Menu Dinner Telur Masak Kari - Kisahsidairy.com

Menu Dinner Telur Masak Kari

Menu Dinner Telur Masak Kari

Menu Dinner Telur Masak Kari | Macam dah boring ayam dan ikan. Sesekali kita bertelur pulak.

Rasanya macam dah lama je kan tak masak telur ni.Ada pun telur untuk si Naura tu jelah.Itu pun goreng je.

Tapi disebabkan ayam pun tinggal sikit, maka telur je yang boleh di buat lauk..hahaha..Nampak malas betul nak keluar beli lauk

Kari telur ni pun, bertambah jugak makan.Kalau kena dengan ikan masin lagi best.Tapi bagi nak kenakan dengan kari telur ni. Umi goreng ikan bilis dengan bawang lada.

Ikan bilis goreng bawang lada ni, kalau sesekali pekena, memang best jugak.Buat pedas-pedas, confirm menambah tau.

Kalau ayah umi kan, paling suka lauk ni.Tak kisah tak dapat lauk lain pun.Nanti disuruh la adik umi masak walaupun dah malam buta.

 

Last sayur yang ada dalam fridge hari tu.hehehe..Kalau korang, wajib tak ada sayur kalau memasak.

Umi tak kisah, tapi lagi bagus kalau ada dari takde kan.Tapi sekarang kena makan sayur-sayur segar je.Sayur bergoreng sangat jarang dah.Maklum ler dah tua ni, banyak penyakit singgah.

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

One thought on “Menu Dinner Telur Masak Kari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *