Nak Berubah? Kena ikut 5 cara ni

Nak Berubah? Kena ikut 5 cara ni

Nak Berubah? Kena ikut 5 cara ni | Nak berubah bukan senang kalau dalam diri asyik berbolak balik antara nak ataupun taknak.

 

Yelah..Syaitan tu ada di mana-mana.Bila kita nak, kita fikir banyak kali.Dan dari situlah timbul syaitan yang membolak balikkan hati kita.

DOA AGAR DITETAPKAN HATI DALAM IMAN DAN KETAATAN

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash RA, beliau berkata; Rasulullah SAW berdoa:

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

“Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu!” (Hadith riwayat Muslim, No: 2654, at-Tirmizi, No: 3522, Ibn Majah, No: 199, Ahmad, No: 6281, 16972)

Dalam riwayat at-Tirmizi: Adalah Rasulullah SAW dalam kebanyakan doa baginda adalah;

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

Dalam riwayat Ibn Majah pula: Dan Rasulullah SAW berdoa:

يَا مُثَبِّتَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ

“Wahai Zat yang meneguhkan hati, teguhkanlah hati kami di atas agama-Mu.”

Sebab tu bila kita nak berubah, hati kena kuat..Kuat bukan dari luaran, tetapi dalaman kita.Kena korban ego dan sifat riak supaya perubahan kita tu bukan sahaja berjaya, tetapi berhasil.

Dalam pembacaan umi di blog Tarbiah Sentap, terdapat 5 cara nak kuat untuk berubah.Tak kuat, kita tak boleh berubah.Takut kalau perubahan tu separuh jalan je.

5 CARA NAK KUAT UNTUK BERUBAH

1.MELAZIMI TAUBAT

Bila nak berubah, kita kena lah mengaku salah, mintak maaf dengan kesalahan, dan USAHA untuk tak buat lagi. Mana ada orang yang buat salah, dia nak dapat redha kepada orang yang dia buat salah tanpa mintak maaf. Kita ni dah lama sangat kurang-ajar dengan Allah, buat Allah marah, gunakan segala nikmat yang Allah bagi untuk maksiat.

Sebab tu kena TAUBAT!

Tapi, masalah yang biasa terjadi(juga terjadi berkali-kali pada diri saya), kita dah taubat, tapi sampai satu tempoh, kita ULANG balik dosa yang kita dah taubat. So, nak buat macamana? Sebab tu saya cakap, kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat.

Saya ulang:

“Kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat…”

Bila buat salah, taubat. Kalau kita buat salah balik, taubat balik. Kalau buat lagi salah, taubat lagi. Sampai bila? Sampai mati! Jangan tangguh taubat. Kalau boleh, bila buat salah, terus taubat, mintak ampun sungguh-sungguh kat Allah.

Sekarang ni, kita rasa SUSAH untuk berubah dan tinggalkan maksiat, adalah kerana kita tak MELAZIMI TAUBAT. Kita tak habis-habis tangguh taubat. Sampai maksiat tu MELEKAT, dan sangat susah nak hilang.

“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu:”Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”

(Imam Ghazali)

”Orang yang terbaik ialah orang yang banyak di uji dengan dosa dan banyak bertaubat!”

(Ali b Abi Talib)

“Kamu perlu bertaubat dari dua dosa. Satu, dosa kamu yang lalu. Kedua, kamu perlu taubat kerana kamu menangguhkan taubat kamu…”

(Ibn Qayyim)

2. JAGA SOLAT 5 WAKTU

Dosa tinggalkan solat lagi besar dari dosa berzina, membunuh, minum arak dan sebagainya. Jangan ingat isu solat ni main-main. Pergi wayang jauh-jauh dengan member, keluar malam dengan bf/gf, pergi kelas, kerja semua boleh. Solat, sekejap je pun.

Serius, kalau orang tanya saya:

“Saya nak berubah jadi baik. Saya dah taubat. So sekarang, saya nak mula dari mana?”

Saya akan jawab:

“Kamu mulakan dengan menjaga solat 5 waktu!!”

Baca dan dengarlah kisah-kisah orang yang berubah. Allayarhamah Sharifah Aini, Neolofa dan lain-lain, bila mereka cerita, macamana mereka dapat kekuatan untuk berubah, mereka jawab:

“Jaga solat!!”

Serius. Solat ni tiang agama. Bila solat kita ‘runtuhkan’, mustahil kita dapat berubah. Mustahil. Yelah, tiang takde, macamana nak kukuh bangunan?? Solat tak buat, macamana kita nak buat amal yang lain? Hatta, kalau tak solat, Allah tak terima amal kita yang lain.

p/s : Teringat kat Ustaz Ebit Lew, setiap kali dia memberi nasihat dekat mana-mana umat yang dia jumpa, mesti dia akan pesan  untuk jaga solat.Perkara pertama bila nak berubah adalah dengan jaga solat kita.

3.TINGGALKAN KAWAN JAHAT DAN KAWAN DENGAN ORANG BAIK

Orang yang nak berubah dan bertaubat, dia kena jauhkan diri dari kawan-kawan yang jahat, yang boleh menggoda/mengajaknya untuk melakukan maksiat, serta menarik kakinya ke arah maksiat sehingga dia terjatuh dan terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat.

Benda ni bukan benda main-main. Benda ni benda serius!!

Kita kena ganti dan tukar kawan yang jahat dengan kawan yang baik. Kita kena berkawan, bergaul dan rapat dengan orang yang baik-baik! Kita tengok muka kawan kita, kita teringat Allah. Kata-kata mereka sentiasa memandu kita ke arah kebaikan.

Kata seorang penyair:

“Elakkan dari bersahabatkan si hina. Kelak, ia pasti berjangkit umpama kudis yang menjangkiti orang sihat..”

Sahabat ni terbahagi kepada dua.

a)Ada yang mengheret kita ke syurga.

b)Ada juga yang mengheret kita ke neraka!

Allah sendiri dah bagi amaran supaya jangan kawan dengan orang-orang yang jahat! Sometimes, kita sendiri tak sedar yang kita ni MANGSA, dan kat akhirat baru kita sedar. Allah berfirman:

“Dan ingatlah, hari di mana orang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata; “ Alangkah baiknya sekiranya dulu aku mengambil jalan bersama-sama rasul. Kecelakaan yang besarlah ke atasku, sekiranya aku dahulu TIDAK MENJADIKAN si fulan itu sebagai TEMAN AKRABKU. Sesungguhnya, dia telah menyesatkanku dari Al-quran!!”

(Alfurqan ayat 27-29)

Sebab tulah, ulama’-ulama’ amat menekankan kita untuk TUKAR KAWAN. Mereka berkata:

Taubat itu adalah penyesalan. Penyesalan itu ialah penyesalan dengan hati, keazaman untuk meninggalkan perkara maksiat, beristighfar dengan lidah, meninggalkan dengan jasad dan MENJAUHKAN DIRI dari TEMAN YANG JAHAT…”

Inilah FORMULA untuk nak jadi baik. Bak kata Imam Alqushairi:

“Orang yang mahu bertaubat, mesti MULAKAN dengan menjauhkan diri dari kawan-kawan yang jahat, kerana merekalah yang akan mendorong kita agar membatalkan niat dan keinginan untuk bertaubat, serta meragu-ragukan kita tentang azam kita untuk berubah…”

Bila kau nak jadi baik, kau kena duduk bersama-sama orang yang sama-sama dengan kau nak jadi baik.

Lagi satu, jangan duduk sorang-sorang. Bahaya beb. Banyakkan bersama orang, pergi tolong mak ayah ke, duduk dengan adik beradik ke, atau pergi program tarbiah ke, duduk surau ke, riadhah ke. Jangan duduk sorang-sorang. Perangkap setan tu.

4.DENDA DAN HUKUM DIRI SENDIRI

Bila kita buat satu kejahatan, kita kena BALAS dengan denda diri kita untuk buat kebaikan. Hatta, itulah yang nabi suruh! Nabi suruh kita susuli kejahatan dengan kebaikan. Kerana, kebaikan yang kita buat tu akan menghapuskan dosa kita.

Contoh, kalau kita ada mengumpat kawan kita. So, kita menyesal. Maka, kita kena balas dengan kebaikan, iaitu, kita CERITAKAN kebaikan kawan kita tu kepada ramai orang.

 Kalau kita ada ejek kawan kita, maka kita balas dengan memuji dan menghormatinya.

Kalau kita asyik baca novel-novel cinta atau cerita lucah, maka, balaslah dengan baca Alquran, baca hadis, baca sirah nabi dan lain-lain.

Kalau kita derhaka dan kurang ajar dengan mak ayah, maka, balaslah dengan buat baik pada mak ayah kita dengan bersungguh-sungguh.

 

5.BACA QURAN, DOA DAN ZIKIR

Biasanya, kita akan rasa nak buat maksiat ni bila hati kita KOSONG, tengah boring, rasa tak tenang dan sebagainya. Di sebabkan tu, ada orang yang entah apa pasal, dia pergi buat maksiat untuk menenangkan hati dia. Apa daaa…

Ada ke patut, time stress, pergi tenangkan diri dengan lagu Justin bieber, one direction, kpop dan lain-lain? Bila bosan, pergi tengok movie…Jangan syeikh, jangan!

“Maksiat takkan membuatkan kau hilang dahaga. Maksiat akan membuatkan kau bertambah HAUS! Kepuasan, hanya apabila kau dapat puaskan Allah dengan amal!”

Sebab tu, ada hadis bagitahu, SEKURANG-KURANGNYA, kit abaca sehari 10 ayat quran. Kalau tak, kita akan di kategorikan sebagai orang yang LALAI! Isilah hati tu. Isilah dengan quran dan zikir.

Kalau kau tak hafal zikir-zikir yang complicated, simple-simple je.  Setiap hari:

Istighfar 100 kali.

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillah Allahu akbar 100 kali.

Allahumma solli ala Muhammad 100 kali.

Tak sampai 10 minit pun beb. Buat beb. Kau akan rasa puas beb. Serius. Takde maknanya nak tipu. So, bila hati kita dah DI ISI, bila hati kita TAK KOSONG, barulah kita ada kekuatan untuk tepis godaan!

Sungguh!

And, doalah hari-hari, sungguh-sungguh. Berapa kali kau doa untuk Allah bagi kau hidayah? Berapa banyak kali kau doa untuk Allah bagi kau kekuatan untuk berubah? Berapa kali kau doa supaya Allah beri kau kemanisan iman, kemanisan dan keghairahan dalam beribadah, doa agar di beri kekuatan dan perasaan benci dan geli serta tak selera dengan maksiat? Berapa kali?

Tulah, tak habis-habis time doa, asyik doa pasal jodoh bagai. Mana hati tak rosak? Sikit-sikit doa:

“Ya Allah, bagilah Farah suka aku..Satukanlah hati aku dengan dia..Andai jodoh bla bla bla…”

Apa daaa….Jangan macam tu beb. Time doa, ingatlah Allah. Bukan ingat crush kau.

***

So, inilah 5 tips macamana nak KUAT dan istiqomah dalam perubahan. Cubalah. Macam saya hurai kat atas tadi, sampai bila nak bagi alasan beb? Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. Nak skor exam, tapi tak belajar, ‘harapan’ la nak berjaya…

“Sesungguhnya, Allah takkan UBAH sesuatu kaum, andai dia tak UBAH apa yang ada padi DIRI MEREKA sendiri!”

(Arra’du ayat 13)

 

Nak berubah kena mula sekarang,bukan nanti dahulu kan. Umi pun kadang lalai.Kita ni pendosa yang ingin ke syurga.Angan-angan tinggi menggunung, tapi bila bab solat 5 waktu selalu culas.Allahuakbar!!

 

Jom kita mula.Kata Ustaz Don, kalau kita ada benih, dan esok kiamat, jangan disimpan benih tu, terus tanam.Maknanya, kalau kita tau esok kiamat, kita bersungguh-sungguh buat,sungguh-sungguh berdoa, sungguh-sungguh buat amal ibadah.

Ni kita tak tau bila kiamat, jadi ramai je manusia yang lambat-lambatkan buat semua tu..

Jom Kahfi

 

Loading

3 Comments

  1. Benar sekali, nak berubah ni kena niat, dari niat kita berdoa supaya hati kita tidak di bolak balikkan, then kita istiqomah dari gangguan syaitan…tapi tu laaaa…dah nama pun manusia, ada aje pasang dan surutnya keteguhan iman tu…
    Moga kita sama-sama mencari redha Allah ..

  2. Author

    betul tu sis, selalu sangat hati ni berbolak balik..Moga kita sentiasa istiqomah dalam buat perubahan

  3. assalamualaikum eda….alhamdullilah…perkongsian yg baik di pg Jumaat ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *