FOOD REVIEW

Nasi Goreng Gearbox Extra Pedas di Restoran Pak Eh

Nasi Goreng Gearbox Extra Pedas di Restoran Pak Eh

Nasi Goreng Gearbox Extra Pedas di Restoran Pak Eh | Nasi goreng kalau tak pedas memang tak sedap kan? Tapi kalau ada yang lebih extra kepedasannya? Agak-agak korang boleh makan ke tidak?

Nasi goreng daging pedas yang umi order tu pun dah rasa kepedasannya inikan pula yang order extra pedas.Memang betul-betul power kan?

Cerita semalam lah umi bagitahu kat babah yang umi teringin sangat nak try makan nasi goreng daging pedas kat Restoran Pak Eh di Kota Masai tu.Restoran ni baru je bukak selepas PKP 3 bulan yang lalu.Tapi baru berkesempatan untuk umi mencuba nasi goreng dia.

Teringin tu sebab teringat dulu umi pernah beli nasi goreng sate extra pedas di Taman Bukit Dahlia tak silap umi, bila nampak Pak Eh pun ada menyediakan pelbagai jenis Nasi goreng, tu yang teringin sangat nak mencuba.

Konon nak try Nasi goreng Gearbox tapi umi pulak tak pandai nak menyedut.Jadi kita order jelah nasi goreng daging pedas sahaja.

Sampai je kedai umi pilih-pilih menu.Tak tau sebenarnya nak makan apa, tapi rata-rata yang order suka sangat nasi goreng gearbox tu.

Pilihan umi Nasi goreng daging pedas, untuk babah Nasi goreng Seafood biasa dan untuk adik dengan Nenek nasi goreng ayam.Itu pun kongsi sebab portion dia banyak.Kakak nak makan sup daging je.

Nasi goreng ayam biasa untuk Auni dan nenek.

Nasi goreng seafood untuk babah

Dan ini pulak untuk umi nasi goreng daging pedas.

Sup daging untuk Awfiyah.

So far  bagi umi nasi goreng dia ok je.Tapi kalau nak mengulas tentang nasi goreng gearbox tu memang tak boleh sebab umi tak makan.

Dekat sini memang banyak pilihan nasi goreng dan mee goreng.Cuma takdelah menu-menu lain.Kat depan kedai Pak Eh ni juga ada jual burger dan roti john cheese tak silap umi..Eh tak ingat apa lagi yang dijual.

So, kalau korang teringin nak makan nasi goreng pedas berapi should try makan kat sini tau.Mestilah kena cuba Nasi Goreng Gearbox Extra Pedas di Restoran Pak Eh ni.Cuma sendiri baru tau rasanya.Tekak dengan lidah lain-lain.Ada yang rasa biasa-biasa dan ada juga yang kata luar biasa.So, nilaikan sendiri ye..hahaha..

Belakang kedai ni Restoran Lok- lok yang umi pernah pergi hari tu.Berdekatan jugak dengan Kuu Vancha dan Tesco Kota Masai.

Nak tengok lagi senarai tempat makan di pasir gudang ni boleh tengok kat sidebar blog umi ni ye.

So, umi bagi alamat Restoran Pak Eh ni di cawangan Kota Masai ye.

No.14 Jalan  Ekoperniagaan 8, Kota Masai

Dibuka dari jam 12.00 tengahari hingga 12.00 malam kecuali isnin.

Apa lagi…pi serbu..Tapi ingattt…Patuhi SOP tau..

 

 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(5) Comments

  1. Ni kedai yang baru tu ek? Sebab biasa Sis order yang kat sini je tu..memang sedap.. biasa anak belikan nasi goreng satay..

  2. Maka dengan ini saya nak letak fon dan pergi makan, lapar terus! haha

  3. Wahhh.. tak sangka ada kedai khas masakan nasi goreng yek

  4. alaaa tapi saya tak boleh makan pedas…tak tahan…huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *