Menu Asam Pedas Ikan Pari di Hari Minggu - Kisahsidairy.com

Menu Asam Pedas Ikan Pari di Hari Minggu

Menu Asam Pedas Ikan Pari di Hari Minggu

Menu Asam Pedas Ikan Pari di Hari Minggu|Macam lama je tak buat menu Asam Pedas Ikan Pari ni.

 

Tadi kebetulan hantar nenek balik rumah dia,nenek ajak singgah kedai aceh tu.Sambil² tu umi melilau tengok apa yang patut.Terpandangkan Pari tu, macam teringin pulak nak buat asam pedas ikan pari.

 

Actually bukan pari,tapi Tuka.Mungkin kot!!Sebab orang selalu panggil yang besar tu pari dan yang kecil tu Tuka.

 

Kalau diberi pilihan antara ikan yang kecil  atau besar, umi lebih suka yang kecil sebab tulangnya yang hujung² tu sedap makan.

 

Bahan-bahan lain macam bendi dan tomato dah memang ada kat rumah.So, umi just beli ikan dan daun kesum.

 

Cerita pasal daun kesum, kat rumah tu tak tau ler bila nak membiak.Ada sikit je umi dah bedal buat asam pedas.Nampaknya kena tanam banyak sikit la lepas ni.

Kalau kat Pasaraya pun mahal jugak.Kalau dah beli sepeket tu memang banyak, lepas tu dah tak boleh nak simpan.Kalau beli kat kedai Aceh,boleh lagi nak ambil sikit² kan.

Lagi bagus,pokok-pokok yang selalu kita gunakan kita tanam sendiri.Jimat pun jimat.Pokok Limau Kasturi umi dah habis jahanam dek ulat hari tu.Nasib baik pokok limau purut tu ok lagi..Boleh diselamatkan.

 

Dah memanjang pulak membebelnya.So, menu lain selain ikan pari, umi buatkan sohon masak air,letak kentang untuk dak Naura.Dia mana boleh makan pedas.Pastu gorengkan ayam.Settle..

Hari ni menepu je kat rumah.Kemas apa yang patut..Lalang kat luar tu pun dah mula nak tinggi..Sebelum tinggi baik buang..Nak jengah pokok babah yang dia baru beli.Entah kenapa minat lak dengan pokok Anthurium..

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

3 thoughts on “Menu Asam Pedas Ikan Pari di Hari Minggu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *