Menu

Menu Dinner dari dapur Kisahsidairy

Menu Dinner dari dapur Kisahsidairy | Lama betul umi tak bersiaran pasal menu dari dapur umi ni kan.Bukan tak memasak..hari-hari umi masak.Eh..taklah hari-hari jugak..

Actually, kalau ikutkan memang hari-hari, cuma bila lauk habis, umi tak sihat atau ada urusan luar.Atau kalau ada my MIL yang baik hati tolong masakkan untuk kami.

Hari tu umi terajin nak snap gambar kan.Maka terhasillah entry bersahaja, merapu meraban tentang menu yang biasa-biasa sahaja.

Hari tu masa ke Pasar memang umi dah rancang nak beli daging.Sebab umi rasa dah lama kami ni tak makan daging kat rumah.Ingat umi nak karikan je daging tu, kang kot lebih boleh la buat roti jala..Hah kemahin umi ko kan.Tapi disebabkan Kari tu pun tak cukup.Sekejap je habis lauknya, maka terkubur ler nak buat roti jala.Umi pernah kongsikan RESEPI ROTI JALA LEMBUT di entry bawah ni ye.

Masa bulan puasa umi rajin la kan up entry…sekarang ni sejak si Naura tu membesar, banyak sangat benda yang umi kena sediakan untuk dia.Sebab tu kadang tu tak sempat nak update pasal menu yang umi masak tu. Kali ni umi masak Daging goreng kunyit,ikan goreng dengan sayur kobis je..Menu yang dak Naura pun boleh makan jugak.Sebab tu umi tak boleh masak yang pelik-pelik sebab budak sorang ni suka sangat makan nasi.Kalau dia tengok pedas, memang confirm dia takkan makan.Nak buat lauk untuk dia sorang je macam malas pulak…kah²..dasar umi ko ni kan.

So makan jelah apa yang boleh.Cum daging goreng kunyit tu umi letak lada kecil banyak sikit.Jadi adalah pedas sikit kan.

Ikan tu umi masuk dalam Air Fryer..Sebab malas nak guna banyak dapur..eh..umi ko ni semua malas kan..bila masanya nak rajin je..

 

Hah..itulah menu umi hari ini..Kot esok umi rajin lagi..umi snap gambo letak dalam blog ni..Kotlah tetiba korang search nak cari idea nak masak..Keluar blog ni kat google, boleh ler jadi inspirasi kat korang..kah²..itu pun kalau korang nak baca blog umi ko yang tak seberapa ni.

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *