Nak Menegur biar kena pada tempatnya - Kisahsidairy.com

Nak Menegur biar kena pada tempatnya

Nak Menegur biar kena pada tempatnya

Nak Menegur biar kena pada tempatnya | Sebolehnya umi taknak lah sentuh pasal isu ni.Tapi bila kejadian ni di depan mata.Umi rasa sesuatu perlu diambil berat supaya ia tidak merosakkan terus dirinya

Sebelum tu umi nak minta maaf sangat-sangat jika entry ni mampu menyinggung perasaan makhluk Allah yang diberikan ujian yang maha hebat untuknya.Memang bukan dipinta untuk dijadikan sedemikian. Kita pun kena tahu punca kenapa mereka jadi seperti tu?

Lelaki lembut pada umi tak salah, jangan sampai ianya berlarutan kepada terus menukar kepada yang lebih teruk.Semuanya disebabkan ada salah seorang kenalan adik yang umi kenal sejak kecil lagi.Pernah dulu dia jadi adik angkat umi.Tapi makin lama makin jauh sebab masing-masing kena buat haluan masing-masing.

Selalu datang ke rumah, buat kerja sekolah sama-sama dengan adik umi.Last umi jumpa masa dia habis belajar( sekerat jalan je kot rasanya).Serius memang remaja zaman sekarang ni, banyak dugaan yang mereka kena tempuhi berbanding dengan zaman kita-kita terdahulu.Lebih banyak arus kemodenan, lebih banyak dugaan yang mereka kena tempuhi.Kalau mereka atau ibu bapa lalai, maka akan rosaklah masa hadapan mereka.Nauzubillah.Umi tak dapat bayangkan nanti pada zaman anak-anak yang akan datang.Moga Allah swt permudahkan urusan kita dari terus lalai dengan duniawi.

Berbalik kepada cerita Umi tentang adik Istimewa ni, umi cukup-cukup terkejut bila adik beritahu yang wawan(Bukan nama sebenar) berubah menjadi lelaki cantik.Dan pada masa tu umi ada nasihatkan dia supaya tidak terus lupa akan asal usul kejadian yang Allah swt dah ciptakan untuk dia.Jangan terlalu sia-siakan hidup sampai rosak binasa hidup dia.

Tapi disebabkan kawan-kawan yang berada disekeliling terus menyokong dia sehingga terus berubah menjadi wanita sebenar dengan memakai tudung, umi rasa kecewa.Rasa Sedih sangat.Nak je umi jumpa dengan dia, nasihatkan dia..Tapi kalau umi sahaja yang nasihat, tetapi yang lain menentang apa yang umi nasihatkan dia.Rasa sia-siakan?

Jadi, apa tugas kita sebagai ibu, sebagai kawan dan jiran?Perlekehkan terus dengan kata-kata nista? Menuduh, menuding jari kepada mereka yang jadi penyebab?

TUGAS MASING-MASING DALAM  MENEGUR MEREKA YANG MEMBUAT KESILAPAN.

Ibu/baba/penjaga

Si wawan dah kehilangan ayah dia.Selepas kehilangan ayahnya, sikap dia berubah.Begitu juga dengan ibu wawan.Selepas ada satu peristiwa yang menimpa ibunya, perubahan pada keluarga tu drastik sangat.Wallahualam apa terjadi lepas tu umi pun tak berapa nak pasti.Tugas ibu bapa adalah mendorong mereka untuk jadi seorang manusia yang berguna.Kalau kita dah lakukan tugas-tugas ni dengan sempurna, hanya Allah sahaja tempat kita mengadu.Selalu mendoakan anak-anak dengan perkara-perkara yang baik.Doa ibu tu tiada hijabnya

رَبَّنَا وَٱجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيم

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah ayat 128)

Rakan-rakan 

Penting dorongan rakan-rakan untuk memberikan nasihat yang baik-baik untuknya.Bukan lebih mengajak terus kepada berbuat yang lebih teruk dari tu.Menyokong apa yang di buat oleh dia.Tegur kesalahannya bukan secara mengherdik atau memperlekehkan apa yang dia buat sekarang ni.Nak menegur banyak caranya.Tegurlah dengan cara yang halus.Jangan biarkan dia terasa.Orang macam ni, jiwa dia lembut, dan kadangkala boleh jadi keras.Jadi nasihat seadanya.Bukan sekadar nasihat sekali dua, tapi berkali-berkali.

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

Maksudnya: “Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”

Jiran Tetangga

Hentikan berkata, menyindir keluarga mereka dengan kata-kata yang kesat.Menyampai itu ini, sampai kalau boleh satu kampung tau.Nasihat dengan cara yang baik.Tegur dengan cara yang betul.Bukan membawang.Menjaja cerita yang buruk-buruk.Bukan ke elok jika mendoakan agar anak-anak yang rosak akhlaknya di bukakan pintu hatinya untuk berubah.

Diri Sendiri

Kena mental yang kuat untuk melawan dugaan sekeliling.Yang rosaknya kita, bukan orang lain.Selalu minta pada Allah swt supaya dipermudahkan segala urusan.Dah tau jika apa yang di buat itu salah, eloklah di cegah dari berlarutan.

Sayang, masih remaja, jauh lagi perjalanan yang dia patut tempuhi.Jika di awalnya teruk, ada masa untuk berubah.Berubah bukan kerana orang sekeliling, tapi untuk diri sendiri.Sayangkan diri sendiri sebelum sayangkan orang lain.

Kalaulah dia dapat membaca luahan hati umi ni untuk dia, alangkah bagusnya kan.Tapi tulah, umi cuma mampu berleter kat blog.Kalau umi dapat berdepan dengan dia, insyallah, umi akan nasihatkan yang baik-baik untuk dia.

Moga Allah bukakan pintu hatinya untuk berubah menjadi yang lebih baik.Moga dirinya tidak terpesong lebih jauh lagi.Moga “BOYFRIEND QISTINA” dapat menyedarkannya kembali.Menjadi lelaki sejati kerana belum terlambat untuk berubah.Umurnya baru je masuk 20 tahun.

Ini bukan cerita rekaan umi semata-mata.Cerita betul yang umi lihat di depan mata.Menjadi pengajaran untuk umi di masa akan datang.Yelah, kita semua ada anak-anak yang perlu kita jaga.Moga Allah swt sentiasa pelihara anak-anak kita dari segala perbuatan yang merosakkan diri sendiri dan agamanya.

 

Entry ini sekadar luahan rasa dan pandangan dari umi sahaja.Umi bukanlah ibu yang hebat untuk melontarkan nasihat untuk mereka , tetapi sebagai manusia, hamba Allah yang sentiasa ingin melakukan yang terbaik dan melihat perkara yang baik, umi berhak untuk berkata-kata kan.Wallahualam.

Moga Allah bukakan Pintu hati Qistina untuk berubah..Insyallah..AMin

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *