Nur Awfiyah Dah Mula Bersekolah

Assalamualaikum
Lama kan tak bercerita pasal kak fiyah kan..Tahun ni kak fiyah dah 3 tahun..Dah semakin membesar..Semakin banyak cakap..Semakin banyak karenah dia.
Hari ni dia dah pun bersekolah…Kira macam sekolah acah-acah je lah..Aku tak tau kat tempat lain ada ke tak..Tapi di kampung aku memang wujud sekolah untuk budak-budak baya dia tu.Kira macam pre-school jugaklah kan
Cuma,sekolah ni hanya untuk dua jam sahaja..Cukuplah tu kan 2 jam…Nanti lebih-lebih dia bosan pulak.Baru-baru ni kena refresh sikit lah kan…Biar dia kenal kawan-kawan..Ajar dia bergaul..itu pun sudah memadai..Sekolah bermain sambil belajar..Nanti dah lama-lama dia tak kekok..Tapi sedihnya umi tak dapat nak hantar dia ke sekolah hari ni sebab surat tawaran tu dapat semalam..So,mama lah yang kena hantar dia hari ni.Dari semalam lagi masa dia sibuk dok bervideo call,bagitahu kat umi dia,esok dia nak ke sekolah dah..
Yuran pun taklah mahal mana..Hanya rm75 setahun…Sebulan dalam rm20 gitulah..aku tak ingat.Tak sempatlah nak belikan dia beg baru,buku dan sebagainya..Tapi nasib baik beg sekolah dia ada lagi..Dan hari ni dia hanya pakai baju biasa sahaja..Esok lusa insya allah..dapatlah baju tu.
Semangat kakak fiyah nak ke sekolah

Dah pun jumpa dengan rakan sebaya dia..

Nampak happy je kan dia

Sesi pengenalan dengan cikgu..
Tapi yang tak syoknya masa nak habis kelas tu,ramai anak-anak yang menangis sebab mak pak mereka tinggalkan mereka…Masa tu jugak kakak fiyah pun menangis takut kena tinggal,..Hai lah kakak..kesian dia..
Bila dengar dia nangis macam sedih pulak umi dia..tak sangka dia dah besar,..dah bersekolah pulak kan…

Loading

7 Comments

  1. assalamualaikum ida…wah !! dah pergi sekolah yer kakak…comel jer bila berbaju kurung n bertudung…:)

  2. alahai comel fiyah.
    bertudung merah.
    muslimah sungguh.
    first day memang gitu.
    nanti ok la dia.
    ntah2 lebih suka g skola 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *