Menu

Menu Buka Puasa Ramadhan ke 7

Menu Buka Puasa Ramadhan ke 7 | Baru sempat umi nak up menu berbuka puasa hari ke 7 Walaupun hari ni dah masuk ramadhan ke 10.

Apa yang disibukkan umi pun tak taulah.Haha.Sibuk mencari Homestay, sibuk nak settlekan closing..EH macam-macam lah.

Gambar yang snap tu pun tersimpan je dalam handphone.Hari ni umi gagahkan jugaklah nak update entry sebelum ianya basi.

On that day, umi terlebih rajin sampai buat roti jala yang meriah dan berwarna warni mengikut kesukaan dak naura.Umi tunjuk 3 warna dekat dia, dan dia memilih warna hijau dan pink(katanyalah)

Antara menu yang umi masak pada hari ahad minggu lepas adalah

Kari ayam ni kira menu 2 in 1 la. Nak makan bersama dengan nasi boleh, nak makan dengan roti jala pun boleh,Sebab tu ayam tu umi potong kecik².

 

Ada dua lagi menu yang umi lupa nak snap iaitu kobis goreng bersama cendawan dan juga ikan goreng.

Kuih muih ni babah bawak dari param.Walaupun umi dah ingatkan babah supaya tak beli apa² pun pada setiap hari minggu. dia dah mula lupa…hahah…nampak tak babah dah semakin tua.

Dan last sekali adalah Roti Jala. Umi saja je namakan roti jala cik pia ni sempena drama yang umi sedang tonton di tv3 tu..

Hah… Colorful kan roti jala umi.Masa umi buat pun, budak sorang tu dah kehulu hilir masuk dapur ambil satu-satu.Tak makan dengan kari pun takpe tau budak sorang tu.Takut sangat dengan pedas 

 

Itu jelah menu yang umi dapat buat hari tu..Menu minggu ni apa pulak?? nak bersiaran kat kampung pulak la…

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *