Mini Bowl Noodle by NJ Pasir Gudang

Mini Bowl Noodle by NJ Pasir Gudang | Tekak nak makan Boat Noodles. Tapi nak ke bandar tu satu hal pulak.

Scroll² fb, tetiba nampak pulak page yang menjual Mini Bowl Noodle ni.Terus bukak page dia.Rupanya, lama dah ada di Pasir Gudang.Rasanya since dua bulan lepas dah bukak.Maklum ler , umi ni jarang² sangat nak berjalan.

Terus rasa nak ajak babah makan kat situ.Padahal malam tu, niat nak keluar tu nak cari durian.Last² Terrrrrsinggah pulak.Lahai..Rupanya laluan tu senang je nak cari.Mybe dia di belakang Petronas, jadi tak nampaklah kedai Mini Bowl Noodle ni.

 

Betullah kata NAJIB ASSADOK. Sekarang ni zaman IT, kalau kita berniaga hanya buka kedai, tapi online tak tau, orang takkan tahu wujudnya kedai kalau kita tak promosikan ianya di Online.Oh ya..nanti umi cerita pasal Seminar RPM bersama Najib Assadok tu.

Mini Bowl Noodle by NJ Pasir Gudang

Berbalik pada cerita mini bowl ni, masa pergi tu syukurlah tak berapa ramai orang.Sebab selalunya full house je.Tak bestnya malam tu, umi tak dapat makan maggi kerabu dan jugak Manggo sticky rice…Takpe next time kita repeat datang sini lagi.

Sebelum makanan sampai, kita wefie dululah..Kemahin Nenek senyum.Senyuman anak dara memang gitu….hahaaha..Bakal calon tengok mesti jatuh hati.

Kalau tengok menu memang banyak.Of courselah makanan yang umi belum pernah rasa seperti Khao Kluk Kapi, Pad Kra Pao dan jugak Short ribs clear soup.Sebab umi memang plan nak makan mini bowl tu je.Dari rumah memang dah makan nasi, tu yang tak boleh nak order yang berat².

So, umi just order Boat Noodle Beef, chicken, Mee Bandung dan tomyam poktek.Sorang 4 mangkuk.Naura 2 mangkuk Boat Noodle Beef.

Untuk minuman pulak umi order of course Green Tea dan babah pulak Thai Tea.Nenek Thai tea jugak, tapi yang panas la.

Selain dari tu umi nak jugak rasa roti Sangkaya ni.Kalau masuk boat noodles tu pun wajib umi order ni.Tapi tak selembut yang umi makan di Amphawa la.Keistimewaan restoran masing² kan.

Walaupun rotinya kurang gebu bagi umi, tetapi kaya dia tu tetap sedap.Nak repeat lagi, tetapi memandangkan perut rasa dah takde space.Jadi batalkan jugak niat nak makan roti tu lagi.Cuma repeat order Mini bowl tu je lagi.

Seriously umi suka dengan suasana restoran ni.Nak parking pun senang sebenarnya.Lighting pun ON!! kalau korang yang suka ambil gambar, pastikan duduk di meja tepi sekali.Lighting memang on point…hahaha…

Puas hati walau tak dapat makan banyak.Semua dah surrender sebab nak isi perut makan durian pulak…hahaha…

Sekarang ni mereka sedang mengadakan  CustomerJulydeals di mana jika korang order 20 bowls, korang akan dapat Sangkaya FREE je weh…

 

Korang warga pasir gudang dan sekitarnya yang nak ke Mini Bowl Noodle by NJ ni boleh la drop ke restoran mereka di alamat bawah ni ye.

 

Mini Bowl Noodle By NJ

Alamat : No.2 Jalan Seharum 5, Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Johor

 

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

4 thoughts on “Mini Bowl Noodle by NJ Pasir Gudang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *