My Breastfeeding Journey-Power Pumping

Assalamualaikum
Ho lah!! bila bukak fridge,terkejut tengok bila hasil stock EBM dah tinggal sikit.apa itu EBM?? of courselah mama² yang breastfeed baby tau pasal ni kan..
Bila masuk anak kedua ni,dah memang niatkan dalam hati ni nak bagi susu badan,sampai anak dua tahun..Insya allah..Moga Allah permudahkanlah niat aku ni.
Oh ye!! Naura da semakin kerap nak susu..Kalau dulu 2oz tu memang cukup dia minum 3 jam sekali.Jadi ummi dia boleh buat stock lagi untuk Naura.Sekarang ni 2oz 2jam sekali..uisshhh..ngeri mak!!…Masa dalam pantang nak buat stock memang tak boleh sebab masa tu susu kurang sangat.Memang cukup² untuk Naura minum..
Sekarang ni dah mula jugak risau sebab susu pun memang cukup-cukup je..Bukan takde terus…Baru sekarang dah mula nak belajar tentang ilmu penyusuan.Banyak jugak supplement di pasaran yang terjual.Tetapi macam tak berani nak beli.
Masa dalam pantang memang aku takde makan apa² jamu untuk orang bersalin..Yelah..bersalin Czer kan..Semua tak boleh.Padahal nak jugak rasa orang berpantang yang minum air akar kayu,tepek yang kat dahi tu,,entah ape ke nama…Berurut pun macam ala kadar je..Kesian kan..huhu…
Nilah baru start makan jamu.Jamu rahsia bidan kampung  aku baru try dua hari..Tak taulah macam mana…Nak badan bertenaga sebenarnya..Sekarang ni memang cepat letih.Biasalah..anak bertambahkan..So mencubalah aku dengan jamu baru ni.
Ilmu baru yang aku belajar adalah teknik Power Pumping.Orang kata kalau susu merudum,perlu buat kaedah ni.Ni dah 3 kali aku buat,alhamdulillah..nampak berhasil la jugak..Meningkat la jugak pengeluarannya…amin..
power pumping
Power Pumping ini adalah satu teknik yang digunakan untuk meningkatkan susu ibu dan memperbanyakkan susu badan.Kita tidak memerlukan Milk booster atau vitamin tambah susu semata-mata untuk meningkatkan penghasilan susu,malah boleh mencuba teknik ini.
Bagaimana nak buat Power Pumping
Sebelum membuat Power pumping,kita kena mengenalpasti jenis pam yang kita guna kerana kaedahnya beza sikit antara single pum dan double pump.Kalau ikut hati nak beli yang double pump tu senang.
Teknik Power Pumping menggunakan Single Pump
Kalau korang memilih untuk menggunakan single pam,make sure korang pam 10 minit di bahagian kiri dan 10 minit di bahagian kanan dan ulangi proses ini sehingga cukup 1 jam.(Waktu yang paling bagus adalah tengah malam.Selalunya aku buat time anak-anak dah tido,dan aku di dalam keadaan yang tenang.Sambil tu boleh ler korang boleh tengok TV,tengok FB,bukak bacaan-bacaaan suci al-Quran.Dan sesekali korang jeling ler anak yang sedang tidur dengan kasih sayang..hehehe…
Teknik Power Pumping menggunakan Double Pump
Kalau korang menggunakan double pump.korang pump selama 10 minit dan 10 minit lagi diperlukan untuk rehat.Selepas itu korang ulang la balik teknik yang sama tu selama 1 jam.Nampak simple kan.Tapi itu memerlukan sokongan mental dan fizikal.Kalau boleh buang la sikap M tu..Macam aku ni..ada jugak la sikap tu..isk..mohon dijauhkan untuk anakanda tercinta.

Kekadang tu aku memang tak sempat nak buat power pumping.Ada pun dapat la buat setengah jam..Itu pun dah tak tenang sebab Naura dah merengek.Dia bukan nak susu pun,tapi dia nak aku ada kat sebelah dia..Biasalah kan baby,nak bau badan mak dia jugak.

Bila masa sesuai untuk buat Power Pumping ni
Power pumping ni boleh dilakukan bila-bila masa sahaja,terutamanya bila kita rasa susu badan semakin merundum.Namun,waktu yang paling sesuai adalah di waktu pertengahan malam kerana waktu itu hormon prolaktin adalah tinggi.Ianya perlu dilakukan sekerap mungkin.Ambil masa 1 jam di malam hari untuk buat power pumping ni jika tak mahu susu merundum..hehehe…Nilah masalah aku..kekadang dah kepenatan,memang tak sempat nak buat.Tapi aku selalu pastikan sentiasa beri susu pada Naura.

Kalau kita konsisten buat ni,insya allah..susu akan cukup untuk anak kita.Janganlah pulak kita membandingkan susu badan kita dengan orang lain,sebab setiap orang berbeza.Bersangka baik sahajalah jika susu badan yang keluar tak sama dengan orang lain.,Selain tu,kenalah berdoa moga Allah swt permudahkan urusan kita dalam breastfeed baby ni..amin..

hasil pembacaan disini





.

Loading

12 Comments

  1. #momlifeisawesome 😉

  2. Moment yg paling best sebagai ibu adalah menyusukan anak sehingga 2 tahun… mmg seronok sgt rasanya…! Anak sulung saya haritu menyusu 1 thn 8 bln.. lps tu dia sendiri refuse tak nak susu badan… yg no 2 Alhamdulillah cukup 2 thn walaupun pelbagai ujian melanda… huhuhu chaiyok SR!

  3. Assalamualaikum, singgah sabtu..")

    Alhamdulillah, untung dapat susukan baby sendiri..")

  4. InsyaAllah boleh..buat power pumping tu memang production meningkat..saya dulu pun nekad utk anak kedua..punye takut tak cukup susu, saya power pumping hari-hari sebelum subuh..semoga dipermudahkan penyusuan ida..

  5. Harap2 lps sy kawen n ada baby sy pun dpt semangat n rezeki utk bf ank sy smpai umur 2thn 🙂

  6. Semoga dipermudahkn…perjalanan penyusuan saya dh tamat bt masa ni..for nex baby insyaAllah boleh praktik ilmu ni

  7. Moga dipermudahkan… Kuatkan semangat dan jangan putus asa..

  8. Thanks kak ida share pasal ni,. I will try my best..yeahhh

  9. mencabarnya tugas seorg wanita bergelar ibu….happy brastfeeding ,omma 🙂

  10. Power pumping mmg satu kaedah yg terbaik selain emosi mak kena selalu positif. Dan ilmu penyusuan kena byk. Semoga dipermudahkan usaha penyusuan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *