Menu Hari Raya AidilAdha 1440H/2019

Menu Hari Raya AidilAdha 1440H/2019 | Menu hari raya yang biasa kami masak setiap tahun.Sama je macam Aidilfitri jugak.

Bezanya tahun ni kami dapat rasa masakkan dari orang Negara seberang yang menginap di belakang rumah mak.Punyalah banyak menu yang dia bagi kat kami pagi tu,

Umi tak berapa nak ambil gambar, tak berapa nak bergambar dan tak berapa nak feel raya.Masih lagi nak kuatkan diri.Masih lagi cuba untuk positifkan diri.Takut down terlajak.Sebelum jadi apa² kat umi, baik umi jadi yang lebih baik..

So, menu macam biasalah, ayam masak merah, sambal kacang, lodeh, rendang daging.

Sate Daging.. Sempat meratah 1 je..

 

Lodeh umi tak sempat nak snap sebab masih atas dapur lagi.Actually, kalau lodeh selalunya pagi raya baru masak.Jarang lah masak malam-malam.

Petang sebelum hari raya, ada buat baka-bakar sikit untuk anak-anak.As usual lah bakar ayam, daging, sotong and udang.Ada jugak ikan yang di bakar.

Malam tu entah berapa kali repeat makan pun tak tau lah.Yang membakarnya jangan cakap ler. memang terlebih repeat makan.

 

And jiran dari seberang bagi soto dan juga sate jawa ni.

Not bad  jugak  rasa dia.And ada kuih muih yang umi tak sempat nak snap sebab busy nak prepare barang nak pi bawak budak-budak ni mandi kolam.

 

Dah lama berzikir kat telinga umi ni nak mandi kolam.Ikutkan umi malas nak kemana-mana, tetapi memandangkan adik-adik setuju nak ke sana, jadi lepas solat raya, makan-makan kat rumah, terus berangkat ke Tanjung Sedili.Nanti umi cerita ye kat mana kitorang pi mandi-manda hari tu.

 

 

 

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

4 thoughts on “Menu Hari Raya AidilAdha 1440H/2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *