Niat Puasa Arafah 9 Zulhijjah 1440H - Kisahsidairy.com

Niat Puasa Arafah 9 Zulhijjah 1440H

Niat Puasa Arafah 9 Zulhijjah 1440H

Niat Puasa Arafah 9 Zulhijjah 1440H | Tarikh Puasa Sunat Arafah adalah pada hari Sabtu bersamaan dengan 10 Ogos 2019

Apa itu Hari Arafah

Hari Arafah adalah hari yang kesembilan dalam bulan Zulhijjah dan merupakan salah satu hari yang dimuliakan oleh Allah SWT yang mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu dan merupakan hari kemuncak bagi ibadah Haji.

Arafah adalah nama salah satu tempat yang semua jemaah haji diwajibkan berwukuf di situ pada hari dan waktu yang telah ditetapkan oleh syariat islam sebagai salah satu daripada rukun haji.Mengikut apa yang disebut dalam Tafsir Al-Qurtubi, terdapat beberapa pendapat ulama mengenai nama tempat itu sebagai Arafah antaranya ialah :-

  1. Kerana di tempat itulah manusia berkenal-kenalan di antara satu sama lain pada hari wukuf.
  2. Kerana Jibril a.s telah membawa Nabi Ibrahim a.s mengelilingi tempat itu dan memperlihatkan kepada baginda segala pemandangannya lalu berkata ” Adakah engkau kenal? Nabi Ibrahim pun menjawab, ” Saya kenal.Saya kenal”
  3. Kerana Nabi adam a.s dan Siti Hawa ketika diturunkan dari syurga di tempat yang berasingan.Akhirnya mereka bertemu semula dan berkenal-kenalan di antara satu sama lain di tempat itu.

KELEBIHAN HARI ARAFAH

Hari Arafah adalah hari yang kesembilan Zulhijjah dan merupakan salah satu hari yang dimuliakan oleh Allah swt yang mempunyai kelebihan-kelebihan yang tertentu dan antaranya adalah :-

Hari kemuncak bagi ibadah Haji

Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud

” Ibadah Hari itu (sah dengan berwukuf di Arafah”

Ertinya ” Wukuf di Arafah merupakan satu rukun tertentu dalam ibadah haji, tanpa wukuf haji seseorang itu tidak Sah.

Hari Keampunan segala Dosa

Ia merupakan hari keampunan segala dosa dan kemerdekaan dari api neraka.Serta Allah melahirkan KebanggaanNya kepada para malaikat dengan ramainya orang yang berwukuf di Arafah.Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, Hari yang Allah swt memerdekakan paling ramai hambaNya daripada api neraka ialah hari Arafah, dan sesungguhnya rahmat dan anugerah Allah mendekati mereka.Kemudian Allah melahirkan kebanggaanNya  kepada para malaikat dengan ramainya mereka yang berwukuf di Arafah lalu berfirman

” Apa yang mereka kehendaki? Dalam riwayat yang lain pula Rasulullah bersabda yang bermaksud ” Sesungguhnya Allah taala melahirkan kebanggaanNya kepada para malaikat Nya pada waktu petang hari Arafah dengan ramainya ahli Arafah, lantas berfirman , lihatlah kamu kepada hamba-hambaku yang telah datang kepada ku dengan keadaan kusut masai dan berdebu(riwayat muslim)

Penyempurnaan Agama Oleh Allah

Ia merupakan hari Allah menyempurnakan agama dan mencukupkan nikmat untuk umat Nabi Muhammad saw dengan menurunkan surah Al Maidah pada hari jumaat ketika Rasulullah sawe berda di Arafah iaitu ” Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah mencukupkan nikmatku kepada kamu dan aku reda akan islam itu menjadi agama untuk kamu.

Allah mengambil Perjanjian Setia

Ia merupakan hari Allah mengambil perjanjian setia daripada zuriat nabi Adam a.s sebagaimana sabda Rasululullah s.a.w yang bermaksud ” Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia di Arafah daripada zuriat yang berada dalam tulang belakang Nabi Adam, dan mengeluarkan zuriat itu dihadapannya  seperti biji bijian, kemudian Allah berkata kepada mereka dengan firmanNya ” Bukankah Aku tuhan kamu? Mereka menjawab : Benar (Engkaulah tuham kami) Kami menjadi saksi, yang demkian itu supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak :” Sesungguhnya kami adalah lalai(tidak diberi peringata) tentang (hakiakt tauhid) ini'(Riwayat Ahmad)

Amalam Sunat hari Arafah

Ayat-ayat dan hadis -hadis tersebut menggambarkan tetnag kemuliaan, kelebihan dan keagungan hari Arafah.Sementara amalan-amalan sunat yang dituntut pada hari Arafah pula antaranya adalah seperti berikut :-

  1. Berpuasa sunat Arafah bagi orang yang tidak mengerjakan haji.Kerana orang yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan dosanya selama dua tahun.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud ” Berpuasa pada hari Arafah,. aku berharap bahawa Allah akan mengampunkan dosa pada tahun sebelumnya dan tahun selepasnya(riwayat Muslim)
  2. Menjaga solat secara berjemaah ,memperbanyakkan solat sunat dan qiamulail.Kerana semua ini merupakan ibadah-ibadah yang paling afdal bagi mendekatkan diri kepada Allah.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, ” Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kerana sesungguhnya  tiap-tiap kali engkau bersujud kepada Allah, Allah akan mengangkatkanmu dengan sujud itu satu darjat dan menghapuskan daripadamu satu kesalahan(riwayat muslim)
  3. Memperbanyakkan doa dan zikir kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, Sebaik-baik doa ialah dia pada hari Arafah dan sebaik-baik apa yang aku berkata dan  juga para nabi sebelum aku ialah

LAFAZ NIAT PUADA ARAFAH 9 ZULHIJJAH 

Disunatkan berpuasa bagi mereka yang tidak melakukan ibadah Haji dan ianya mempunyai ganjaran yang besar bagi sesiapa yang melakukkannya.

Puasa itu ( Puasa Hari Arafah) dapat menebus dosa setahun yang lalu dan akan datang(HR Muslim)

” Daku berniat puasa hari Arafah, Sunat kerana Allah Ta’ala”

 

Jom sama-sama melakukan ibadah puasa esok..Moga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua

 

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

One thought on “Niat Puasa Arafah 9 Zulhijjah 1440H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *