Nasi Goreng Chili Saba Ayam Brand Sedap

Nasi Goreng ikan Chili Saba Ayam Brand Sedap | Mudah dan ringkas bila sediakan nasi goreng menggunakan Chili Saba dari Ayam Brand ni.Sedikit kelainan tapi pastinya sedap untuk dimakan

Chili Saba Ayam Brand ni selain kita buat sandwich boleh juga buat Nasi goreng tau.Memang sedap bila 1st time umi rasa.Cuma sedikit pedas la kan untuk Naura makan.Tapi takpe, umi dah sediakan sandwich dan nasi goreng kampung biasa untuk dia.

Kalau kakak masih lagi boleh terima pedas, berbanding dengan adik yang memang sama sekali tak suka pedas.Pagi hari tu, umi buat nasi goreng menggunakan produk dari ayam brand.Nak tengok cara buat nasi goreng ikan chili saba ayam brand sedap ni? 

 

Teruskan membaca dan lihat resepi nasi goreng simple kat bawah ni.

 

RESEPI NASI GORENG IKAN CHILI SABA AYAM BRAND

 

Bahan-Bahannya

  • 1 tin ikan Chili Saba Ayam Brand
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 4-5 tangkai cili( boleh kurangkan atau tambah ikut tahap kepedasan korang)
  • 2 keping fishcake
  • Sedikit Ikan bilis
  • Belacan sebesar ibu jari( ibu jari anak je dah)
  • Garam
  • Minyak untuk menumis
  • Nasi

Cara-caranya

Blend bersama bawang besar, bawang putih, cili, ikan bilis dan belacan.Panaskan minyak di dalam kuali kemudian masukkan bahan blend. Goreng sehingga naik bau dan masukkan 1 tin chili saba ke dalam kuali.Goreng hingga ikan chili saba tu nampak garing.

Kemudian masukkan fishcake dan nasi.Goreng rata semua dan masukkan garam.Rasa dulu cukup ke tak rasanya kemudian bolehlah matikan api dan hidang.

Umi tak sempat pulak nak snap gambar makanan yang dihidangkan tu.Sempat snap yang dalam kuali ni je hah!!

nasi goreng ikan chili saba

Kalau tak suka nasi goreng korang boleh jugak juba resepi Sandwich dengan ikan Chili Saba ni.Mudah je nak sediakan dan yang penting cepat disediakan

Boleh lihat resepi sandwich tuna Chili Saba ni >>>> Resepi Sandwich Tuna Chili Saba

Tak pun korang scroll lah dekat website ayam brand  ni untuk tengok banyak lagi resepi.

By siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

One thought on “Nasi Goreng Ikan Chili Saba Ayam Brand Sedap”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *