NUMEE Kuning Gardenia Tanpa Pewarna

NUMEE  Kuning Gardenia Tanpa Pewarna | Lama dah ada di pasaran.Dan dah banyak kedai yang menjual Numee Mee kuning keluaran Gardenia ni.

Actually, dah ramai yang menggunakan Numee Mee kuning keluaran Gardenia ni.Baru-baru ni je umi berkesempatan untuk membeli.Walaupun dah tau kewujudannya lama dah, tapi tak terasa lagi nak membeli.Disebabkan ramai jugak rakan blogger yang kata Mee ni sedap maka umi pun beli sepeket untuk mencuba.

And seriously umi suka sangat dengan Mee keluaran Gardenia ni tau.Takde rasa kapur.Bila rendam tu, tak perlu lama.Sekejap pun dah ok dah.

Numee Gardenia ni dihasilkan dari bahan bahan bermutu tinggi.Ia dipasteur kan bagi menghilangkan bakteria, menjadinya ianya bersih, suci dan selamat.Sungguh sedap pada bila-bila masa sahaja.

And of course lepas ni umi terus akan gunakan Numee Gardenia ni sebab dah tentunya ianya selamat digunakan.Sebab umi pun memang pengguna setia roti Gardenia.

Hari tu cubalah masak Mee Goreng Cendawan Basah

Nak Resepi? korang google je resepi mee goreng basah.Cuma untuk menu yang umi sediakan ni, umi letak cendawan sebab ada balance banyak hari tu.Cendawan tak boleh simpan lama-lama.

So, untuk menyediakan menu Mee Goreng Cendawan Basah ni, just perlu bahan-bahan seperti di dalam gambar ni je.Ikut suka hati umi je nak tambah apa dalam mee tu..hahah

Lobak,cendawan, tomato dan juga daun ketumbar.Dan juga Sotong sahaja.

So, cara membuatnya sama macam kita buat Mee Goreng basah.Cuma ada cendawan jelah kan..hehehe.

Maka , jadilah Mee Goreng Cendawan basah seperti di bawah

 

Memang sedap tau guna Numee Gardenia ni.Lagi satu takde langsung rasa kapur.Korang pulak macam mana? Apa pendapat korang?

 

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

7 thoughts on “NUMEE Kuning Gardenia Tanpa Pewarna

  • June 18, 2019 at 1:52 pm
    Permalink

    kenape tak keluar ek entrinya…sama macam yang baju menyusu tu..kosong aje…huhuhu

    Reply
    • June 18, 2019 at 3:27 pm
      Permalink

      elok pulak keluarnya..

      Reply
  • June 18, 2019 at 2:01 pm
    Permalink

    Sis dah beli dah, tapi maaf cakap, tak kena dek tekak pulak rasa meenya…
    Anak-anak pun cakap tak sedap, agaknya dah banyak makan pewarna gini le jadinya lidah kan huhuhu

    Reply
    • June 18, 2019 at 3:34 pm
      Permalink

      tekak masing² rasa lain kan sis… kita ok je..

      Reply
    • June 19, 2019 at 10:17 am
      Permalink

      nanti cuba ye kak seri

      Reply
  • June 20, 2019 at 5:31 pm
    Permalink

    Dilah dah try, masa beli tu hari 1st keluar.. Rasa dia sedap. tp macam senang hancur pulak rasanya kalau terendam lama sikit.. yeke ek.. nanti try lagi la. dah beli standby kat rumah jugak tu..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *