Menu Simple Ikan Tongkol Masak Kari

Menu Simple Ikan Tongkol Masak Kari | Bulan puasa ni, menu simple macam ni memanglah umi selalu praktikkan.

Dan selalunya setiap kali berbelanja umi akan pastikan segala mak nenek rempah mesti ada di rumah.Senang nanti nak fikir menu yang simple dan mudah untuk di sediakan dan yang pastinya sedap.

Setiap kali shopping barang dapur, for sure ada rempah ratus dari MAK SITI ni.Umi beli paket yang kecil-kecil je.Kalau beli yang besar-besar kang , tak banyak guna membazir pulak.Sebab tu umi suka beli peket yang kecil-kecil tu.

Dengan itu, maka terjadilah Menu Simple Ikan Tongkol Masak Kari menggunakan rempah Kari Ikan Mak Siti ni.

 

Bahan-bahan yang diperlukan pun mudah untuk membuat Kari Ikan Tongkol ni.

  • Sepaket Rempah Kari Mak Siti( Umi guna peket kecil je)
  • 2 Ekor Ikan tongkol 
  • Lada Blender ( siap blend Lada kering + Bawang Putih+ Bawang Merah+ Halia + Sedikit Belacan)
  • Beberapa batang Bendi
  • Santan
  • Daun Kari
  • 2 biji buah tomato
  • Lada Besar
  • 1/2 biji bawang merah dihiris halus
  • 2 biji bawang putih dihiris halus
  • Minyak untuk menumis
  • Garam

Caranya pun mudah je tau..

Panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih.Kacau sehingga Naik bau. Kemudian masukkan Lada Blender dan kacau sehingga pecah minyak.Masukkan pula Rempah Kari ikan Mak Siti diikuti dengan Daun Kari.Dah pecah minyak gitu, baru masukkan Ikan Tongkol.Biarkan seketika, kemudian masukkan santan.

Santan tu umi tak masukkan banyak pun..Sikit je..Lepas tu baru masukkan Bendi .Agak² Bendi tu dah masak sikit, masukkan tomato dan perasakan dengan garam.

Kalau rasa dah ok..Tunggu dia menggelegak sikit, then baru padamkan api dapur dan siap untuk dihidang..

Gitu jelah menu simple Kari Ikan Tongkol Umi tu.Rempah Kari Mak Siti ni ada untuk ikan, daging dan juga ayam.Semua tu umi beli untuk stock.

 

Selain dari tu korang boleh lihat pelbagai jenis rempah Mak Siti di website mereka di bawah ni

http://www.maksiti.com/

 

Boleh jugak lihat pelbagai jenis resepi di sini

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

One thought on “Menu Simple Ikan Tongkol Masak Kari

  • May 7, 2019 at 4:16 pm
    Permalink

    Eeee,, nampakk menyelerakan betullll…. Nak kena cuba ni guna rempah mak siti. 😋😋😋😋

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *