Money Plant sebagai Penghias Meja Pejabat

Money Plant sebagai Penghias Meja Pejabat | Lama dah cari Pokok duit ni..Actually aku memang nakkan satu pokok kecil yang aku boleh letakkan di atas meja office.Orang kata, bila kita stress hadap komputer ,at least renung sikit pokok hijau ini untuk membuatkan mata lebih fresh.

Tak kiralah kan apa jua mitos pasal pokok ni.Tapi aku suka sangat bila dapat jumpa pokok ni kat Tesco tempohari.Terus merengek kat laki nak beli jugak pokok ni.hahaha…Dia cakap apa tau,la..ingatkan pokok tu harga berpuluh-puluh.Rupanya baru  RM9.33 sen..So, dia kata amiklah..Berbunga-bunga hati aku laki cakap macam tu.Lepas ni aku mintak yang berpuluh-puluh pulak.Ok lagilah kan berpuluh,kalau beratus kang, mau berpeluh-peluh keluar duit..hahahaha…

Sebenarnya jenis Live Plant ni bagus sangat di tanam di halaman rumah atau dalam rumah.Ada sumber yang mengatakan, Ada sumber yang mengatakan pokok hiasan ini boleh membersihkan udara di dalam rumah.Lagilah rumah aku tu rumah tepi sekali,so kebarangkalian habuk-habuk yang masuk ke dalam rumah membawa partikel racun yang dapat membahayakan kesihatan kami sekeluarga.Sebab tu aku perlu cari pokok² ni untuk aku tanam di kawasan rumah.

 

Ada terbaca di sebuah majalah,terdapat beberapa jenis pokok yang dapat membersihkan udara sekeliling kita tau.Meh aku share sedikit dengan korang, secara tak langsung, boleh la nanti aku pastikan pokok² ni akan di tanam di halaman rumah aku…

POKOK  HIASAN UNTUK PEMBERSIH UDARA DI DALAM RUMAH

SPIDER PLANT

Aku tak sure samada kat rumah mak aku ada tanam ke tak, kalau ada kemungkinan aku akan mintak mak aku sepokok..hahaha…Spider plant ini nama sientifiknya adalah CHLOROPHYTUM COMOSUM. Pokok ini berasal dari Afrika dan tergolong di dalam keluarga Asparagaceae.Hah…payah nak sebutkan..hahaha

Ia mudah untuk di tanam dalam apa juga persekitaran.Dalam tepmpoh setahun ia menghasilkan bunga berkelopak putih dipanggil runners.Untuk nampak pokok ni cantik dan segar, kena tanam di tempat yang banyak kena matahari.

PEACE LILY

Bukan sahaja cantik, tetapi ia juga boleh menyingkirkan  benzene, formaldehid trikloretilena,toluena, Xilena. Ada orang kata, bahaya jika termakan pokok ni kerana di dalam pokok ni terdapat calcium oxalate crystals yang boleh menyebabkan radang dan muntah.Wallahualam.Nak jaga pokok ni tak lah susah pun,hahaha..tapi tak taulah kan..sebab aku tak pernah tanam lagi..Ni orang lain yang cakap..hehehe.Pokok Peace Lily ni memerlukan air yang banyak dan sangat suka suasana redup.

 

DRACAENA FRAGRANS

Aku suka jenis pokok² macam ni.Yang tak menghasilkan bunga.Suka dengan kehijauan daun pokok ni.Nampak sejuk je mata memandang kan.Pokok ni juga di kenali sebagai Chinese Money Tree.Penyelidikan NASA Clean Air Study membuktikan  bahawa pokok ini mampu membersihkan udara yang dicemari formaldeyde, xylene dan toluene.Macam perasan pokok ni kat rumah mak aku, emmm…balik kampung ni boleh ler ngecek mak sepokok.

 

Pokok di atas ni adalah antara pokok yang sangat sesuai dan bagus di tanam bagi mengekalkan udara sihat di rumah.Korang boleh google lagi beberapa jenis pokok yang boleh ditanam di sekitar rumah untuk menghasilkan udara yang bersih.

 

Tapi pokok yang aku nak cerita ni pun sangat bagus untuk menyah udara yang tercemar dengan segala racun.So, untuk permulaan aku letak kat office dulu.Senang aku nak pantau.Kot takde air, senang aku siram.Dah ada depan mata kan.eceh…memandai je kan…entah ler.. harap hidup membesar bagai juara lah..Boleh beranak pinak..Nak letak kat dapur dengan ruang tamu rumah.Mesti cantik .Nampak hijau je rumah tu kan.Nanti nak tanam spider plant tu pulak.Haishhh…nantilah aku cerita kalau dah start nak menanam.Kena pergi nursery cari kang..hahaha..

 

 

 

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

10 thoughts on “Money Plant sebagai Penghias Meja Pejabat

    • October 18, 2018 at 8:40 am
      Permalink

      boleh…hahahha..takde duit,petik je pokok ni

      Reply
  • October 16, 2018 at 6:59 pm
    Permalink

    Kalau cina memang feng sui dia kena bela pokok idup renek.
    Bawa ong..tapi kena banyak amik tau pokok apa, sebab ada sesetengahnya mengeluarkan racun yg menjadi pembunuh senyap dalam udara… 🙂

    Reply
    • October 18, 2018 at 8:41 am
      Permalink

      haah..ada gak dengarnya macam tu..tapi takdelah bela sebab nak feng sui…hehehe

      Reply
  • October 17, 2018 at 12:09 am
    Permalink

    hhahhahahahha..rm 9.33 sen je…hahahha.. ku fikirkann mahal lahh bebebo sampai merengek gituu..mesti comel je kan kak ida merengek dekat husband.hahahaha..

    Reply
    • October 18, 2018 at 8:41 am
      Permalink

      kah²..tolong jangan imagine ek

      Reply
  • October 17, 2018 at 8:02 am
    Permalink

    bagus ye untuk terapi mata. melihat kehijauan. tapi nanti pokok tu menjalar tak?

    Reply
    • October 18, 2018 at 8:41 am
      Permalink

      so far ni ok je mar,kalau dah menjalar nanti kita kasi potong

      Reply
  • October 20, 2018 at 11:38 pm
    Permalink

    Bagus jugak ye idea pokok dalam ofis ni, nampak segar sikit meja kerja kita ni

    Reply
  • October 22, 2018 at 10:34 am
    Permalink

    pokok ni kategori houseplant.. bubuh dalam air pun cepat membiak.. awatlah tak cakap nak.. kat rumah aku dah menjalar ke dinding.. memang suka pokok ni senang hidup..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *