Menu Ayam Masak Kicap Dengan Rempah Mak Siti

Menu Ayam Masak Kicap Dengan Rempah Mak Siti | Nak Cari Resepi Mudah dan cepat je untuk di masak.Yang penting Dak Naura boleh makan sekali.

Kadang dak Naura ni cerewet sikit, nampak merah je mulalah dia taknak makan.Mulalah request nak makan nasi dengan telur kicap.Nak kata kategori Picky Eater ni, boleh jugak. Tapi ada sesetengahnya dia makan jugak.Mybe kot dia seorang yang picky eater.

Sebab tu umi selalu masak makanan yang dia sekali boleh makan.Paling pebret dia adalah yang berasaskan sup.Sup telur, Sup ayam, sup ikan.Pendek kata yang nama sup dia suka.Nak tak nak bila masak pedas, mesti umi akan buatkan dia sup khas untuk dia sahaja.

Dan selalunya umi masakkan dia Menu masak kicap.Pun sama, tak kiralah ayam atau ikan.Jadi masa tu, umi ada beli Rempah Mak Siti.Haishh..Banyaklah Rempah Mak siti yang umi guna.Hari tu umi try Serbuk Rempah Masak Kicap ikan/ayam dari Mak siti.Nak resepi Ayam masak kicap mudah ni, korang boleh teruskan membaca.Umi kalau mukadimah tak panjang memang tak sah.

 

RESEPI AYAM MASAK KICAP DENGAN REMPAH MAK SITI

Nak buat ayam masak kicap dengan menggunakan rempah mak Siti ni mudah sangat tau.Semudah ABC, Semudah petik jari siap…hahaha…umi tipu.So, kita lihatlah bahan-bahannya.

 

resepi ayam masak kicap

Bahan-bahan

Ayam yang dah siap di goreng

Sebiji tomato

Sebiji Bawang merah dihiris halus

2 ulas bawang putih dihiris halus

Chili dihiris halus

Garam dan sedikit gula

Serbuk Rempah Mak Siti Masak Kicap ayam/ikan

Kicap

cara membuatnya

Panaskan minyak, dan masukkan bawang merah dan bawang putih.Goreng sehingga naik bau dan masukkan Serbuk rempah Mak Siti.

rempah mak siti

Gaulkan dan kemudian dah pecah minyak sikit, baru masukkan kicap.Then masuk ayam dan gaul sebati.Umi masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam dan gula ikut kesesuaian. Tak perlu banyak sebab kicap pun dah ada rasa masin dan manis. And last sekali baru umi masukkan cili…

 

Sooooo…Siap dan sedia untuk dihidangkan…. Hah!! senang kan.Sebab tu umi suka ada rempah² dari Mak siti ni, Bukan hanya untuk masak kicap, Kari ikan, ayam,seafood, rendang dan macam-macam lagi la..

 

Loading

8 Comments

  1. ahhhh terbayang2 kesedapannya…menu beberapa hari lepas, housemate buat ayam masak kicap juga untuk berbuka…

  2. Jarang pakai rempah mak siti ni. Terbayang ayam masak kicap ☺

  3. Memang rempah Mak Siti sedap. Tak kiralah rempah apa pun kann…
    Kurma dia pun sedap, soto dia pun..arghhh semua sedaplah…

  4. Belum perna try jenama ni, nt saya nk try

  5. Author

    ayam masak kicap sedap gak pekena sekali sekala sunah

  6. Author

    so far kita memang pakai rempah mak siti

  7. Author

    kan…

  8. Author

    kena try la lepas ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *