dia bestnye……;-)

  5. Hahaha……terkejut makcik tengok..haha…tak pe gatal.kena rambut panjang rupanya..kiki

  6. rasanya rambut lama nampak dia comel sikit.
    tapi budak kan mana dia pandai nak urus rambut dia

  7. seleranya makan..eeiii geram..pipi makin bolattt..

  8. Wahh comelnya.. dah semakin besar dah Awfiyah.. 🙂 🙂

  9. alolo.. comel. rambut pendek ni yg bagusnya.. ibu senang nak urus 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *