Menu Kisahsidairy 280119

Menu Kisahsidairy 280119 | Umi bersiaran lagi dengan menu dari dapur umi ni hah..Bila umi terajin, jadilah entry menu kisahsidairy ni.

Bila sesambil dekat dapur ni, banyak ler terfikir nak buat itu ini, sambil memasak, sambil buat kerja lain.Sambil melayan Puteri Elsa sorang tu yang setiap hari nak pakai baju Elsa setiap kali balik School.Naura still lagi umi letakkan tak Taska.Cuma perkataan School ni umi saja terapkan dalam diri dia.Pagi-pagi bila bangun, umi akan cakap kat dia..Nur Naura Auni, bangun pergi School.Sekarang pun dah liat nak bangun pagi.Kalau dulu pukul 6 pagi dia dah bangun.Ni pukul 6 pagi umi kena kejut dia,Lepas umi siap solat, umi kejut lagi dia.Sampai 6.45 pagi baru dia bangun.Tu pun umi bukak baju dia masa dia tidur…

Hah..kan dah terlajak bercerita.Sebab tulah umi tak boleh tau kalau dah hadap blog ni, macam-macam umi nak cerita walhal, tajuk nak cerita pasal menu yang umi siapkan semalam..Dah.jom cerita pasal menu makan malam keluarga umi ni

Umi plan nak masak Udang masak sambal, disebabkan Naura ni jenis tak makan pedas, kang nampak udang, dia tak makan pulak bila masak pedas.Last² umi tukar plan kepada Udang goreng kunyit dan juga Asam pedas ikan kerisi.Tambah la sikit ulam-ulam sebab umi malas nak goreng sayur.Tapi jawapan padu bila babah tanya umi kenapa umi tak masak sayur..Umi bagitahu babah, makan sayur segar lagi elok untuk kesihatan..Kah²..Sila gelak.

Menu yang simple je..Nak buat nasi beriani kang berat pulak..ahahaha..Ala..umi tak pandai nak buat nasi beriani dik..Tapi babah suruh umi buat. Okeh..kalau macam tu babah kena belikan umi periuk Pressure Cooker dulu..Baru umi terajin lagi nak buat..

Haishhh..Minggu depan cuti panjang weh…Nak draft bebanyak ler entry supaya blog tu tak bersawang selama umi bercuti tu

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

5 thoughts on “Menu Kisahsidairy 280119

  • January 29, 2019 at 12:54 pm
    Permalink

    hahahhahaaa… pressure cooker bila dah ade dekat rumah ,,, pehhh dia punya feel nak memasak tuhh berdesupp laju…hahahhaha..

    Reply
  • January 29, 2019 at 10:51 pm
    Permalink

    Perghhh kalo ada nasi beriani tuuu lagi la lengkappp khennn..saja nak kasi babah umi baca komen ni supaya cepat2 belikan pressure cooker..hahaha

    Reply
    • January 30, 2019 at 8:43 am
      Permalink

      harus..dia akan baca setiap komen kat blog ni..lepas tu membebel kat bini dia..kah²

      Reply
  • January 30, 2019 at 12:44 pm
    Permalink

    Rindunya nak mengNOXXA …
    Laki kata nak belikan yang baru…tunggu dan lihat aje leee

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *