Menu Dapur kisahsidairy #040319

Menu Dapur kisahsidairy #040319 |Ada masa sikit minum petang ni, sajalah umi nak cerita apa yang umi masak malam semalam.

Takdelah menarik sangat,tapi dalam takde menarik tu, adalah yang umi nak tunjukkan dan bakal ada entry tentang tu.

Bila kita ni, mak² kan, mesti nak memadankan lauk itu dan ini.Contohnya lah macam menu semalam ni.Umi masak lemak labu, of courselah ada ikan kering dan juga ayam goreng.Umi nak goreng je ikan, tapi babah ni tak berapa suka dengan ikan goreng. Tapi kalau ayam goreng dia ok je.

Dan beb, kalau dah ada menu macam tu, memang tak lengkaplah kan kalau takde yang pedas².

Apa yang pedas tu?

Sambal tumis?

Sambal setan?

Sambal tempoyak?????

nooooo…

Mestilah sambal BELACAN!!

Disebabkan umi malas nak menumbuk dan nak cepat je makan( umi kena makan sebelum pukul 7 malam)hahahaha…Umi order je Sambal belacan tumbuk Homemade Ema ni.

Ni teaser je dulu tau.Nanti umi ceritakan kemudian pasal sambal ni.Sedap ke tidak tu nanti jugaklah umi cerita ek.Sekarang ni umi tengah minum kopi sambil menaip entry ni hah.Tu pun terliur dah tengok sambal belacan tumbuk ni weh..

Maka lengkaplah menu untuk malam tadi.Ikut hati nak tambah lagi nasi, tapi bila fikirkan nanti makan banyak sangat, terus tak jadi.so, umi ratah jelah ayam cicah sambal belacan tu hah…Sedap weh! pulak tu ikan masin dari sabah ada lagi, so cincai ler…

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

2 thoughts on “Menu Dapur kisahsidairy #040319

  • March 5, 2019 at 2:33 pm
    Permalink

    Ayam Goreng tu walau hanya ayam goreng biasa SA rasa terliur…SA memang kalah kalau tengok ayam gorneg..nak plak yang baru keluar dari kuali…huiiiii….muak macam mana pun SA tetap suka

    Reply
    • March 5, 2019 at 4:28 pm
      Permalink

      Kita suka bau ayam goreng ni..tapi kalau makan bahagian paha atau bahagian lain yang ada tulang tu memang suka..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *